CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2548|Reply: 2

5 Tips Kekalkan Cinta Jarak Jauh

[Copy link]
Post time 17-12-2015 08:44 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: wikihow
Cinta Jarak Jauh. Cinta jarak jauh atau “long distance relationship” sememangnya bukan perkara yang mudah untuk dipertahankan.
Ini adalah kerana  orang yang disayangi berada jauh, bukan di depan mata! Betapa sukarnya menahan rasa rindu untuk bertemu insan yang sayangi kerana anda tidak dapat melihat wajahnya secara langsung. Anda juga tidak berpeluang untuk menggenggam tangannya serta tidak boleh merasakan kehadirannya di sisi anda.
Sememangnya banyak dugaan bagi pasangan yang mengharungi cinta jarak jauh sehinggakan muncul satu ketika di mana pasangan terbabit akan merasa sangat sukar untuk mempertahankan keadaan hubungan mereka.
Namun, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk mempertahankan hubungan tersebut kerana ramai pasangan yang di luar sana telah melaluinya. Bahkan mereka juga berjaya mengakhirinya dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.

Semoga tips cinta jarak jauh ini dapat membantu anda untuk mengharungi cinta jarak jauh ini. Jangan biarkan jarak menjadi penghalang cinta murni anda berdua.

1. Selalulah Berkomunikasi
Komunikasi adalah yang perkara yang paling penting dalam sebuah perhubungan tidak kiranya cinta jarak jauh mahupun dekat. Tanpa komunikasi, hubungan anda berdua tidak akan mempunyai kekuatan diteruskan.
Jika anda ingin hubungan tersebut berjaya, anda harus berusaha. Gunakan kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengan kekasih anda. Sediakan waktu hanya untuk anda berdua, misalnya sebelum tidur.  Anda boleh menggunakan teknologi canggih sekarang ini untuk  menghubungi pasangan anda menerusi panggilan telefon, sms, e-mail dan berchatting. Malah kini Facebook, Twitter, Skype menjadi telah menjadi trend pengantara buat percintaan jarak jauh.

Walaupun anda sibuk dengan kerja seharian,namun jangan jadikan hal tersebut sebagai alasan untuk tidak bertemu dengan pasangan anda. Carilah masa untuk bertemu kerana pertemuan dapat menyemarakkan rasa cinta yang ada setelah lama tidak bertemu. Buatlah janji temu anda sekarang!

3. Saling mempercayai
Jangan biarkan cemburu menguasai diri anda sekiranya anda mengharungi cinta jarak jauh kerana perasaan tersebut umpama racun yang dapat memusnahkan hubungan anda berdua. Tanamkan dalam diri masing-masing sikap mempercayai pasangan anda. Jangan biarkan fikiran negatif berleluasa,jangan fikirkan pasangan anda curang,sebaliknya sematkan dalam fikiran anda bahawa si dia juga turut merindui anda.

Doa merupakan satu usaha dalam perhubungan. Mohonlah pada Allah supaya perhubungan cinta jarak jauh anda berkekalan dan jauh dari anasir-anasir buruk yang boleh menghancurkan hubungan anda berdua.

5. Setia dalam perhubungan
Kebanyakan pasangan yang tidak setia dalam perhubungan lalu menyebabkan cinta tersebut putus dipertengahan jalan terutamanya pasangan yang bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.
Sememangnya cinta jarak jauh sangat memerlukan anda berdua untuk setia. Perhubungan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk bahagia tanpa ada pihak ketiga mampu berkekalan.
Namun dari sudut negatifnya pula bercinta jarak jauh ni agak bahaya kerana dikhuatiri kasih sayang akan makin pudar akibat lama terpisah jauh.



http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 10:26 AM | Show all posts
thn ni thn ke-5 pjj..
dah makin kurang komunikasi... aku tak tau apa salah aku atau mungkin dia yg cari pasal so that aku tinggalkan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pjj..kadang romantik nk mampus

kadang bergaduh pn berperang nk mampus gak..

bila nk abis pn xtau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038575 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list