CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1782|Reply: 1

Wanita Cukup Suka Kalau Lelaki Buat 15 Perkara Ini

[Copy link]
Post time 12-11-2015 12:33 PM | Show all posts |Read mode

Ramai yang mengeluh untuk faham dunia isteri atau wanita. Mungkin kerana terlalu dengar cerita orang, anda jadi keliru bagaimana untuk buat si dia bahagia dan rasa gembira dengan cara paling mudah. Cuba anda semak 15 cara ini, siapa tahu masalah anda akan selesai...

Perempuan cukup suka:


1. Kalau suami balik rumah dari mana-mana ada hadiah untuknya. Tak mahal pun ok, janji hadiah.

2. Suami tolong buat kerja rumah, sekali pun isteri suri rumah.

3. Suami jaga anak tanpa disuruh.

4. Mengalah bila perempuan tengah marah sebab emosi perempuan makin dilawan, makin teruk jadinya. Lama-lama dia akan sedar sendiri silapnya.

5. Suami jemput pulang dari tempat kerja waktu hujan atau waktu dia susah.

6. Kalau suami sudi dengar rintihan dan luahan tanpa sebarang bantahan. (ia kan saja waktu si dia tengah emosi, nanti betulkan balik)

7. Tetiba suami masak walau hanya masak menu mudah.

8. Suami selalu tolong keluarga yang lain jika dalam susah.

9. suami bawa pergi jalan-jalan. Kalau pergi pusat membeli belah, cuci mata pun ok janji singgah makan.


10. Suami selalu peluk walau tidak diminta.

11. Dapat kejutan sesekali. Ini ikut apa yang perempuan minat. (bunga, coklat banyak, percutian)

12. Suami hulur duit walau hakikatnya dia sendiri sudah punya duit.

13. Suami ajak solat berjemaah sama-sama dan tambah ilmu baru.

14. Kalau dibelai waktu tengok tv atau manjakan main rambut.

15. Suami belikan buku atau majalah kesukaannya. Ya, melalui buku dan majalah kan penuh dengan ilmu.



Banyak lagi, tapi 15 ini adalah antara tindakan lelaki yang akan buat wanita rasa dihargai. Tak percaya, cubalah!


mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 01:10 PM | Show all posts
motif gambar, hulur hadiah, sorok kapak??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.119105 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list