View: 88751|Reply: 48
|
[kompilasi] SUP dan BUBUR
[Copy link]
|
|
Bubur Ayam [seribulan]
Bahan:
300 gr ayam kampung
200 gr beras
1 liter air
garam secukupnya
? sdt. merica bubuk
2 buah cakwe, iris tipis
bawang goreng
daun bawang, iris tipis
Cara Membuat:
Rebus ayam yang telah dibubuhi garam dengan api sedang hingga empuk, angkat. Goreng ayam hinga kekuningan, cabut tulangnya kemudian suwir dagingnya.
Simpan 2 liter kuah ayam tersebut.
Cuci bersih nasi. Rebus nasi dengan 1 liter air hingga beras menjadi empuk. Tuang kuah ayam yang telah disisihkan dan biarkan hingga mendidih dengan api kecil. Tambahkan sedikit garam dan merica.
Hidangkan bubur di dalam mangkok cekung. Hidangkan dengan irisan cakwe, suwiran daging ayam, bawang goreng dan irisan daun bawang. Tambahkan tetesan kecap asin supaya lebih gurih.
untuk 6 orang
Note:
Untuk menambah nutrisi, telur kuning mentah dapat dihidangkan di atas bubur ayam yang masih panas.
bubur ayam [Za]
Bahan-Bahan:
Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Cara:
Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.
Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.
Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)
Bubur sedia dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 2 atau 3 hidangan
Tambahan:
Enak di hidangkan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan
Variasi[baiduri_othman]
Bubur ayam memang sedap dimakan dgn telur masin atau telur padi. Saya tak suka lobak. Lagi sedap campur dgn jagung dlm tin
Variasi [Cokelat Rawk]
telur padi the best... suka sangat... hidang ngan kicap, gula, cuka dan hirisan cili padi... kalo tak suka boleh tumbuk gula cili dan bawang putih... besssttt
BUBUR AYAM [bebeh]
Bahan-bahannya:-
- Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
- 1 cawan beras
- 1 inci halia
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
- Air Sejuk
- Minyak (untuk menumis)
- Sediki daun bawang
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
Cara Menyediakannya:
1. Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk
halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.
Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
3. Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan
Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan
lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)
4. Bubur sedia dihidangkan.
* Enak di hidangkan dengan telur masin atau pun ikan masin
Jika mahu pedas taburkan lada sulah di atas hidangan. Selamat mencuba!
Cadangan Hidangan:- Untuk 2 atau 3 hidangan
[ Last edited by NoorMasri at 19-11-2006 07:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Bubur Cha-cha [seribulan]
Bahan:
2 mangkuk santan cair dan semangkuk santan pekat
1 mangkuk gula pasir
2 camca besar sagu biji
2 helai daun pandan
sedikit garam
Bahan didadu:
1 ketul keladi
1 ketul keledek merah
1 ketul keledek putih
Cara:
masak santan cair bersama bahan2 didadu.
masukkan gula pasir, daun pandan dan garam.Masak sehingga mendidih.
masukkan santan pekat
setelah mendidih baru diangkat. |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
bubur beras goreng mak [cokelat-rawk]
memula, beras tu dikacau dalam kuali atas api sederhana sampai berbau wangi, pastu blend/tumbuk dan disimpan dalam botol. so rupenye adala sket cam neslac baby.
kalo nak makan; masukkan beras tu dalam kuali kacau dengan air, campur karot cincang, daging ayam/ ikan, garam sket.. bila hidang, tabur lada sulah, daun saderi, kicap, bawang goreng + minyak bijan
[ Last edited by kipasmeja on 12-3-2004 at 08:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
bubur bohh sajaaa[ninoz]
tumis bawang beso, halia n bawang putih till garing...masukkan udang kering yg ditumbuk kasar..pastu masukkan taucu yg di basuh.. masukkan ayam yg dipotong kecil2, then masukkan beras n tambah air..tambah lada hitam
masak bior pekat
tambah sayur[suka hati..karet, kentang, lobak masin,atau any sayur hijau] bila bubuq dah dekat2 nak masak..pastu leh sprinkle daun sup n bawang serta bawang goreng..
siappppp |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
bubur teochew(bubur kosong) [greenie]
nasi+air
masak sampai beras masak...macam dah kembang
tapi tak nak pekat...tak nak nasi lembik lembik
air n beras tak campur satu sama lain
bubur lain
guna sikit...lebih kurang secamca minyak n secamca garam...perap beras yang dah cuci sebentar...
