CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2991|Reply: 0

Tak Berkira Duit, Isteri Dapat 'Kawan Free'

[Copy link]
Post time 20-10-2015 11:04 AM | Show all posts |Read mode

                    Tak payah terlalu baik hati sangat, isteri perlu benarkan suami laksana tanggungjawab nafkah sebaiknya. Gunakan keseluruhan pendapatan suami terlebih dahulu selepas ditolak keperluan ulang alik bekerja. Jika masih tak cukup, barulah isteri membantu. Bukannya macam kebanyakan perkongsian yang diamalkan dengan prinsip bahagi dua sama rata.


        Bukan mengajar isteri berkira, hanya sebagai menjaga kepentingan dan kebajikan isteri sahaja. Masalahnya isteri takkan sedar dan faham selagi tak diuji. Bila dah kantoi suami ada orang ketiga, barulah nak ungkit segala benda hatta belikan seluar dalam kat suami pun heboh satu dunia!


        Isteri yang kononnya membantu suami tapi realitinya sedang membenarkan suami lalai melaksanakan tanggungjawab yang patut dan perlu sebagai seorang suami dan bapa. Tanggungjawab tersebut ialah menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak yang munasabah dengan kehidupan harian dan tidak melanggar syarak.


        “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.


        Boleh memanjakan suami dengan kata-kata rindu, belaian sayang, pujukan manja, dan pelbagai tindakan lain selagi manja tersebut tak melanggar dua syarat utama iaitu pertama; tidak mengambil alih peranan dan tanggungjawab suami dan kedua; tidak mencabuli hak anda sebagai seorang isteri.


        Islam tentukan seorang suami wajib dihormati tanpa pengecualian disebabkan si suami diberikan dua peranan yang besar terhadap isteri dan anak-anak iaitu menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak serta mendidik dan membimbing anak-anak ke jalan yang Allah redhai.


        Malangnya dalam dunia serba moden dan maju, tanggungjawab ini tidak lagi menjadi perkara perlu dilaksanakan. Suami terlupa, buat-buat lupa malah terus melupakan status dan tanggungjawab dengan bantuan isteri sendiri hingga mencari ‘kawan’ buat isteri.


        Ada pasangan suami isteri yang mengamalkan konsep bahagi sama rata atau kongsi dua; dah macam teman serumah tapi tidur sekatil. Bukan tidak boleh berkongsi tetapi anda sengaja membiarkan suami anda gagal melaksanakan tanggungjawabnya yang patut yang Allah SWT tentukan kepadanya sebagai seorang suami dan seorang bapa jika mempunyai anak-anak. Jika betul mampu, tidak mengapalah. Sewajarnya pun isteri membantu.


        Kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi kemampuan yang sebenar. Sebagai contoh sampai kena berhutang hanya sebab nak penuhkan kehendak isteri yang melampau atau bekerja tanpa rehat sampai tak leka bab ibadat. Itu salah ya...


        Kalau isteri berkemampuan dan suka bermewah, isteri boleh gunakan wang sendiri untuk puaskan hati. Tapi ingat ya, masih dengan syarat tidak gagal menghormati suami. Kena juga maklumkan dulu kepada suami sebelum berbelanja.



        “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.


        Wanita, jangan ambil alih peranan suami dalam perbelanjaan keperluan anda, anak-anak dan rumah tangga. Andai benar sayang pada suami, pastikan suami melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya.
                mingguanwanita




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.038138 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list