View: 33360|Reply: 49
|
Asal usul Kadazan Dusun
[Copy link]
|
bobbyp This user has been deleted
|
Menurut Mitos:
Dahulu cuma ada kaum nunuk ragang yang dipercayai keluar dari pokok (nunuk ragang) dan apabila terdapat selisih faham antara mereka maka satu puak naik ke atas bukit dan memanggil diri mereka sebagai DUSUN dan satu puak lagi turun ke tanah datar dan memanggil diri mereka sebagai KADAZAN.
Mengikut logic:
Belum ada yang membuat rujukan.
Tapi setelah membaca content forum from DARSITA ..Sabah...Ada apa
ada kemungkinan yang Kadazan Dusun ni berasal dari tanah besar China sebab cousin saya pun ada pigi Taiwan dan ada kaum yang tinggal kat atas tanah tinggi di sana yang mempunyai persamaan dengan budaya KD.
mungkinkah?:stp: |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
sia dangar pun begitu juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Asal usul kadazan dusun..
Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.
Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.
Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.
Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.
Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.
Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.
Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.
Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.
Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang.
Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi...
LAGENDA NUNUK RAGANG
Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.
TEORI SAINS SOSIAL
Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.
Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);
Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).
Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220
Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.
Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.
Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.
Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.
Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.
Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.
Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.
Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".
KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG
Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.
Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.
Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).
Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll). |
|
|
|
|
|
|
|
Lagik...
Lagenda Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Asal Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran. |
|
|
|
|
|
|
|
Weiii.....banyak bah sejarah kebudayaan mahu pun asal usul suku kaum di sabah ni boleh kita ketahui...Tapi itu pun bergantung pada minat seseorg...
Anyway terjawablah serba sedikit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Bee...akhirnya....aku tau apa itu KadazanDusun?
Rupanya Sungai ni bukan bawah rumpun KadasanDusun ya.......konpius aku selama ni.... |
|
|
|
|
|
|
bobbyp This user has been deleted
|
bee boleh bagitau dimana u dapat bahan rujukan nie....cukup berminat dengan segalanya,apa mungkin satu hari nanti bobby boleh menghuraikan segala kekusutan di hati sebagai anak kadazan dusun asli.
THANKS A LOT. |
|
|
|
|
|
|
bobbyp This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gadiskampung25 at 9-3-2004 09:55:
Tahniah Bee...akhirnya....aku tau apa itu KadazanDusun?
Rupanya Sungai ni bukan bawah rumpun KadasanDusun ya.......konpius aku selama ni....
Haku pun baru tahu...hihihi.....sebab tu aku berminat mau tahu.....lar ni baru terjawab kat benak aku ni.....Lar ko sungai gadis? Amacam hah...penakai sapa...hehehehe...betul ke tu...eh gasak je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bobbyp at 9-3-2004 13:05:
makasih banyak2 bee
Samax.......aku pun baru tau sesikit pasal asal usul kadazan ni.....tapi aku berminat lagi mau tau lebih terperinci..... |
|
|
|
|
|
|
bobbyp This user has been deleted
|
bee macam kalau kita bikin satu team buat kajian pasal asal usul kadazan ni manalah tau boleh masuk discovery channel....
siapa yang berminat boleh register sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Interesting.....tapi amacam? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ~bEeBuZz~ at 9/3/04 01:06 PM:
Haku pun baru tahu...hihihi.....sebab tu aku berminat mau tahu.....lar ni baru terjawab kat benak aku ni.....Lar ko sungai gadis? Amacam hah...penakai sapa...heheheh ...
hehehehehe.... bagus gak ada org rajin mcm ko ni... :clap:
aku sungai ker? :malu:.....ko Sungai yer Bee....:nerd:
Pasal kajian tu mcm bestkan... boleh buat buku.....:cak:
aku :ah: jer....:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
Mat`Roket This user has been deleted
|
klu suda siap nanti..
bagi-bagi lar..
soft-copy pun jadi lar.... |
|
|
|
|
|
|
bobbyp This user has been deleted
|
nanti sia check dengan KDCA dulu how to go about it.... |
|
|
|
|
|
|
Harry Potter This user has been deleted
|
Originally posted by Gadiskampung25 at 2004-3-9 09:55 AM:
Tahniah Bee...akhirnya....aku tau apa itu KadazanDusun?
Rupanya Sungai ni bukan bawah rumpun KadasanDusun ya.......konpius aku selama ni....
iya kah... jadi sungai ni dalam rumpun apa...?? kenapa ada banyak persamaan bahasa dengan dusun.. |
|
|
|
|
|
|
bobbyp This user has been deleted
|
ini pun boleh jadi bahan untuk di rujuk bersama... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bobbyp at 9-3-2004 21:44:
nanti sia check dengan KDCA dulu how to go about it....
Ok akan ku tunggu........Tunggu sekejap wahai kasih...wuekkkk nyanyi pula mlmx buta ni.....:lol.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|