CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5017|Reply: 3

Awas, Perangkap Lelaki Playboy!

[Copy link]
Post time 25-11-2015 09:05 PM | Show all posts |Read mode


Lelaki Playboy. Pernahkah anda mengenal ciri-ciri Lelaki Playboy ? Jika tidak pernah jom ketahuinya di sini..
Bukan semua wanita beruntung boleh memiliki kekasih hati yang baik, penyayang, setia dan baik hati. Semuanya bergantung pada nasib, tetapi jika anda bijak, anda pasti tidak akan tewas dengan mana-mana lelaki yang bergelar lelaki playboy!
Jadi, untuk itu anda peru lebih berhati-hati supaya tidak terjerat dalam perangkapnya, kerana lelaki playboy ini mempunyai karisma tersendiri yang mampu menawan hati wanita.  Lelaki playboy cukup arif menguasai bagaimana mahu membuatkan seseorang wanita  itu menyukai atau jatuh cinta kepadanya.

Jom, kenali beberapa tanda yang jelas menggambarkan si dia  itu sebenarnya lelaki playboy.
Biasanya lelaki playboy:
Kebanyakan lelaki playboy berperwatakan menarik. Tetapi tidak bermakna si dia mesti ‘handsome’. Lelaki playboy biasanya cekap dalam menjaga penampilan diri, terutama dandanan rambutnya.

2.  Peramah Dengan Mana-Mana Wanita
Mudah bergaul dan cukup peramah pada setiap wanita yang ditemui. Apatah lagi, wanita cantik dan punya karier yang bagus. Hurmm… target mereka tu!

3.  Jadi Lebih ‘Caring’ Di Saat Dia Kesepian
Ketika si dia kesepian atau sedang ligat mengatur strategi, biasanya pasti ada mesej atau deringan telefon buat anda. Lelaki  jenis ini memang seronok diajak berbual dan pelbagai cerita menarik yang bakal direka untuk menambat hati anda.

Selain itu, di saat anda sudah mula tertarik kepadanya, si dia jarang mahu mengangkat atau menjawab panggilan anda dengan alasan terlalu sibuk dan sebagainya. Si dia sebaliknya lebih rela menghubungi anda.

5.  Suka Menggunakan Ayat ‘Manis’
Pada awal perkenalan, si dia memang baik sangat,  nampak ‘cool’ dan sebagainya. Si dia biasanya selalu suka bermain dengan ayat-ayat ‘manis’ sahaja. Tidak pernah membahaskan perkara yang realistik, apatah lagi  yang berkaitan dengan masa depan dan komitmen.
Apabila anda sudah mula menunjukkan keseriusan hubungan tersebut, si dia mula cabut lari sehingga anda yang terpaksa terhegeh-hegeh mengejar cintanya!

6.  Ramai Teman Wanita
Lelaki playboy memang pakar dalam bab memikat. Jadi, tidak hairan kebanyakan lelaki playboy ini terdiri dalam kategori mereka yang mudah bergaul dan ‘charming’. Namun, mereka tidak akan mempamerkan secara terang-terang sikap penggoda itu, walaupun sebenarnya seorang pemikat.
Justeru itu, teman wanitanya sangatlah ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki playboy akan bertukar-tukar pasangan tanpa ada perasaan bersalah!

7.  Topik perbualan berbaur ‘sensual’
Opss! Inilah perkara yang paling utama yang perlu anda ‘alert’. Topik perbualan si lelaki playboy ini biasanya lebih menjurus kepada masalah seks,lucah  dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai wanita anda perlu lebih berhati-hati, jangan membuka sedikitpun ruang untuk lelaki playboy.Cuba elakkan perhubungan yang boleh menjerat diri anda sendiri kerana lelaki playboy ini boleh berada di mana-mana sahaja!


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 11:51 AM | Show all posts
pernah kenal ngan org yg ada ciri2 camni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 05:31 AM | Show all posts
tapi lelaki macam ni actually kena sedar yg depa tipu diri depa sendiri...dan tak malu kat  the rabb...sebab lupa kan? yg dia itu makhluk dan dia juga dihakimi.

kesian pulak depa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 08:29 AM | Show all posts
masalah betul lelaki ni.

bile ada ciri2 diatas, dikatanye playboy.
lelaki kan mmg baik2 skrg ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042669 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list