CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3952|Reply: 3

Mentua Masuk Campur, Isteri Kena Cerai

[Copy link]
Post time 20-10-2015 11:06 AM | Show all posts |Read mode
                    “Saya mintak suami tolong kemaskan barang nak pindah berpantang kat rumah mak saya sendiri sebab kat rumah mentua, saya ditempatkan kat ruang tamu, nak menyusu, nak mengurut, tak selesa. Suami bising merungut. Saya komen la takkan mintak tolong pun nak merungut. Tiba-tiba saja bapa mentua saya yang duduk kat luar rumah sebelum tu, menerpa kat kami dan cakap; Perempuan macam ni tak payah dibuat isteri. Kau buang aje…”


        Inilah kisah isteri muda berusia 27 tahun yang diceraikan sebaik sahaja habis pantang (bayi berusia 53 hari) dek kerana suruhan daripada bapa mertua. Pelik kan?!


        Selalunya, ibu mentua campur tangan tapi dalam kes ini bapa mentua pula yang lebih. Siap cakap: “Isteri tak boleh komen suami, tak boleh lawan cakap suami sebab suami ada ego. Kalau isteri berani komen suami, dah tak layak disimpan sebagai isteri lagi.”



        Semua nak anak hidup bahagia. Hanya ibu bapa yang ‘terhilang’ kewarasan akal sahaja yang mengharapkan anaknya derita. Ada tikanya ibu dan bapa tersilap membuat keputusan hingga memudaratkan kehidupan si anak itu sendiri. Ya, ibu bapa yang membentuk anak-anak. Tetapi ibu bapa juga tak boleh lari daripada melakukan kesilapan.


        Nak campur tangan dalam urusan perkahwinan anak-anak boleh tapi biar berpada. Ibu bapa kena bersikap sebagai pemantau keadaan, beri nasihat yang perlu untuk mendamaikan keadaan agar perkahwinan yang dibina si anak menantu mampu bertahan dan kekal dalam bahagia hingga ke akhir hayat. Bukannya meruntuhkan!


        Malangnya ramai ibu bapa yang tersilap campur tangan. Keadaan yang boleh diselamatkan terus bertukar kepada memusnahkan. Ada ibu bapa yang tahu masalah anak tapi tak cuba menasihati anak menantu biarpun khabarnya hubungan mereka agak baik. Alasannya enggan campur tangan. Kalau ada sikap macam ni, rosaklah.


        Paling penting, ibu bapa jangan mengugut kata anak derhaka hanya sebab si anak tak mahu turut kata anda. Dia berhak menentukan keputusan hidupnya sendiri dan anda perlu berikan kepercayaan bersama pemantauan serta doakan yang terbaik untuknya. Bukan mengugut, mencerca, dan mendoakan si anak ditimpa celaka andai tak ikut kata-kata anda. Moga boleh ubah mana yang silap...
mingguanwanita


               


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 09:16 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-10-2015 09:19 PM

oh yeahi have seen a case like this from  the horse's mouth.

tak layak jadi lelaki pun suami macam ni. seriously.

sebab, akad tu dah beralih amanah  yg mana si bapa wanita tu jaga elok elok dapat kat dia ranap habis hidup wanita tu macam half crazy  yups...with a child pulak ...but you know kalau hidup  menganiaya org baik tak payah  .

tu je my rasional.

mak mertua is mak mertua tapi kepala otak si lelaki jgn bubuh bawah kaki ye. u yg kemudi rumah tangga , u ketua , u kena ada otak kalau tak ada well dont get married. sebab naya manusia lain sebab kebodohan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:03 PM | Show all posts
sama kes macam aku..tapi xde la sampai kena cerai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:01 PM | Show all posts
daripada makan hati eloklah bercerai jek ngan laki yg takde rasa tanggungjawab tu...ingat wife tu sampah sarap untuk buang2?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.475391 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list