View: 10630|Reply: 47
|
koleksi kisah seram (pengalaman sendiri)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum. lama dah tak muncul. jadi SR balik. sebelum aku nak bercerita aku nk bagitahu semua kisah2 ni kisah benar dari pengalaman sendiri takde tiru mana2 ok.
SANTAU.
dalam banyak2 kisah kisah ni lah yg paling aku tak boleh lupa. kejadian ni berlaku pada tahun 2011. aku masa ni darjah lima. along aku tingkatan 4. aku biasanya smp rumah pukul 1:30 petang. time ni kiteorg tak tau ada orang hantar santau kat family aku. sampai jer rumah campak beg sekolah terus stanby depan tv (sbb ade cerita korea hihihi).
tengah syok2 tengok tv tiba2 bulu
roma meremang sehabis2. aku ni jenis yg bila balik sekolah tutup semua langsir dan lampu duduk
dalam gelap. ok time ni dah cuak mata ni dah pandang sekeliling. boleh dikatakan setiap hari lepas balik sekolah tgk tv bulu roma dan tengkuk meremang. aku basuh pinggan bulu roma meremang. segala jenis aktiviti yg aku buat lps balik sekolah semua meremang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nice2. menanti sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2015 06:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jap jap nak sambung tepon buat hal |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2015 06:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
senang cite segala aktiviti yg aku buat lepas balik sekolah semua meremang. kipas tak bukak pun. time ni tak terpikir pun pasal makhluk halus. 'benda' ni dia mula2 kacau jer just main2 guli,main2 tutup astro gitu2 jer. tapi,cukup menyeram kan bagi aku yg duduk sorang2 kat rumah sementara tunggu abang aku balik pukul 1:40 ptg. pernah satu hari tu aku selubung dalam selimut sebab tengah syok2 tgk tv GEDEGANG !!! bunyi orang lompat atas tangga (tangga kayu). yg pelik nye time abang aku ada takde pulak gangguan tu.
pada tahun 2012 mak aku dah start sakit dada dan pinggang rasa cam kene cucuk. mak aku ni mmg semput so dia pikir sakit biasa sakit tua(mcm x logik plak). dia pun makan ubat. lepas tu tiba2 muntah darah. darah dia berketul2. aku tengok darah perghh byk gila satu plastik. aku kesian gila tengok dia dahlah semput tambah plak dgn muntah darah. terlantar jer atas katil dah tak larat. lepastu bapak aku bwk gi hospital. mak aku dah angkut beg semua bajet2 kene tahan kat hospital sbb teruk.
last hampeh sbb doktor kata "awak tak sakit apa2 awk cuma demam sahaja". agak2 lah orang tu dah smp batuk darah boleh kata demam. try gi hospital lain sama jer hasil. mak aku pun try ubat tradisional. and yess orang tu kata ada orang hantar santau kat mak. dia suruh mak aku sakit tak boleh bangun.ustaz tu pun pulihkan lah mak aku ok tapi, berapa minggu jer jadi balik. mak aku kata dia selalu mimpi ada binatang buas kejar dia tengah2 hutan, mimpi orang bunuh lah macam2. penat nak menaip sebenarnyr sbb cerita banyak panjang. sambungg... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2015 07:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by katamel at 3-12-2015 07:11 PM
pernah suatu hari tu along aku dan sepupu aku nama dia amy tolong mak aku masak kat dapur
aku? aku kat depan tgk tv hihihi. mak tengah tumbuk sambal belacan tiba mak aku pening. along pun suruh mak aku rehat biar dia sambung tumbuk. mak pun sandar kat dinding dapur pastu terlelap. along biarkn jelah sbb maybe mak penat. dah siap tumbuk semua hidang makanan atas meja. along pun kejut lah mak aku tak bangun2. kejut punya kejut tak bangun juga. last2 panggil ayah aku angkat pergi depan. ayah aku amik air baca surah kemudian sapu kat muka baru lah sedar. mak aku nampak tak larat sangat. kiteorg suruh dia makan dulu. tu pun dua mulut.
lepas jer makan dia duduk kt sofa sebelah amy. tiba2 dia ketawa sorang2 tengok aku dia ketawa. ahh sudah jadi balik. tengok muka semua org dia ketawa. amy muka dah cuak yelah sebelah dia jer kan. tiba2 mak aku kata ngan amy " eh amy malam ni tido soran2 je ke?" yg amy teros muke pucat call ayah dia kt kg. ayah dia ni pandai sikit. ayah dia suruh amik beras campur dengan serbuk kunyit tabur sekita rumah nak buar pagar lah tu. mak aku masih ketawa kiteorg biarkan je lama2 dia berhenti jugak penat kot. besok nya aku tny mak aku asal tak sedar semalam. dia kata dia terlelap lepas tu dia tersedar dia ada kat hutan tebal yg berasap asap alaa mcm dlm cerita hantu. hutan tu gelap jer. (mmg lah gelap hutan kan). dia jerit mntk tolong takde siapa dgr. dia dgr nama dia org panggil tapi,dia tak boleh nak buka mata rasa berat jer.
