Ada banyak sebab kenapa pasangan berkahwin masih stuck duduk dengan family. Satu, sebab mak mertua tak boleh lepaskan anak dia, kedua mungkin sebab suami korang ‘selesa’ sangat duduk bawah ketiak mak dia, dan ketiga mungkin kerana pasangan korang nak hidup senang tak perlu cari atau bayar sewa rumah lain. Jadi, halus di sini bukan bermaksud menggunakan ilmu-ilmu hitam atau perkara khurafat ya. Cukup sekadar menggunakan cara yang tak nampak sangat korang mendesak suami untuk pindah tapi sebenarnya dalam hati meronta-ronta. Haa cenggitulah. 1. Minta mak mertua masak setiap hariJangan buat macam korang nampak pemalas, tapi mintalah mak mertua masakkan lauk kegemaran korang setiap hari dengan cara yang paling manja dan comel sekali. Kata padanya, korang rindu masakan mak sendiri dan akan jatuh sakit kalau tak dapat makan masakan air tangan ibu (walaupun cuma ibu mertua). Lepas dua bulan, mesti mak mertua korang fed up dan halau korang sendiri keluar dari rumah tu. 2. Tunjuk skil memasakSebab tak nak nampak macam diri tu menantu hantu, korang offer diri untuk memasak pada hari-hari tertentu. Tapi tips terbaik kat sini, korang guna bahan-bahan yang dibeli oleh mak mertua korang sampai habis. Mesti dia bengang tengok bawang, minyak dan beras dia habis licin kat dapur. 3. Keluar pagi buta, balik lewat malamJangan tunjuk muka langsung kat ibu bapa mertua korang. Pergi kerja seawal yang mungkin sebelum seisi rumah bangun dan balik rumah lepas semua orang tidur. Bila keluar je statement macam ni,“Amboi, seronok buat rumah ni macam hotel”, tiba masanya untuk korang cucuk jarum. Guna ayat ni pula, “Tu lah mak, kalau kat hotel dah lama kena tendang keluar. Mak tak nak tendang kitorang keluar? Teringin juga duduk rumah sendiri” sambil tersenyum manis. 4. Ajak suami tengok wayang setiap malamKadang-kadang salah satu faktor kenapa mak mertua korang beriya tak bagi korang pindah adalah sebab dia tak puas lagi nak bermanja dengan anak dia. Kiranya macam, hati mak tak tenang kalau tak tengok anak mak depan mata, haa camtu. So, untuk tunjuk cara memberontak sikit, korang ajak suami keluar tengok wayang setiap malam, setiap hari. Suami isteri pun perlukan privasi juga, kan? 5. Bergaduh dengan adik iparKorang ada adik ipar? Okay, cantik! Kalau mak mertua korang pantang dengar adik ipar korang tu menjerit dalam rumah, gunakan peluang terbaik ni untuk cari gaduh dengan dia. Cara paling senang, sorokkan barang-barang atau rampas remote control TV. 6. Ajak kawan datang partiKau gila nak ajak kawan-kawan datang rumah buat birthday party yang bukan kau punya birthday kat rumah mak mertua kau? Yup, memang gila. Tapi ni je cara terbaik untuk buat mak mertua tanam rasa fed up kat korang. P/S: Parti lain pun boleh tapi jangan sampai mabuk. Nanti bukan setakat kena halau keluar, takut mak mertua korang pula cari jalan nak suruh anak dia tinggalkan korang. 7. BFF dengan musuh mak mertuaIni paling win! Buat research sikit makcik mana yang tak suka mak mertua korang lepas tu acah-acah jadi BFF. Bila weekend je korang berkunjung ke rumah makcik tu atau ajak makcik berkenaan berkunjung ke rumah mak mertua untuk makan tengah hari. 8. Berhutang dengan kedai runcitNak buat mak mertua marah? Senang je. Korang pergi beli barang kat kedai runcit, lepas tu buat-buat terlupa bawak wallet dan terpaksa berhutang. Bagi nombor telefon dan alamat rumah mak mertua untuk dihubungi bila tauke kedai nak kutip hutang nanti. 9. Guna pinggan mangkuk kesayangan mak mertuaMak mertua biasanya ada satu set pinggan mangkuk yang paling disayangi dan dia takkan bagi sesiapa pun guna walaupun anak sendiri. So, untuk membuatkan korang dihalau dari rumah tu, beranikanlah diri cabar mak mertua korang. 10. Ajak suami karaoke di rumahIbu bapa mertua mana yang tahan kalau anak menantu habiskan masa 24/7 di rumah dan karaoke sepanjang masa, kan? Sama ada korang kena halau keluar atau kena maki. Kesemua tips ni cuma random idea kami, ada yang boleh dicuba dan ada juga yang perlukan kewarasan minda korang untuk fikir banyak kali sebelum cuba. Tapi ingat, tujuan utama korang adalah untuk pindah keluar sahaja, jangan sampai hubungan mertua-menantu rosak pula ya. Bila dah selamat pindah nanti, korang baiki balik hubungan dengan mertua.
ohbulan
|