Jodoh adalah takdir Allah yang telah dicatat sebelumnya. Ertinya, jodoh tersebut tidak mungkin akan tertukar dengan orang lain. Hanya hal ini tidak bererti kemudian dirinya berdiam diri. Usaha juga sangat diperlukan, bukan hanya mimpi semata-mata.
Beberapa yang boleh dilakukan adalah:
1. Memperbaiki diri
Jodoh kita hakikatnya adalah cerminan diri kita.
2. Bersikap realistik
Realistik maksudnya adalah tidak terlalu berkhayal dalam menentukan pasangan hidup. Harapan yang terlalu tinggi terhadap calon pasangan kita, justeru akan memunculkan peluang kekecewaan.
3. Membangun jaringan dan komunikasi yang baik dengan orang orang yang soleh.
4. Komitmen dengan proses yang syar’ie
5. Bermohon dan tawakal kepada Allah.
Cukuplah Allah yang menentukan hasil dari usaha kita. InsyaAllah jika kita sudah melakukan yang terbaik, hasil yang kita dapatkan pun adalah sesuatu yang terbaik. Jodoh itu rahsia Allah yang sudah ditentukaNya. Kita tinggal berusaha mendapatkanya dengan cara yang baik.
Kerana hakikat jodoh adalah cerminan diri kita.
Jika kita baik maka jodoh kita baik, begitu pula sebaliknya.
¤¤Itulah aturan Allah yang tercantum dalam Al Quran.
pakarcinta
|