mak aku tak boleh tido bila2 baru nk lelap mata nanti dia kata cam nmpk benda datang. pernah skali dia mimpi dia kene kejar ngan anjing hitam besar gila. dia lari dia masuk dalam bilik. anjing tu panjat bilik tu terkam atas bahu dia. terus tersedar bahu dia sakit sgt. smp pagi lah jwbnyer tak boleh tidur. mak aku gi lagi jumpa ustaz. ustaz tu pergi buang segala barang yg ada dalam mak aku. keluar lah paku2 karat yh dah bengkok dan serpihan kaca. aku dh tengok gmbr paku dan serpihan kaca tu tapi, tak boleh nk letak sbb mak aku dah padam. ustaz tu kata yg buat ni ada dua orang seorang lelaki dan seorang perempuan. yang lelaki suka kat mak aku tapi, dia guna cara yg salah. yang perempuan tak puas hati kat mak aku pasal kerja.
ustaz tu tny mak aku nak balas balik ke tidak? mak kata tak payah kalau kita balas balik apa beza kita dgn dia? betul jugak. ustaz just hantar balik segala mak nenek jin yg minah dan jantan tu hantar kat rumah aku. rupanya bukan seekor jer dua tiga ekor jin dia hantar. patut lah aku kene ganggu. kemudian mak aku ok boleh buat kerja mcm biasa. mak tak nak tau siapa yg buat dia. ok sampai setahun jer. Pada 2013 mak aku kene lagi kali ni minah yg sama hntr yg jantan tu dah tak hantar. mak aku muntah darah lgi. amy call bapak dia pok han suruh datang joho bwk kawan dia yg terer mengubat. nih la kali pertama aku tgk org mengubat dpn mata. jakun sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2015 07:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by katamel at 3-12-2015 07:41 PM
pok han pun datang joho dgn kawan dia aku tak tau nama dia aku letak Ustaz A jelah. pok han ngan ustaz A pun smp rumah aku pukul 9:00 malam. mak aku ayah aku pun cerita dari A smp Z. along,aku ngan adik aku duduk tepi sambil curi2 dengar. kemudian bermula proses mengubat. dia letak tgn atas kepala mak aku kemudian baca ayat2 suci al-quran. kemudian dia suruh mak aku mandi air limau dengan bunga apa entah aku lupa. tapi, wangi bunga tu. dah siap mandi aku pergi bilik air wangi gila kau bilik air. dah mcm orang jakun dah budak2 kan?.selesaijer mandi dia ambil botol kecik macm botol ubat dia buka penutup botol.
ok part ni aku suka sebab tulah kali pertama aku nampak jin2 yg mengacau aku hahaa. lepas jer ustaz A bukak penutup botol mulut dia kumat kamit kemudia, dia gerakkan tangan dia macam tangkap sesuatu dan masukkan dalam botol. letak atas meja. ustaz A kata dia dah tangap segala jin dan dah kurung dalam botol. bila dengar je cam tu aku pun dah timbul rasa ingin tahu rupa jin tu. pergilah ambil camera tangkap gambar botol tu. kali pertama cuba tak nmpk apa2. lepas tu ntah dari mana datang idea bijak pandai aku pergi ambil songkok letak belakang botol kemudian tangkap gmbar botol. camna nak explain ha? harap korang faham.
nak tau ape aku nampak? JENG JENG JENG aku nmpk jin tu bentuk dia dalam asap putih macam asap rokok tu. tapi,asap dia bentuk perempuan muka tak jelas tapi,aku tau tu perempuan tengok bentuk badan slim semacam. jelas gila nampak. tangkap lagi kali kedua kali nampak asap putih berbentuk tengkorak muka ganas beb.dah siap berubat semua aku tunjuk gambar tu kat mak aku. mak aku terkujat. ustaz A suruh padam kalau tak boleh tunjuk kat korang. aku tgk mak aku pun dah segar.
ustaz A tny mak aku dah berapa ramai mak aku berubat dgn org? belum sempat mak aku jwb ustaz A dah jwb "Lima org kan?". dan ya betul lima orang. dan mak aku pun dah semakin baik. gangguan tu pun semakin berkurangan.
