CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60657|Reply: 750

SAMARINDA: AKU PILIH KAMU [DAYANA ROZA,HAFIZ ROSHDI,ELIZAD]

[Copy link]
Post time 23-12-2015 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 22-1-2016 02:52 AM

Pengarah: Zul Huzaimy
Skrip: Rozie Rashid & Amka Ahmad
Pelakon: dayana roza, hafiz roshdi, elizad, fazren rafi, ryzal jaafar, sasqia dahuri, arash mohamad, rahhim omar, zila bakarin.
Terbitan: Primeworks Studio Sdn Bhd

Sinopsis Drama Aku Pilih KamuHidup Qasya Azara berubah dalam sekelip mata selepas ibu kandungnya meninggal dunia. Ayahnya, Zainal seorang pengusaha eksport import jarang berada di rumah kerana urusan perniagaan di luar negara. Qasya yang baru berumur 12 tahun terpaksa berpisah dengan kakaknya kerana Zainal tidak mampu menjaga kedua-duanya. Kakak Qasya telah dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek mereka.

Selepas Zainal berkahwin semula, Qasya tinggal bersama ibu tiri dan adik tirinya yang selalu menderanya sehingga dia dihalau dari rumah oleh ibu tirinya. Qasya membuat keputusan untuk tidak balik ke rumahnya lagi.

Dia kemudian dijadikan anak angkat oleh Dato’ Mizal dan Datin Rosnaida. Walaupun dikasihi oleh Dato’ Mizal serta anak pertama mereka Adam, Qasya membesar dengan penuh kebencian daripada ibu angkatnya serta dua lagi abang angkatnya iaitu Farouk dan Rizman. Penghinaan, cercaan dan kekasaran daripada Datin Rosnaida, Farouk dan Rizman terhadap Qasya hampir berlaku setiap hari.

Namun kesakitan yang dirasai terubat dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Adam dan ayah angkatnya, yang mana perkara itu tidak ada di rumah ayah kandungnya. Layanan-layanan itu dihadapi oleh Qasya sehinggalah mereka meningkat dewasa.

Dato’ Mizal mengarahkan Qasya dan Rizman menikah dengan alasan supaya Qasya mampu merubah Rizman. Dengan modal harta dan jaminan untuk melepaskan Rizman yang ditangkap kerana dadah, keputusan Dato’ Mizal dituruti oleh ahli keluarganya. Dalam hati Qasya tetap berkata, itu jodohnya, dengan nama Allah dia berjanji suami yang membencinya itu akan tetap menjadi pilihannya.

Perkahwinan itu membuatkan hati Adam terluka. Adam yang sememangnya memasang niat ingin bernikah dengan Qasya sangat kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan merantau mencari kekuatan diri. Rizman tetap tidak dapat menerima Qasya kerana firasatnya Qasya bernikah dengan Rizman supaya dengan mudah dapat menguasai harta Dato’ Mizal.

Perkenalan keluarga Dato’ Mizal dan Tan Sri Zainal membawa kepada pernikahan Farouk dengan Nadiya. Sejak itu, Isabel, anak tiri kepada Tan Sri Zainal mula rapat dengan Datin Rosnaida. Datin Rosnaida sangat sukakan Isabel berbanding Nadiya kerana Isabel mempunyai perangai yang mirip dengannya yang moden dan gilakan wang. Datin Rosnaida yang sememangnya membencikan Qasya mencari jalan untuk memutuskan hubungan Qasya dan Rizman. Dia telah berpakat dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Qasya sedih melihat pernikahan suaminya dengan wanita lain. Hidup bermadu sangat menyakitkannya, diseksa perasaannya saban hari oleh Rizman dan Isabel. Sebenarnya Qasya maklum yang Tan Sri Zainal ialah ayah kandungnya, tetapi dia mendiamkan perkara itu kerana Tan Sri Zainal tidak pernah mencarinya.