lepas tu masak dengan air, macam masak bubur biasa
kena masak agak lama...untuk semua nasi pecah n lembik, bubur jadi smooth...
kalau bubur ayam...tambah lah ayam shreded
kalau ikan...tambah daging ikan yang tak bertulang...perap ngan sesame oil, pepper, kicap
akhirnya..untuk season bubur tu
tambah garam, pepper, sesame oil, spring onion dan halia
tapi for non-muslim, boleh tambah sikit(secamca) arak xiao xing
p/s:untuk muslim frens...arak tak payah lah...tak banyak beza |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Bubur Lambok [seribulan]
Bahan2nya:
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa
Cara2nya:
Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan daging empuk (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat)
Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris
Masukkan santan cair dan rebus lagi.
Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau.
Sediakan dapur satu lagi. Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan.
Angkat bersama2 sedikit minyak (jgn terlalu banyak nanti berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi. Masukkan daun bawang/sup yang dihiris. Kacau
BUBUR LAMBUK [rodriguez]
Bahannya (A):
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 1/2 sudu besar jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah (mesin semuanya)
1 cawan udang kering - mesin
1/2 cawan kacang tanah - goreng & mesin halus
sedikit lada sulah - nak pedas boleh tambah
1/3 biji kelapa - buat kerisik
Bahan (B) :
2 cawan beras
1/4 kilo daging lembu (bleh digantikan ngan ayam)
1 cawan udang basah - jika suka
daun sup & daun bawang
bawang goreng
daun kucai - kalau suka
air rebusan daging
garam
Bahan penumis :
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
caranya :
Tumiskan bahan penumis hingga wangi, kemudian masukkan bhn A yg telah dimesin. Goreng hingga kekuningan. Masukkan kelapa goreng, udang kering, kacang tanah, daging & udang, kacau & biar sekejap. Masukkan sedikit air rebusan daging & biar mendidih sekejap.
Campurkan garam, lada sulah, beras & air ikut sukatan beras utk buat bubur.
Masak hingga bubur kembang. Taburkan daun sup, daun bawang, daun kucai & bawang goreng
Bubur Lambuk Pantai Timur [hanieliza]
memula rebus beras...masukkan sikit ubi keledek..potonglah kecik2
bila dah beras tadi hancur (kalau nak cepat hancur...blendkan beras pastu baru direbuskan) masukkan sayur kampung saperti kangkong, daun kaduk, daun pucuk ubi, daun kesum, daun pucuk paku merah..semua ni dipotong kecik sikit...
bila dah layu sikit masukkan pulak isi ikan bakar/rebus (ikan kembung/selayang atau selar)
masukkan bawang merah mayang dan lada hitam tumbuk halus...nak pedas, bubuhlah banyak sikit..agak2 pedas ler..
jangan lupa garam...
BUBUR LAMBUK [hanieliza]
Bahan
2 cawan beras [rendamkan dulu dan rebuskan sehingga menjadi bubur]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam
Cara masak:
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.
BUBUR LEMAK DAGING/AYAM [hanieliza]
bahan
Bahan yang dimayang:
seulas bawang merah
seulas bawang putih
setengah inci halia
300 g daging atau isi ayam
1 cawan lobak merah(dipotong kecil) atau sayur campur
2 biji kentang [potong dadu]
1 batang serai [ketuk]
1 cawan santan pekat
2 cawan beras[dibersihkan]
2 s/b minyak untuk tumis
bahan hiasan..
daun sup & duan bawang [mayang halus]
bawang goreng
lobak asin [potong kecil dan goreng]
kacang tanah [goreng]
Cara:
1. Masukkan beras, carrot, kentang, serai dan daging dalam periuk bersama air.
2. Rebus beras sehingga hancur dan daging & kentang lembut.
3. Masukkan santan dan garam.
4. Biarkan mendideh sekali lagi.
5. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang.
6. Bila telah garing, curahkan dalam periuk bubur nasi tadi dan tutupkan dengan tudung.
7. Hidangkan dengan bahan hiasan.
BUBUR LAMBUK KG. BARU [hanieliza]
Bahan-Bahan:
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging [potong kecil]
2 batang serai [ketuk]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air
bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam
bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Garam
Bawang goreng
Cara:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.
4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.