japlgi aku cita lagi kisah lain plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2015 08:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by katamel at 3-12-2015 08:43 PM
oh lupa nak kata lepas jer mak sembuh aku tanya mak aku ada ke syak sesiapa kt kilang yg buat benda syirik ni. mak kata ada seorang minah ni. aku tak tau apa nama minah ni. masa mak pergi berubat mak takde pun bagitau sesiapa kawan dia yg dia pergi berubat. tiba2 tup2 naik kerja kecoh budak2 kilang yg mak aku pergi berubat. mak aku tny dari mana dpt tau. budak kilang kata diorang dpt tau dari minah tu. kemudian,setiap kali mak lalu sebelah minah tu mesti minah tu pandang mcm pelik,pandang atas bawah siap jalan2 laju2 lagi. seboleh2 nak lari daripad mak aku.
lepas tu tiba2 minah tu berhenti kerja tanpa sebab. nak diikotkan lama dah dia kerja situ gaji dah nak dekat 3 ribu mmg rugi kalau berhenti. takkan tiba2 nk berhenti kan? hurmm musykil. dan lupa juga nak bagitau ustaz A kata minah tu buat mak sebab semua org suka berkawan dengan mak aku. mak aku pula prestasi kerja bagus. mak aku ni kerja kilang yg buat cloud 9 jack n jill senang cita kilang jajan dan coklat. sebab tu minah tu sakit hati. ustaz A kata minah tu letak santau dalam air yg mak nk minum. mungkin minah tu blanja mak aku minum kot.
sekarang budak2 kilang semua lost contact dengan dia tak tau pergi mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-12-2015 08:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
aku akan cerita lagi kalau ada yg nak. kalau takde aku tak cerita |
|
|
|
|
|
|
|
katamel replied at 3-12-2015 08:49 PM
aku akan cerita lagi kalau ada yg nak. kalau takde aku tak cerita
Sambung je bro...ada la tu yg polow..
Nanti buat perenggan ye bro..lesu mata kalo xde perenggan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2015 12:08 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
besok la sambung ngantuk nk tido.
BRO?? -,- |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2015 11:25 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Telur & segumpal rambut
Edited by katamel at 4-12-2015 11:27 AM
ok nak sambung.
benda ni jadi baru jer dalam beberapa minggu yg lepas. mak aku ni dia ni suka berkebun. jadi belakang rumah aku ni adalah mak aku tanam cili,halia,serai macam2 lah. suatu hari tu (cehh) mak aku tergerak hati nk tanam kunyit kat belakang rumah.
mak ambil pisau nak gembur2 tanah dalam pasu. tengah2 dok gembur tu tiba2 jumpa telur dengan segumpal rambut. tapi,telur tu pecah sebab terkena pisau. mak pun terkujat lah macamana boleh ada telur dan rambut.
telur tu pun masih baru. mak pun panggil sepupu aku Din suruh tgk. mak suruh Din buang telur dgn rambut. buang dengan tanah2 sekali. Din pun buang.
Besok nya mata kiri mak sakit asyik berair jer. Bos mak yg perasan tu pergi la ambil air yassin dlm kereta dia. sapu kt mata mak. mata mak rasa pnas. kemudian,boss suruh mak berubat.
sebab dia tahu mak pernah kena sblum ni. Malam tu lepas je balik kerja. mak telefon pok han suruh tgk dari jauh. pok han pun buatlah. pok han kata orang yg buat tu marah sbb mak pecahkn telur dia. tu yg dia cucuk mata tu. pok han pun ubatkan lah dari jauh. skrg mata mak pun dah ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-12-2015 11:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
bayang hitam melintas.
kisah ni berlaku dalam beberapa bulan lepas. masa ni aku dekat bawah tengah melayan Wechat. yg ada kat bawah hny lah ayah,along,dan adik.
aku ni baring lah kat sofa. sofa ni terletak dekat dengan tangga. jadi kalau baring kat sofa tu mmg terus boleh nampak seluruh dapur. Nak dijadi kan cerita. tengah chatting tu tetiba ada bayang hitam melintas dekat tingkap dapur.
bayang hitam bentuk dia macam orang dewasa lelaki. sgt jelas nampak. laju je melintas. aku terkujat lah. terus bangun gi check dekat dapur. jengah kepala kat tingakap takde sesiapa pun. yg aku nampak hanyalah sebuah rumah kosong dan pokok pisang yg mak tanam.
terus ambil bantal baring kat adik tak berani baring kat sofa lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tt update cerita lagi.best |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-12-2015 01:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
suara siapakah itu?
