View: 2679|Reply: 0
|
Layanan 'Manis-manis' Hanya Waktu Bercinta, Rugilah!
[Copy link]
|
|
Kes demi kes kegagalan suami melaksanakan tanggungjawab serta gagal membuatkan isteri rasa dihargai membuatkan cinta dan kasih yang wujud hingga menjadi sebab kepada perkahwinan mereka makin hari makin pudar. Dah banyak usaha untuk ‘memulihkan suami’ si isteri lakukan. Malangnya suami seakan tak kisah, suami kekal bersama sebabkan kasih yang cuba dipertahankan terus pudar dan musnah.
Si isteri tidak rasa memerlukan suami lagi sebab suami tak memberikan fungsi yang sewajarnya dalam erti kasih sayang seorang manusia khususnya sebagai pasangan. Fitrah manusia mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia yang disayangi, difahami, diterima, dihormati, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai.
Malangnya si isteri hanya menerima layanan di tempat tidur dan sedikit makan minum sebab si isteri juga membantu suami. Keperluan lain termasuk belaian, pujukan dan pemahaman termasuk perhatian, pengorbanan langsung tak merasa. Bila kehadiran si suami tidak dirasai, kehendak fitrah si isteri tidak dipenuhi, cinta dan kasih yang ada boleh hilang malah memungkinkannya bertukar kepada benci.
Ya, banyak kes keruntuhan rumah tangga berpunca daripada kegagalan individu sama ada suami atau isteri untuk menyemarakkan kasih sayang yang ada.
Mana boleh waktu bercinta saja nak romantik, kasi hadiah, dan selalu ucap sayang. Dah kahwin, anda amal konsep: "dah confirm si dia aku yang punya, tak perlu lagilah semua tu." Benarkah?
Sangatlah rugi...
Tolonglah... Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Kalau hanya mengharapkan luahan cinta sejati pada awal percintaan atau pada awal perkahwinan, memang tak memadai.
Sebab itu tak pelik kenapa pasangan yang berkahwin atas dasar cinta atau suka sama suka boleh berpisah akhirnya. Ubahlah sebelum terlambat demi anak-anak ya.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|