5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan hiasan
BUBUR LAMBUK LABU [hanieliza]
bahan
2 cawan beras basuhkan dan blendkan sikit..untuk proses cepat masak]
6 cawan air
1 cawan labu kuning [buangkan kulit dan potong dadu besar]
1 cawan ubi keledek oren [potong dadu besar]
1 tongkol jagung [ambil isi saja]
1 mangkuk daun bayam
8 batang kacang buncis
100 gm udang segar
3 ulas bawang merah [hiriskan]
Bahan tambahan
ikan tenggiri asam [gorengkan]
3 ulas bawang merah [mayangkan nipis]
5 biji cili api [hiris halus]
1 cili merah [hiris nipis]
3 biji limau kasturi [ambil jusnya]
[masukkan bahan dalam pinggan dan perahkan asam limau]
Cara
1. Masukkan beras, keledek dan labu dalam periuk dan renehkan sehingga lembut dan hancur.
2. Masukkan garam dan kacau sekali sekala untuk mengelakkan bubur hangus atau berkerak.
3. Bila dah nampak beras hancur masukkan udang dan bahan sayuran lain.
4. Kacau rata dan bila dah nampak layu boleh tutup api.
5. Hidangkan bersama bahan tambahan [ikan tenggiri asam digoreng].
[ Last edited by NoorMasri at 19-11-2006 08:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
moi demam [baby_chimaera]
Moi sedap kalau mama baby masak sendirik kat rumah.....lepas tuh dia goreng ikan bilis campur bawang besar, letak lobak masin, cili kering, cabai melaka sikit(semuanya digoreng secara asing lepas tu baru campor semua...)...pastuh tutup api perah limau.....
moi sup [ninoZ]
masak beras sampai jadi nasi lembik atau bubur - taruk beberapa hirisan halia
sediakan sup daging atau ayam [ beli pun takpe]
telur masin
daun sup daun bawang - hiris
lobak masin - chopped finely
bawang goreng
hirisan assorted meat [dari sup]
sambal kicap cili api.. or sambal cili serbuk
sendukkan bubur/nasi lembik
taburkan bahan2 garnish
tuangkan kuah sup
siapppp!
[ Last edited by NoorMasri at 19-11-2006 07:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Bubur Kanji [seribulan]
Bahan:
1 kg beras putih
250gm ayam (dagingnya saja)
Bumbu:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit ketumbar, lada putih, kayu manis, buah pala, buah pelaga dan bunga lawang.
2 cm halia
1/2 biji kelapa parut
Cara:
beras dicuci dan masukkan air sebanyak 2 liter
ayam dicuci lalu direbus sampai masak. Toskan airnya dan simpan.
air ayam dan kesemua bumbu dimasukkan ke dalam beras dan gaulkan sehingga rata.
kelapa diperah, ambil patinya saja sebanyak 2 1/2 gelas, masukkan sekali ke dalam beras dan rebus sehingga masak.
isi ayam disiat2 halus dan masukkan ke dalam bubur.
hidang ketika panas.
Bubur Kanji [8tuk]
Kanji
Rebus beras 3 kali ganda air sampai kembang....
buh ubi, santan sket (1 camca), bawang besaq - potong 1/2 ngan potong kecik2.. 2 ulas bawang putih, halia, ikan bilih, garam ngan kiub pati ayam (1/2 kiub)
Tempe
Potong tempe kecik2.. goreng hingga garing... - asingkan
goreng ikan bilis hingga garing - asingkan
potong bawang merah, bawang putih, cili dan goreng sehingga naik wangi
tambahkan kicap + gula + ayaq asam.. n last.. masukkan balik tempe ngan ikan bilis... SIAPPPPPPP!!!!!!!!!!
kanji ni sedap kalau makan ngan kuah tempe ni
[ Last edited by NoorMasri at 19-11-2006 07:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Bubur Tanah Jawa [Taries]
2 Mangkuk nasi (nak lebih halus..campur air dan blender)
Ayam (terpulang byk mana)
Bawang putih,bawang besar(blender)
secubit lada sulah
secubit serbuk buah pala
mixed vege (yg dlm paket tuh)
garam secukup rasa
Cara:
Mula2 amik la dalam secawan air rebus sampai mendidih.Masukkan bawang yang dah diblender..kacau sket..pastu masukkan lada sulah dan serbuk buah pala.
Kendian masukkan ayam.Biar dalam 2-3 minit.
Masukkan nasi yang telah diblender.Tambah air jika perlu...Boleh gunakan beras yang dikisar kering juga..
Kacau sekali-sekala.Pastu masukkan garam secukup rasa.Tunggu samapai dapat kepekatan yang diinginkan.Bila dah dekat nak masak masukkan mixed vege dan kalau suka hirisan tomato.
