CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1337|Reply: 0

Selisih Faham, Jangan Dikeruhkan Lagi Keadaan

[Copy link]
Post time 12-10-2015 05:19 PM | Show all posts |Read mode
                    Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap daripada pasangan dan juga dalam perkahwinan akan mengalami perselisihan faham. Cuma kadangkala kita malu untuk menyuarakan apa yang terpendam. Ada baik dan buruknya sesuatu perselisihan faham antara anda dan pasangan, kerana anda tahu di mana silap yang dilakukan dan tidak akan mengulangi perkara yang sama lagi di masa hadapan.
       
        Jika pertengkaran berlaku kerana cara anda menyampaikan maklumat salah atau disalah anggap oleh pasangan maka anda harus membetulkan keadaan supaya ia tidak menjadi lebih teruk atau berlarutan. Apa yang perlu anda lakukan jika berdepan dengan situasi ini terutama sebagai pengantin baru?
       
        1.Dengar
        Dengar dengan teliti apa yang pasangan anda ingin katakan. Pada masa ini anda perlu menjadi pendengar yang baik dan jangan memberi jawapan yang tidak munasabah kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Belajar memerhati tingkah laku dan perilaku si dia ketika sedang marah. Beri peluang untuk dia meluahkan perasaan dan ambil berat tentang semua yang diperkatakan terutama yang berkaitan dengan diri anda kerana jika anda yang meluahkan perasaan pasti anda juga mahu dilayan seperti itu juga.
       
        2.Tenangkan perasaan
        Tarik nafas dan tenangkan perasaan anda sebelum memberi jawapan kerana jika anda juga dalam keadaan marah anda pula yang akan mengeluarkan perkataan dan bahasa yang tidak elok didengar. Anda akan lebih mudah mengalah dan mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera dan pasangan anda juga akan merasa begitu.
       
        3.Fokus
        Sentiasa fokus dengan apa yang menjadi tajuk perselisihan faham yang terjadi, jika ia berkisar tentang suatu isu yang lain. Jangan kaitkan masalah yang lain ke dalam perkara yang terjadi, ia ibarat mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak kerana perselisihan faham itu akan menjadi lebih panjang.
       
        4.Bukti
        Sebelum anda mengiakan sesuatu tuduhan itu, pasti kan anda mempunyai bukti yang jelas dan anda sudah siap sedia dengan jawapan yang ingin diberikan. Bukan mudah untuk menegakkan kebenaran terutama jika yang dituduh itu ialah diri kita sendiri.
        Sumber gambar: internet
       
                                       
dairishare


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044126 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list