View: 1385|Reply: 0
|
Fesyen Buat 'Cik Abang' Yang Bertubuh Kecil
[Copy link]
|
|

Jika kamu tergolong lelaki berketinggian di bawah 5'8" yang sukar mencari fesyen sesuai, entri ini untuk kamu.
Sedikit sebanyak ia membantu kamu berfesyen tanpa menjadi bahan ketawa orang sekeliling.
Ramai antara kita lebih gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengira bentuk fizikal diri sendiri.
Bukan tidak boleh mengikut fesyen semasa tetapi kesukaran memilih pakaian yang benar-benar sesuai dengan fizikal yang rendah menampakkan kamu kelihatan 'busuk'.
Tip ringkas di bawah boleh dijadikan panduan supaya kamu tidak lagi rasa rendah diri.
SILA IKUT:
1. Kamu tidak perlu mengenakan sut untuk tampak segak. Jika memilih sut, kekalkan corak menegak. Sebaiknya, pilih corak menegak yang bersaiz kecil.
2. Pilih saiz 'ngam-ngam' dan sedap pada badan dan bukannya baju yang terlampau ketat jika tidak mahu nampak lebih 'halus'.
3. Beri perhatian pada aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang kerana ia juga memberi perhatian. Pilih yang kecil dan ringkas. Skinny tie adalah pilihan terbaik.
4. Pastikan seluar anda diseterika kerana kurang kemas menampakkan kamu lebih rendah malah tidak terurus.
5. Pakai sehelai jaket yang mempunyai satu atau dua butang saja.
6. Pilih baju T berleher V.
JANGAN IKUT:
1. Jangan mengenakan pakaian bercorak melintang.
2. Elak memilih kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tidak membantu sebaliknya membuatkan orang asyik terpandang kasut kamu sehingga jadi tak selesa.
3. Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya membantu anda nampak besar tetapi hakikatnya membuatkan kamu lebih kecil dan seperti kanak-kanak.
4. Elak memakai dua lapis jaket.
5. Jangan simpan rambut panjang.
6. Elak mengenakan pakaian terang kerana menampakkan fizikal kamu yang rendah dengan ketara.
Biasakan diri dengan tukang jahit. Elak rasa malu berjumpa tukang jahit untuk meminta mereka melakukan sedikit perubahan pada pakaian kamu. Minta mereka sukat mengikut saiz tubuh anda. Butik seperti Banana Republic, Gap, Levi's dan H&M merupakan antara butik yang boleh kamu kunjungi untuk memilih fesyen sesuai buat kamu.
Hujung tahun sebegini pasti banyak jualan murah. Berfesyenlah dengan bijak!
remaja
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|