View: 3853|Reply: 1
|
Syurga & Neraka Semua Suami Pegang?
[Copy link]
|
|
Dilema yang menghantui para isteri sama ada untuk berdiam diri atau meluahkan rasa tidak puas hati tentang suami bila pasangan bersuara: “Kau jangan nak cakap banyak. Syurga kau di tangan aku. Kalau aku tak redha, kau sembahyang tunggang terbalik pun tak ada maknanya.”
Persoalannya kalau si suami tak solat, tanggungjawab nafkah zahir ke laut , malah ada antaranya yang menganiayai emosi dan fizikal isteri, adakah mereka ini layak menentukan syurga si isteri sedangkan syurga mereka sendiri belum pasti?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.” – hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim.
Rujuk hadis ini, suami bukanlah pemegang kuasa muktamad untuk menentukan syurga seorang isteri. Biarlah suami nak kata dia tak redha segala tindakan anda hanya sebab marah apabila anda tegur perlakuan salahnya, itu tak bererti kata-katanya satu keputusan muktamad. Jelas dia tidak layak menentukan syurga anda kerana kegagalannya menentukan syurga untuk dirinya sendiri.
Tapi, jangan pula anda guna fakta ini sebab nak jadikan senjata untuk menang.
Ya, suami menimbulkan isu dirinya penentu syurga isteri bila si isteri bertindak menegur atau menasihati malah tak dinafikan ada yang meninggikan suara memarahi suami yang gagal melaksanakan peranannya. Hakikatnya, teguran dan nasihat tersebut memang wajar diberikan oleh si isteri kepada suaminya.
Ya, isteri bertanggungjawab mendidik dan membentuk keperibadian suaminya tapi kena da cara. Paling penting, jangan menengking atau marah-marah serta tak boleh menggunakan bahasa yang kesat.
Tolonglah, anda boleh bertegas tapi bukan berkasar! Anda boleh mempertahankan hak dan kebenaran tapi kena bijak menangani keadaan. Sesekali apa salahnya mengalah demi rumahtangga yang dibina bersama. Mengalah bukan bererti kalah.
Berdoalah juga andai dia masih baik untuk masa depan dan agama anda, mohon bantuan-Nya agar si dia berubah menjadi insan soleh dan bertanggungjawab. Tabahkan hati anda hingga tiba detik itu tetapi andai dia bukan lagi yang terbaik untuk masa depan dan agama anda, mohon Allah mudahkan penyelesaian kekeliruan dan kesengsaraan anda serta berikan anda kekuatan untuk teruskan hidup ini. Jangan takut kerana kita sentiasa ada Dia!
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
well said... bagos2... betul dah tuuu.... laki takleh telebih guna kuasa...isteri boleh menegur tapi kene dengan cara yang betul... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|