CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 0

Jarak Usia Hanya Angka

 Close [Copy link]
Post time 26-10-2015 01:33 PM | Show all posts |Read mode
                    Suami sepuluh tahun lebih tua? Suami tua isteri muda bukan luar biasa. Kalau setakat sepuluh tahun perbezaan usia, tidak ketara walau sedikit pun. Jadi, kalau ada jejaka dengan jarak usia seperti itu masuk meminang,jangan berwalang durja. Lagi pun berdasarkan pengalaman, orang lelaki biasanya awet muda. Walaupun usia sudah mencecah setengah abad, bentuk tubuh dan daya tahan masih seperti remaja belasan tahun.

        Sebaliknya orang perempuan cepat dimamah usia. Selepas melahirkan seorang anak nampak sangat perubahan bentuk tubuhnya. Berat badan meningkat, dan tubuh yang dulu ramping mula kurang kerampingan. Jika selepas melahirkan tubuh tidak dibaik pulih dengan sempurna, baru masuk 40 isteri sudah kelihatan lebih tua dari usia. Jadi, janganlah bimbang sekiranya anak dara hendak dijodohkan dengan teruna yang sepuluh tahun lebih muda.

        Demikian pula halnya sekiranya seorang anak teruna berkahwin dengan gadis atau janda yang lebih tua sepuluh tahun. Ini jarang terjadi dalam kalangan  masyarakat kita, tetapi bukan sesuatu yang luar biasa. Perihal isteri lebih tua dari suami tidak sepatutnya dijadikan isu. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Siti Khadijah yang usianya jauh lebih tua. Tidak kira berapa jarak usia dengan suami, isteri tetap isteri. Jangan pula oleh sebab usia lebih tua, si isteri menganggap dia sebagai kepala keluarga. Dia tidak boleh mengatasi peranan suami. Suami tetap ketua keluarga. Betapa hebatnya isteri, dia hanya pembantu keluarga. Mungkin dia boleh memegang beberapa portfolio lain seperti ketua kewangan, ketua keselamatan, dan sebagainya. Tetapi jawatan No.1 mesti pada suami, walaupun dia sepuluh tahun lebih muda.

        Selagi masing-masing faham dan dapat memainkan peranan dengan baik, faktor usia bukan satu masalah. Siapa lebih tua bukan isunya. Lagi pun seperti yang selalu diberitahu, usia hanyalah angka. Jadi apa yang hendak dibimbangkan pada angka-angka itu. Apa yang penting dalam perkahwinan ialah persefahaman. Ini sebenarnya satu cabaran. Sebab selepas menjadi suami-isteri kita mula masuk ke alam rumah tangga sebenar.

        Banyak yang perlu difikirkan setelah menjadi suami-isteri. Banyak yang perlu dipelajari untuk melayari bahtera rumah tangga. Kena tolak ansur dalam semua perkara. Kena banyak sabar, dan kena menyesuaikan diri dengan suasana baru. Sekiranya persefahaman dapat diwujudkan, usia walaupun bezanya berpuluh tahun langsung tidak menjadi halangan kebahagiaan.

        Kesimpulannya, tidak kira siapa yang lebih tua, bahtera hidup itu akan berlayar sempurna sekiranya masing-masing bijak berdayung. InsyaAllah! Lagi pun kata orang usia hanyalah angka. Apa hendak dibimbangkan pada angka-angka itu.

       
                                                                            Apa salahnya isteri lebih tua?
pesonapengantin

                           

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037902 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list