CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2261|Reply: 0

KAKI BERBAU? INI 9 PETUA EFEKTIF YANG ANDA MESTI CUBA!

[Copy link]
Post time 16-10-2015 10:18 PM | Show all posts |Read mode


#1 Rendaman Teh Hitam Untuk Kaki
Khasiat teh hitam sering dimanfaatkan untuk kecantikkan. Jika kaki anda berbau, ini salah satu cara mengatasinya! Rendam kaki anda dalam cairan bancuhan teh hitam. Teh hitam mengandungi zat berguna seperti “tannic acid”. Ia dapat membunuh kuman penyebab bau busuk pada kaki anda disamping mencuci liang pori yang tertutup. Tambahan pula, rendaman ini kemudiannya membantu mengurangkan peluh di kaki. Caranya, didihkan 2 bag teh bersama segelas air selama 15 minit. Kemudian, alih keluar bag teh yang telah digunakan itu tadi, campurkan pula air didihan teh hitam bersama 1.13 liter air biasa. Biarkan campuran sejuk sebelum anda merendam kaki anda selama 15-30 minit. Rendam kaki anda setiap hari sehingga bau kaki beransur hilang.
#2 Cuba Krim Antibiotic
Sebenarnya peluh manusia itu tidak berbau. Ia hanya akan berbau apabila telah bertindak balas dengan bakteria tidak baik. Jadi, bagaimana cara untuk membunuh bakteria berkenaan? Sebelum anda masuk tidur, letakkan sapuan nipis krim atau ubat antibakteria yang anda boleh beli di farmasi atau klinik berdekatan pada kaki dan kuku kaki anda. Contohnya seperti Neosporin, setelah anda sapukan krim atau ubat tersebut pada kaki anda sehingga diserap kedalam kulit dengan sempurna, pakai stokin dan tidur. Pada keesokan pagi, tiada lagi bakteria dan bau kaki!
#3 Guna Wangian Anti-Kuman Untuk Kaki
Minyak lavender bukan sahaja berbau harum, malah ia juga dapat membunuh bakteria. Sebelum anda tidur, gosok beberapa titis minyak lavender pada kaki dan urutkannya. Untuk dapatkan hasil terbaik, pakai stokin/sarung kaki.
#4 Amalkan Nutrisi Zink
Para pakar berpendapat bahawa penambahan zat zink kedalam diet harian anda sedikit sebanyak dapat membantu untuk menyah masalah kaki berbau. Antara makanan yang mengandungi zat zink terbaik termasuklah makanan laut, daging, bayam, kekacang, oat, bijian sarapan bernutrisi, cendawan, almond, dan gajus. Oh! Tidak lupa juga coklat gelap (dark chocolates)! Amalkan diet pemakanan yang sihat kerana ia pasti membantu!
#5 Rendaman Cuka
Rendam kaki anda dalam rendaman cuka epal. Tidak dinafikan, cuka epal kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Buat bancuhan bersama 1/3 cawan cuka epal dan campurkannya bersama sebesen air suam. Asid yang terkandung dalam cuka akan meneutralkan bau dan bantu membunuh bakteria penyebab bau.
#6 Kanji
Tepung jangung mampu menyerap peluh dengan baik dimana ia membuatkan kondisi kaki anda sentiasa segar. Amalkan dua kali sehari, tabur tepung jangung secara rambang sebelum anda memakai stokin. Anda juga boleh taburkan soda bikarbonat pada kaki dan kasut anda kerana ia amat berkesan untuk membunuh bakteria serta kulat kaki.
#7 Skrub Yang Dibuat Menggunakan Pudina
Skrub ini akan menyegarkan kaki anda sekaligus berbau harum dan segar! Daun pudina menyejukkan dan menghilangkan bau busuk, sementara gula pula dapat menghakis sel-sel mati pada kulit manusia. Caranya, campurkan 1 sudu besar cornmeal (sejenis campuran tepung jagung), 1 sudu besar gula dan 2 camca teh daun pudina kering kedalam mangkuk. Setelah itu, campurkan pula 1 sudu besar yogurt asli bersama jus perahan sebiji lemon, dan 5 titis minyak pati pudina. Gaulkan semua bahan dan campuran sehingga larut sebati. Urutkan campuran itu tadi pada kaki anda. (Lakukan di dalam bilik mandi kerana lebih mudah untuk anda mencuci kaki setelah selesai.)
#8 Manfaat Garam Epsom
Garam epsom boleh didapati dimana-mana farmasi atau kedai menjual ubat-ubatan. Ia mengandungi sifat astringen yang mampu bertindak dengan tisu badan serta membina perlindungan untuk kulit anda. Campurkan 2 cawan garam epsom bersama 1-2 gelen air di dalam baldi atau besen. Rendamkan kaki anda dalam larutan selama 15 minit. Amalkan 2 kali sehari.
#9 Spray Deodoran Untuk Kaki
Tuang 4 auns air mendidih bersama dua sudu besar daun sage kering. Sage mengandungi elemen anti-bakteria dan anti-kulat yang mampu mengatasi bau busuk. Tutup rendaman campuran itu tadi selama 15 minit. Selepas itu, tapiskan campuran didihan dan biar ia sejuk. Tambah pula 4 sudu besar bunga witch hazel dan 10 titis minyak pati lavender. Setelah selesai semuanya, anda bolehlah memindah cairan campuran itu kedalam botol semburan dan letakkan ia di dalam peti sejuk. Sebelum anda gunakan, goncangkan agar campuran sebati. Semburkan pada kaki selepas mandi atau bila-bila masa yang anda rasa perlu. Teruskan penggunaan dalam masa 10 hari.
Selamat Mencuba!
wanista

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.162690 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list