CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2156|Reply: 0

5 Cara Mudah Tarik Mood Lipat Kain

[Copy link]
Post time 29-10-2015 05:52 PM | Show all posts |Read mode

Satu perkara paling tidak disukai baik perempuan atau lelaki adalah lipat kain. Bukan tiada masa, tetapi kerana sikap yang suka tangguh dan lebih sanggup cari kain dalam bakul. Malah ada yang mengupah orang lain hanya semata untuk lipat kain yang berlonggok. Baiklah, cara ini akan mengatasi masalah kain berlonggok anda.


1. Elak tangguhAnda boleh selesaikan masalah pakaian dalam masa yang singkat jika fokus dan tahu menyusun kerja. Sementara menunggu kain siap dicuci, anda boleh duduk dan melipat kain yang sudah kering.


Jangan pula sedang tunggu kain siap dicuci di dalam mesin, anda goyang kaki atas sofa. Kes ini, sampai bila-bila pun akan buat kain 'menggunung'. Anda juga yang sakit mata.



2. Asingkan fabrikSeeloknya kalau basuh kain baju, awal-awal anda perlu asingkan kain tebal dan yang kecil-kecil seperti stokin, sapu tangan atau mungkin pakaian dalam.


Ini mudah apabila waktu melipat, kain yang besar dan tebal sebenarnya sedikit. Jadi kalau nampak kain sudah melebihi bakul, anda akan sakit mata dan timbul mood untuk melipat. Pasti kain tidak terus berlonggok di dalam bakul, bukan?



3. Sambil tengok TVTidak perlu mengeluh yang anda tiada masa, sebenarnya anda boleh buat sambil tengok drama kesukaan. Kalau khusyuk tengok rancangan yang kita suka, tangan pun laju boleh buat kerja. Sekelip mata pasti anda sendiri tidak jangka, mampu lipat kain berbakul-bakul depan mata.



4. Bagi tugasanJika ada waktu terluang bersama anak-anak atau suami di rumah, anda boleh habiskan masa dengan lipat kain sambil berbual. Eh, jangan pula tahu arah kaum perempuan ya. Apa salahnya jika buat sama-sama sebelum tunggu waktu tidur malam.


Lebih mudah, kalau isteri sedang kutip kain untuk dicuci, suami boleh tolong sidai. Dan anak-anak pula masing-masing lipat kain. Lagi banyak tangan yang bergerak, lagi cepat kain yang dilonggok licin.


5. Sediakan satu bakulTidak perlu beli bakul kain banyak, nanti makin liat pula masing-masing nak lipat kain baju. Mahu lagi senang letak kain kering dan sudah dicuci atas sofa. Ini cara untuk sakitkan mata sendiri, automatik anda terus lipat kain yang menjadikan rumah lebih bersepah.

mingguanwanita


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.034527 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list