View: 1426|Reply: 0
|
Tak Payah Pakai Deodorant, Janji Jaga Pemakanan Ini
[Copy link]
|
|

Ada beberapa cara alami yang boleh anda cuba untuk mengelakkan bau badan melekat walau pun tak pakai deodoran. Deodorant dan minyak wangi sangat membantu untuk tampil wangi, tapi kedua-duanya banyak mengandungi bahan kimia yang kurang bagus untuk kesihatan.
Lebih baik anda menjaga cara pemakanan harian agar tidak mengalami bau badan yang kurang enak sebab makanan yang masuk dalam tubuh mempengaruhi bau badan dan juga bau mulut. Ok, jom kita semak makanan apa yang pelaing mempengaruhi bau badan...
1. Makanan kaya serat
Makanan seperti sayuran dan buah yang mengandung zat anti oksidan serta serat akan membantu anda. Makanan ini akan membantu tubuh terhidrasi. Badan pun tidak akan bau.
2. Tambah zink
Konsumsilah makanan yang mengandung zat ini untuk mengurangkan bau badan seperti buah. Makanlah labu, biji-bijian, kacang, yogurt, daging dan juga makan laut untuk memproduksi zink yang cukup.
3. Tekankan probiotik
Ambil yogurt secara teratur akan membantu kontrol bakteria dengan baik. Cara ini juga akan membantu kontrol bau badan.
4. Pilih sajian yang ada vitamin B
Tubuh memerlukan serapan magnesium dan juga vitamin B komplek yang akan membantu tapis pelbagai makanan yang masuk dalam tubuh. Ini akan sangat membantu tubuh agar tak cepat berbau busuk
5. Air kena lebih
Minum air yang banyak agar racun dalam tubuh boleh larut bersama air. Ini merupakan cara yang paling natural untuk 'kikis' bau tubuh yang kurang enak. Pastikan anda minum air sekurang-kurangmya 5-6 liter air dalam sehari. Selain menjaga agar bau badan kurang enak tak muncul, ini juga akan membantu agar kulit lembab dan cantik.
Selalu jaga pola makan agar sentiasa sihat. Apa yang kita makan akan menentukan diri kita jadi macam mana. 'Stay beauty and healthy' ya wanita!
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|