Qasya terima sahaja setiap perlakuan Isabel dan Nadiya walaupun sentiasa menyakitinya kerana dia tahu mereka berdua ialah saudara kandung dan saudara tirinya. Dia tabah menghadapi semua dugaan demi janjinya dengan nama Allah supaya Rizman menjadi suami mithali tercapai. Demi Allah, Rizmanlah pilihan pertama hatinya. Bagaimanakah Qasya mengatasi rintangan dan cabaran yang hadir dalam hidupnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
So far aku tgk, not bad jgk drama ni. Watak utama lakonan bagus. Ada elizad mcm ala2 kyra la. Kikikiki.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 12:32 AM | Show all posts
Baru hari ni tengok dan terus melekat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 23-12-2015 11:58 PM
So far aku tgk, not bad jgk drama ni. Watak utama lakonan bagus. Ada elizad mcm ala2 kyra la. Kikiki ...

best jgk drama ni .iols pun follow jgk .walaupun kawen paksa jgk tapi boleh layan .
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cite ni...akhirnya ada jgk rumah ni hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
q@2a replied at 24-12-2015 03:14 PM
Best cite ni...akhirnya ada jgk rumah ni hihihi

Sbnrnya tunggu jgk kot2 ada forummer buka. Tp xde, so, aku buka la thread ni.

Sepa perasan no plat kereta farouk pandai berubah even kereta yg sama? Mula2 JPA lps tu betukar JNR?
Kikikikikikikikiki.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2015 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Telitinya x prasan la pula hahaha cm nmpk ejad makin brisi ja hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu pun tgk video kat kepala bergetar, ada yg komen so aku tgk sah mmg berubah. Elizad nmpk vogue dlm cerita ni. Motip rambut ryzal mcm hape jek, adoiyaaaa, rimasssnya.
Kikikiki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MINNIElove at 24-12-2015 09:03 PM

Follow citer nie from 1st episode..walaupun cliche tp boleh la layan..plot lebih kurang sama dgn citer melarik awam.. hafidz roshdi hero ke? Opening credit name HR paling atas sekali..tp scene HR teramatlah sikit dr 1st episode
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi iolss layan gila dgn cerita ni. Episode 6 ni pun si Rizman pun terpegun tgok Qasya masa nak pergi dinner syarikat Tan Sri Zainal. Omg, hensemnya Rizman walaupun sebenarnya umur dia baru 21 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
MINNIElove replied at 24-12-2015 08:56 PM
Follow citer nie from 1st episode..walaupun cliche tp boleh la layan..plot lebih kurang sama dgn cit ...

Mungkin lepas kahwin ni baru banyak scene dia. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 24-12-2015 10:09 PM
Tapi iolss layan gila dgn cerita ni. Episode 6 ni pun si Rizman pun terpegun tgok Qasya masa nak per ...

Rizman handsome...follow citer ni pn sbb die..tu rase geram scene die sikit sgt
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 24-12-2015 10:10 PM
Mungkin lepas kahwin ni baru banyak scene dia. Hahahaha

Harap lps ni citer focus kt rizman la..rizman nnti kawin lagi satu..kesian qasya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 07:00 AM | Show all posts
MINNIElove replied at 24-12-2015 11:24 PM
Harap lps ni citer focus kt rizman la..rizman nnti kawin lagi satu..kesian qasya..

Tulah pasal, erm tapi Rizman dah start suka kat Qasya walaupun dia nampak still marah marah Qasya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 25-12-2015 07:00 AM
Tulah pasal, erm tapi Rizman dah start suka kat Qasya walaupun dia nampak still marah marah Qasya  ...

x tahan tgk muka rizman bila dia ckp qasya lawa haha.. agaknye next week ade x tb3 tayang aku pilih kamu..new years dorg selalu ganti dgn movie / telemovie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepa hafiz roshdi ni uols? Explain sket mcm mana heols leh ada kat industri ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 25-12-2015 09:31 AM
Sepa hafiz roshdi ni uols? Explain sket mcm mana heols leh ada kat industri ni.

First iolss perasan dia masa drama Baby Ana Milik Siapa, not bad jugak. Jengok IG dia, rupanya umur dia baru 21 tahun. Ingat dah 25-30 gitu. Rupanya muda lagi. Tapi tak sure lah kalau sebelum ni dia penah berlakon watak extra. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
MINNIElove replied at 25-12-2015 08:36 AM
x tahan tgk muka rizman bila dia ckp qasya lawa haha.. agaknye next week ade x tb3 tayang aku pili ...

Dahlah si Rizman tu baru bangun tidur. Kehkehkeh, Qasya pun terkejut. Taktau pulak iolss ada ke tak. Erm, harap ada lah. Kalau takde pun, bertabahlah. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
hr rabu lps iols dok cari thread ni..rupanya mmg xde
elizad tu as nadiya..kakak or adik tiri qasya?
iols dok tgk elizad pnya ig komen bgtau tu kakak dia..
iols nk pngesahan je confuse plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa elizad tu kkk qasha... N sasqia tu kkk/adik tiri qasha. So far, cerita ni mmg bleh d follow.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.085907 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list