Lebih sedap dimakan bersama hirisan telur dadar...dan sos kicap.
Cara buat sos kicap.
1 sudu besar minyak masak.
1 sudu besar bawang putih ,bawang besar yang diblender.
1 biji cili merrah..blendergak
Sedikit perahan air limau
Kicap manis.
Mula2 tumis minyak...pastu tumis bawang dan cili.Pastu masukkan kicap...sukatila nak byk mana.Last sekali perah limau..tapi awas..jgn termasuk bijinyer.Nanti klu termakan pahit rasanyer.
Bubur ni lebih menarik jika dihiasi dgn daun sup/daun bawang dan bawang goreng |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
BUBUR KACANG [seribulan]
bahan2
1 kg kacang hijau
1 kpg gula melaka (atau gula johor)
4 helai daun pandan
santan dari 1 bijik kelapa
sedikit gula pasir
cara2
1.kacang hijau direndam satu dua jam.jangan lama karang jadi togeh lak.
2.Basuh hingga bersih
3.dah tu rebus hingga kembang bersama daun pandan
4.Masukkan gula melaka,gula pasir dan santan.Kacau hingga sebati
5.Boleh dimakan sejuk atau panas
籏alau musim durian boleh masukkan durian dan jadilah namanya bubur kacang berdurian.
籸esepi ni juga boleh digunakan untuk masak bubur pulut hitam.Cuma tukau saja kacang hijau dgn pulut hitam |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Bubur durian [dewi]
perah santan buh dlm periuk
masukkan derian...
masukkan gula... ( kalau gula melaka lagik best)jgn byk sgt ler derian tu dah manis
daun pandan tu ikat2 masukkan dlm periuk
masakkan jerlah pelan2...
kalau durian mengkal masak ler lama sikit, kasih merenih jer jgn sampai didih lak kang pecah minyak lak santan ko tu. ...lagik byk derian lagik pekat ler bubur derian ko tu. kalau tak cukup derian tak cukup pekat buh ler sikit tepung jagung/tepung gandum ( bancuh ngan air dulu baru buh)
pas tu .. masak ler pulut ker
tak pun beli biskut lemak/creamkraker
atau roti.. cicah ngan bubur derian |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Bubur Pedas [ninoZ]
Bahan2nya:
1 pkt rempah bubur pedas
dihiris halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili merah
udang dibuang kulit
cendawan hitam dihiris
2 mangkuk santan [lebih pun tak pe]
garam
kacang panjang - dipotong
bunga kobis- dipotong
karot - dipotong bulat
daun pucuk ubi
daun kunyit
daun mengkudu
daun pucuk sengkel
direbus n carik2kan:
daging
ayam
Cara membuatnya:
Tumiskan bahan2 yg telah dihiris...
Masukkan rempah bubur pedas.
Masukkan udang, cendawan dan santan.
Biarkan hingga rempah beras mengembang.
Baru masukkan karot, bunga kobis dan kacang panjang.
Last sekali baru campakkan daun2 yg telah dihiris halus.
perisakan garam secukup rasa
tabur dgn daging n ayam yg telah dicarik2
Daun2 tu kalau susah nak dapat, buh daun pucuk ubi dan daun kunyit jer pun ok |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Bubur oat [muntz]
masukkan air panas dalam oat, pastu masukkan bawang goreng hangus, daun sup, seasoning, garam dan perasa... TARAA... dah jadi Bubur pun |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
bubur oats [ninoZ]
saute chopped onion dgn sliced mushroom, add pieces of chicken..tambah air atau stok..tambah oat..masak sampai jadi bubur.. tabur bwg goreng n hirisan daun sup n crushed black pepper..siappp!
jadi la one complete meal |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
bubur oat diet [wanie_ayunie]
oat 3 sudu makan..
air panas..
garam secubit...
bancuh..siap! |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
sup ayam kampung [ninoZ]
ayam kampung - potong kecik2
kunyit hidup - hiris
serai - dititik
lengkuas - hiris
bwg putih - smash
ketumbar biji - sangrai n tumbuk kasar
bwg beso - potong wedges
air
renih semua bahan dlm periuk sampai ayam empuk..
siappp |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
SUP AYAM KURMA [ninoZ]
ayam (potong suka hati)
sup bunjut
rempah kurma (2 sudu besar)
bawang merah (3 ulas)
bawang putih (3 ulas)
halia (sebesar ibu jari)
kentang (3 biji potong dadu)
lobak merah (1 dipotong dadu)
buah tomato
asam keping
daun bawang dan daun sup
caranya senang jer ....