Edited by katamel at 6-12-2015 01:44 AM
ok yg kisah yang lain pula. selalunya yg aku kena biasanya bunyi2 jer kalau penampakan tu jarang lah.sebenarnya tengah seram nk bercerita skrg ni sbb duduk sorang2 dalam bilik. tapi, takpe la cerita je lah.
cerita dia camni setiap kali macam petang2 tu mesti bunyi guli.bunyi guli yg dilantunkan atas lantai yg bermozek. smp aku dah hafal schedule dia. pagi dalam pukul 10, petang pukul 4 lebih gitu dan malam pukul 11:30 atau 1:00 pagi.
nak kata jiran sebelah takkanlah main guli jer memanjang smp pukul 1 pagi. tak reti mengantuk ker?. pernah sekali tu aku tidur bawah plan nk overnight lah dgn kengkawan. dalam pukul 12:30 gitu aku dengar suara kat dpn rumah.
suara budak2 lelaki 13+++ tengah main basikal depan rumah. sebab diorang memang selalu main basikal dok memekak depan rumah.masalahnya aku langsung tak paham apa diorang cakap.
tengah dok syok2 fokus pada bunyi tiba2 'budak' tu ketuk mangga pagar rumah aku bagi salam. aku dengan pantas bangun selak langsir tengok siapa yg bagi salam. hurmm tapi, harem takde orang. jangan kata orang rupa basikal pun tak nampak. sunyi jer cengkerik pun dah stop bunyi.
rasa cam seram sejuk terus tak jadi overnight dgn kawan. selubung pakai toto. bukan selimut yer TOTO sbb dah terlampau takut. maklum lah dah lama tak kene kacau tiba hari tu terkena.smp skrg terpikir suara siapa yg bagi salam hahaha.
aku ni jarang buka forum jadi kalau aku tak reply komen terlambat reply paham2 lah yer. cerita lain sambung nanti.
sekian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-12-2015 01:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by katamel at 6-12-2015 01:57 AM
ohh lupa nak bagitahu haishh asyik lupa jer. nak bagitahu guli yg slalu aku dengar tu dekat belah kiri.jiran belah kiri ni pula anak2 dia semua kecik2 yg sulung tak sekolah lagi dalam 4 tahun,anak kedua 2 tahun dan yg bongsu baby lagi tak tau berapa bulan.
so logik ker budak umur macam gitu main guli pukul 1 pagi?? cam tak logik jer aku rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-12-2015 02:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Rumah sewa
Edited by katamel at 6-12-2015 02:03 PM
aku nak citer pasal along aku. along ni kena gangguan dekat rumah sewa dia.camni cerita nya. along ni berusia 20 tahun. belajar PKB dekat kota bahru. kalau kota bahru taulah ye apa itu PKB.
dia sewa rumah.rumah tu macam rumah kuaters setingkat. tapi,hny 3 biji rumah sahaja kat situ. tapi,rumah dia mmg buruk dah macam rumah mat gian/penagih dadah. rumah dia warna biru tepi jalan. rumah along ni belah kiri hutan.
mula2 masuk takde pape tapi,bila tinggal sorang 'benda' tu akan main buka tutup lampu. oh lupa along ni tinggal dgn kawan dia 5 orang. dan rumah dia rumah yg last. rumah yg pertama dan kedua budak2 kelantan.
kalau tinggal sorang atau dua along kata 'benda' tu akan kacau. selalunya akan nampak bayang hitam melintas masuk bilik lah masuk dapur lah. bunyi orang buat air,tumbuk batu lesung,dan memasak.along pun call pok han suruh datang tengokkan rumah tu.
pok han kata situ mmg tempat dia tak boleh nak buang. so jawabnye along kena lah pindah. pok han sempat lagi bergurau "Lain kali kalau dengar dia buat air kau cakap jer nak nescafe satu"
hahaha. aku tny along asal duduk jugak rumah macam mat gian tu?.along kata "tu jer rumah yg dekat dgn poli dan murah".
aku tny rumah tuan rumah mana?. along tunjuk rumah tuan rumah tu belakang rumah sewa jer. aku pun geram kata" apalah rumah dia cantik kereta siap 4 biji tapi,rumah sewa kau sendiri mcm apa smp hantu pun suka". skrg along sewa tempat lain biarlah mahal sikit asalkn tak kene kacau.
rumah sewa yg lama tu pun budak2 kelantan yg duduk. berani gila. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyk dugaan sihir kepada mak tt.. moga x berpanjangan... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak gangguan.. silap2 umah yang keluarga ko duduk skrg pon ada sesuatu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|