CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4381|Reply: 2

Pilihan kereta bagi lelaki-lelaki ini!

[Copy link]
Post time 6-11-2015 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki berjiwa romantis
LELAKI romantis cenderung memilih kereta berprestasi sederhana dan  tidaklah terlalu mementingkan soal had laju atau kemampuan memecut. Bagi  lelaki romantis, lebih lama berada dengan si dia di dalam kereta yang  dipandu, lebih baik.

Sudah pasti kereta yang menjadi pilihan  utama lelaki penyayang ialah dari jenis convertible atau bumbung yang  boleh dibuka secara automatik.

Bayangkan, membawa si dia  menikmati pemandangan malam dengan bumbung terbuka? Cukup romantik!  Selain itu, lelaki romantis juga cenderung memiliki kereta vintaj.  Kereta vintaj memberi aura tersendiri dan jika memandu bersama kekasih  pada hari minggu, keseronokannya tentu berbeza!


Lelaki playboy
MELARAM dan beraksi kononnya dia sajalah yang memandu kereta dari jenis  model tertentu mungkin gelagat yang boleh dilihat dari lelaki playboy.  Lelaki sebegini menitikberatkan soal imej, ranggi dan kehidupan bebas.

Sudah tentu kereta dari jenis sporty seperti Porsche, BMW mahupun  Lamborgini menjadi pilihan jejaka kaya-raya atau anak jutawan. Gelagat  lelaki playboy beraksi dengan kereta mewah seperti yang dipaparkan dalam  klip video penyanyi Hollywood, kini bukan lagi suatu pemandangan asing  di Kuala Lumpur.


Lelaki eksekutif dan berkedudukan baik dalam profesion.
Lelaki yang memiliki kerjaya baik cenderung memilih kereta yang  memenuhi keinginan peribadinya. Bermula mungkin dengan memiliki kereta  terpakai pada awal kerjaya, lelaki eksekutif dan berkerjaya tentu  mahukan kereta lebih baik dan sesuai dengan status diri serta profesion  yang disandang.

Mungkin selepas bekerja keras selama 10 tahun  selepas tamat pengajian pada usia 25 tahun, lelaki berusia 35 tahun ke  atas mahu memiliki kereta idaman hasil penat lelah bekerja serta  mencapai status baik dalam hidup.

Jika di Malaysia, jenama  kereta Honda, Mazda atau Toyota mungkin menjadi pilihan lelaki dari  kumpulan ini. Tidak kurang juga ada lelaki mahu memiliki kereta tempatan  seperti Proton Perdana yang mencerminkan imej eksekutif dan mewah.


Lelaki stailo.
Lelaki stailo lazimnya memiliki ciri-ciri lelaki urban. Lelaki stailo  cenderung memiliki kereta dari jenis kompak. Selain mudah dikendalikan  terutama di bandar raya seperti Kuala Lumpur, kereta stailo lazimnya  memiliki reka bentuk menarik dengan sentuhan kontemporari.

Biarpun kereta kompak dikatakan lebih sesuai untuk pemandu wanita,  lelaki urban memilih kereta kompak kerana ia lebih ringkas, bergaya dan  mudah dikendalikan. Lihat saja Mini Cooper, siapa tidak mahu kereta  kompak ini?
<p>Ahli perniagaan.</p>Ada  rakan yang mengusahakan perniagaan mengakui soal jenis kereta yang  dipandu menjadi persoalan pelanggan. Katanya, pelanggan akan lebih yakin  jika melihat kereta mewah dari jenis Mercedes Benz, BMW atau  sekurang-kurangnya Honda CRV dipandu ahli perniagaan.

Mungkin  ada benarnya, tetapi usahawan lelaki perlu menimbang banyak faktor  sebelum memiliki kereta idaman. Selain faktor keupayaan kereta bertahan  lama (andai perlu memandu ke lokasi jauh untuk menemui pelanggan), soal  lain termasuk prestasi, penjimatan petrol dan imej perlu diberi  perhatian.

Namun, apa salahnya memiliki kereta mewah andai  perniagaan yang diusahakan berjaya atau pulang modal dengan kos operasi  dan pengurusan terjamin setiap bulan.


Lelaki berkeluarga.
MPV! Inilah kereta idaman lelaki berkeluarga. Bagi lelaki ini, apa lagi  yang hendak dicari daripada sebuah kereta melainkan ia dapat memenuhi  keperluan keluarga iaitu isteri dan anak-anak.

Bagi lelaki  yang memiliki anak ramai, kenderaan MPV atau van mungkin paling sesuai.  Ini tentunya memudahkan seisi keluarga setiap kali pulang ke kampung  atau mengembara jauh beramai-ramai. Selain lebih selamat, hubungan  sekeluarga juga bertambah erat. Tanyalah mana-mana lelaki bergelar bapa,  MPV pasti menjadi idaman mereka!


Lelaki veteran atau pesara.
Lelaki masih boleh memandu sehingga usia mencapai 80 tahun asalkan daya  penglihatan dan refleksi masih baik. Lelaki senior cenderung memilih  kereta yang mudah dikendalikan dan paling mustahak, automatik!

Disebabkan faktor usia dan tenaga yang tidak kuat, lelaki berusia  tentunya mahukan kereta bergear automatik bagi mengurangkan kesakitan  pada lutut selain memudahkan pemanduan tanpa perlu memberi tumpuan pada  gear. Jika anda mampu, apa kata hadiahkan bapa kereta bergear automatik?  

https://www.facebook.com/notes/k ... aki/209364999078921

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 08:04 PM | Show all posts
hahaha kalo kat malaysia tak leh kire jiwa..

kadang romantik pn naik kancil jea..

tgok keturunan kot

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2015 11:17 AM | Show all posts
Honda..... EX5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036932 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list