CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3053|Reply: 1

Nafkah Pun Kelaut, Mintak Nak Pasang Dua

[Copy link]
Post time 29-10-2015 07:09 PM | Show all posts |Read mode



“Sakit hati sangat dengan sikap suami. Dahlah nafkah kami anak beranak tak ambil peduli, ada hati nak kahwin lagi. Dah lebih sebulan saya tak bercakap dengan dia. Dia cakap saya buat tak peduli. Dia sentuh saya tolak. Tengok mukanya pun saya menyampah...” – Luahan seorang wanita.


Dah orang layan tak baik, takkan nak layan dengan baik lagi. Secara logiknya; baik dibalas baik dan jahat semestinya dibalas jahat, betul?


Tak betul! Islam mengajar umatnya untuk berperibadi mulia. Malah masyarakat Melayu diajar berbudi pekerti yang baik: “Kalau orang baling batu, kita baling pisang...” Itu pesan orang tua dulu kala, masih relevan hingga kini kerana hanya kebaikan boleh membanteras kejahatan. Kalau dengan orang lain kita disuruh sentiasa berbuat baik, dengan suami lagi lah sebab suami diangkat sebagai ketua.


Islam tak suruh mendewakan suami tetapi perlu dihormati. Kalau dah tak mampu lagi nak hormat, di sinilah ada jalan keluar yang Islam tentukan. Talak atau cerai bukan syariat saja-saja, bukan untuk dibahaskan baik dan buruknya semata sebaliknya cerai ketetapan syariat adalah sebagai jalan menghindari dosa agar hidup yang sementara ini boleh diredhai dan diberkati Allah.


Ingat! Redha seorang isteri bergantung kepada redha suami kepadanya. Andai suami redha dengan perlakuan kurang ajar anda, menempek suami sesuka hati sebagai membalas kegagalanyan melaksanakan tanggungjawab, adalah redha tersebut insya-Allah.

Logiknya pula, adakah yang redha dan suka dicaci maki? Penjahat pun tak suka dikatakan jahat walau sebenarnya dia memang jahat.


Masalah kebanyakan wanita pula, sanggup pejamkan kedua-dua mata bila suami gagal biaya nafkah. Tapi bila tahu suami ada orang lain, barulah nak mengamuk sesuka hati dan dalam sebahagian kes, isteri jenis tak boleh terima hakikat suami ada orang lain walau ternyata suami adalah lelaki yang bertanggungjawab sepenuhnya.


Memang fitrah wanita tak suka berkongsi, tak kiralah jadi yang pertama, kedua, ketiga atau keempat tapi jangan sampai menafikan ketentuan syariat yang pastinya bersebab dan berhikmah.


Paling penting, sentiasa dapatkan bantuan Nya dalam membuat keputusan agar hidup sentiasa dalam redha Nya!

remaja

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
yela..yela...pompuan la yg jahat dalam semua menda...
laki nak kawen lain pun pompuan salah...
mintak cerai sbb tak bagi nafkah pun pmpuan juga jahat sebab tak hidup susah bersama..
penat da sana sini artikel pompuan je yg tak betul..
harap2 laki yg baik sangat2 tu dapatla bimbing semua pompuan2 yg tak baik ni ke jalan yg benar daripada asik canang sana sini salah pompuan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.033703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list