CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 0

Aviophobia - Rasa Takut Naik Kapal Terbang!

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2015 07:42 PM | Show all posts |Read mode


                    Mengikut sumber New York Times, sebanyak 64 peratus perempuan dan 36 peratus lelaki mengalami fobia menaiki pesawat yang juga digelar sebagai penghidap Aviophobia. Aviophobia merupakan satu jenis ketakutan, rasa cemas, dan gelisah ketika menaiki kapal terbang.

        Ketakutan ini bukan sahaja menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya malah turut mengganggu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk tuntutan kerja.

        Ketakutan ini bukanlah asing, malah bagi kamu yang pertama kali menaiki kapal terbang mungkin juga akan mengalami perasaan yang sama. Pun begitu, pengidap Aviophobia biasanya akan mengalami rasa takut yang lebih kronik dan melampau sehingga boleh mengganggu emosi.

        8 tip berguna barangkali boleh dipraktikkan untuk mengatasi masalah Aviophobia atau mengurangkan perasaan gugup menaiki kapal terbang.

        1# Cuba Sampai Awal di Lapangan Terbang
        Datanglah ke lapangan terbang lebih awal dari jadual penerbangan. Jika terlambat, pastinya wujud perasaan cemas ketinggalan pesawat. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan anda lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdegup kencang, ia akan menyukarkan keadaan untuk anda menjadi relaks ketika di dalam kapal terbang. Paling tidak, cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas!

        2# Memilih Tempat Duduk
        Untuk memilih tempat duduk, tempahan awal perlu dibuat. Tempahan online boleh membantu kamu melihat kedudukan tempat duduk yang kamu mahukan. Buat merekayang mudah rasa cemas ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat, tempat duduk barisan hadapan adalah paling sesuai. ini adalah kerana bahagian hadapan agak kurang terasa geloranya.

        3# Elakkan Minum Kopi atau Minuman Berkafein
        Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan menjadikan kita lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Antara minuman yang dicadangkan adalah air masak atau jus buah-buahan.

        4# Mendengar Muzik yang Menenangkan
        Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan anda ketenangan sekali gus menjadikan anda lebih relaks.


        5# Cuba Latihan Pernafasan
        Menarik nafas dengan betul biasanya akan membuatkan anda berasa lebih tenang. Caranya mudah! Mulakn dengan menutup mata, tarik nafas sedalamnya dengan menggunakan perut, tahan seketika dan kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali dan pastinya teknik ini berkesan untuk menghilangkan rasa gementar yang dialami.  

        6# Beritahu Pegawai Penerbangan
        Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa kamu mengalami masalah ‘takut’. Tidak perlu merasa malu kerana rasa takut dan cemas biasanya dirasakan oleh kebanyakan penumpang lain. Krew penerbangan biasanya mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang yang mengalami Aviophobia, mengikut latihan yang mereka terima.

        7# Sibukkan Diri
        Kesibukan dengan melakukan beberapa aktiviti biasanya boleh mengalihkan perhatian dan  melupakan seketika rasa takut dan cemas ketika berada di dalam kapal terbang. Membaca majalah yang disediakan atau berbual dengan penumpang sebelah mengenai topik menarik juga boleh dilakukan.

        8# Jangan Terlalu Berfikir
        Cuba jangan terlalu memikirkan bagaimana corak perjalanan yang dikendali juruterbang. Sangat penting untuk berfikir bahawa rasa panik dan cemas akan berlalu. Jadi, abaikan sahaja perasaan takut dengan hanya berfikir betapa indahnya lokasi yang bakal anda kunjungi apabila tiba nanti!

remaja

        



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.097621 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list