|
Oleh Fyruz Hanna
Kalau tanya sesiapa didunia ini pasti tak mahu memutuskan persahabatan. Memang tiada la, tambahan pula jika dia seorang teman baik.
Pada dasarnya memutuskan tali persahabatan itu bukanlah satu perkara yang buruk selama kawan tersebut tidak pernah memberi kebaikan kepada kita. Jom lihat teman yang bagaimana yang tak salah nk putuskan atau tak berkawan lebih baik
1. Teman yang mengecewakan kamu berterusan
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan. Dalam berkawan, memang kita akan rasa kecewa kadang kala dengan perangai teman. Namun, jika mereka secara tak putus-putus sering mengecewakanmu, saat inilah anda harus pertimbangkan kehendak anda dnegan
2. Teman yang sentiasa kianat
Sesabar mana pun seseorang itu, jika dikianati pastinya berakhir dengan sakit hati.Jika kamu masih mampu lagi bersabar dengan pengkianatan tersebut teruskan lah, namun jika kamu tak tertangguh rasa yang kamu hadapi itu, ada baiknya anda menjauhi kawan sebegitu.
3. kawan yang memalukan
Bagi kategori kawan yang memalukan ini, anda perlu seboleh-boleh cuba meninggalkan mereka. Ini kerana seorang teman yang memalukan atau sengaja membuat malu dihadapan orang akan juga memalukan anda kerana mereka berfikir ia sesuatu perkara yang boleh diterima. Dan jika teman anda melakukan perkara memalukan luar biasa. Adakah anda masih mampu mempertahankan mereka.-CARI Infonet.
|
|