CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 0

Aku Terima Nikahnya, Aku Terima Seadanya

[Copy link]
Post time 15-10-2015 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Hubungan cinta adalah merupakan sesuatu yang indah. Semua manusia di dunia inginkan pasangan yang mencintai mereka dan mampu memberi kebahagiaan.. Kunci penting untuk terus berada dalam kebahagiaan dan terus mempunyai rasa cinta terhadap pasangan ialah “Menerima Pasangan Seadanya” ~~



Bagaimana untuk menerima untuk menerima pasangan seadanya?
Semuanya akan kita kaitkan dengan rasa CINTA. Jika cinta yang diluahkan itu memang benar-benar dari hati, ia bermakna CINTA itu adalah tulus dan ikhlas. Di sini berlakunya penerimaan seadanya terhadap pasangan dari sudut perangainya, sifatnya malah fizikalnya.

              Jika anda mempunyai pasangan yang agak gemuk, atau pasangan yang kurus, namun disebabkan cintanya anda terhadap dia, anda mungkin tidak akan pandang pada paras rupanya yang berisi itu. Adapun kalau hendak diikutkan, tidak menjadi sebarang masalah memiliki pasangan yang gemuk.


Cuma persepsi masyarakat sekarang yang suka berpandangan negatif dan terlalu mementingkan paras rupa. Asal hatinya baik dan beriman, baik juga akhlak dan tingkah laku seseorang itu, ianya adalah cukup untuk dia membahagiakan pasangannya.

              Penerimaan juga boleh dilakukan terhadap perangai dan tingkah laku pasangan. Cubalah menerima perangai pasangan anda. Contoh perangai suka bermanja, bersikap keanak-anakkan, suka merajuk, suka berleter, ada ego tersendiri.


Perangai-perangai ini tidaklah begitu teruk, dan ianya adalah satu rencah dalam rumah tangga yang jika kadang-kadang dapat bertolak ansur kerana ianya tidak salah dan hanya untuk menerima cara pasangan anda.

                Bagaimanapun, penerimaan seadanya hendaklah dilakukan dengan keadaan yang betul, dan bukan untuk semua perkara. Ada perkara contoh yang melibatkan hukum agama, yang ianya tidak boleh diubah sesuka hati. Dalam hal ini, jika pasangan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, anda perlu menegahnya dan tidak boleh hanya menerima.


Contoh jika si isteri tidak memakai tudung, si suami WAJIB menyuruh si isteri untuk memakai tudung, dan tidak boleh untuk terus menerima cara isterinya itu, kerana kewajipan untuk menutup aurat.


Cubalah mengerti dan memahami pasangan anda. Tidak salah untuk berbuat demikian kerana dia adalah peneman hidup anda, segala-gala yang akan anda tempuhi adalah bersamanya, dan jika anda menerima dia seadanya, nescaya hidup anda bersama insyaAllah akan terus bahagia. Kerana ini bukan kisah tentang cinta sahaja, tetapi ianya kisah tentang kehidupan.

*Terimalah pasangan anda seadanya.. Saat Lafaz aku terima nikahnya, itulah saat segala-gala tentang hidup pasangan anda, akan turut menjadi segala-gala tentang anda.
pakarcinta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.041483 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list