1) bawang merah, putih ngan halia tumbuk. pastu tumis sampai naik bau. kemudian masukkan rempah kurma .. tumis sampai naik bau jugak.
2) pastu masukkan ayam, kentang, lobak merah. masukkan air ikut suka ... nak banyak letakkan lebih.
3) masukkan sup bunjut dan asam keping.
4) bila dah menggelegak, dah masak ayam dan ubi2 tu, masukkan garam secukup rasa. pastu masukkan buah tomato yang dipotong 4.
5) bila hidang ... taburkan daun sup/bawang yang dihiris halus. |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
Sup Cendawan [paja]
Bahan-bahannya
350 gm cendawan tiram
150 gm cendawan hitam
50 gm bawang merah
100 gm daun kucai
100 gm daun seleri
20 gm basil
50 gm mentega
180 gm krim segar
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1) Panaskan mentega dan masukkan cendawan, bawang merah, kucai, seleri dan basil.
2) Tuangkan air kemudian masukkan krim.
3) Biarkan hingga mendidih.
4) Tuangkan adunan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga betul-betul halus. Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata. |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
SUP CENDAWAN TIRAM [NoorMasri]
Bahan-bahan:
300 g cendawan tiram
1/2 ketul kiub pati ayam
2 ulas bawang putih }dicincang
3 ulas bawang merah }dicincang
sedikit serbuk lada hitam
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg telah dicincang sehingga wangi, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan air , kiub pati ayam dan garam secukup rasa
Apa bila mendidih masukkan cendawan, biarkan mendidih 1-2 minit bolehlah diangkat
Hidangkan panas2 bersama nasi putih
Sup Cendawan Tiram [paja]
Air (satu cawan)
Bawang Putih (seulas)
Bawang Merah (seulas)
Daun Kunyit sehelai @ Serai sebatang
Cendawan Tiram (sepeket ... dikoyak2)
Garam
Cara:
1) Masukkan air, daun kunyit/serai, hirisan bawang putih dan merah dalam periuk. Masak sampai mendidih.
2) Masukkan cendawan, garam secukup rasa ... siap!!
Sup Cendawan Old Trafford [Sweetmama]
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam,
300gm cendawan butang segar, (cendawan dalam tin boleh jugak)
2cm halia,
2 ulas bawang putih,
1 biji bawang besar (yg warna kuning tau!!),
biji lada benggala merah(capsicum)
2 camca besar minyak,
Sebatang serai,
1 camca teh serbuk lada hitam,
garam secukup rasa
500ml air
2 camca besar sos tiram
Cara Menyediakannya:
-Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar.Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam. Tumis hingga naik bau.
-masukkan air, serai dan ayam, biar hingga mendidih.
-masukkan cendawan, renihkan selama 5 minit.Masukkan garam secukup rasa.
-Masukkan lada benggala, renihkan selama 5 minit.
Cream of Mushroom Soup [NoorMAsri]
Bahan-Bahan:
1/2 ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk (300g) cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
1/2 biji ubi kentang, didadu
1/2 sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa
1/3 cawan krim
1/2 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.
Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.
Tambahan:
Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.
Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus
Creamy Mushroom Soup [ninoZ]
bahan2:
2-3 cawan campuran mushroom yg dicincang kasar [cendawan tiram+cendawan #ake+cendawan butang]
5 cawan stok ayam/sayuran
3 tbsp butter
2 biji bwg besar - chopped
1 garlic - chopped
campuran herbs - basil, thyme, oregano, rosemary n
2-3 helai bayleaf
lada hitam kisar
1 cawan cream
2 cawan susu
2 tbsp tepung gandum
panaskan butter then saute bwg besar sampai layu then masukkan garlic
masukkan cincangan cendawan then agak2 mcm dah nak garing bleh masukkan tepung..goreng sampai tepung tu agak2 cam masak n sedikit brownish [bleh tambah butter jika perlu]
tambahkan stok n susu beserta herbs n renihkan sampai rasa dia well develop [mcm dah mesra gitu]
tambahkan cream n lada hitam n renih lagi utk seketika hingga pekat [tak cukup air bleh tambah]
perisakan dgn garam secukup rasa
ambil 2/3 dari sup n kisarkan hingga halus then campurkan kembali bersama the rest of soup
siap utk dihidangkan
best eaten dgn garlic bread
[ Last edited by NoorMasri at 31-12-2006 03:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
kipasmeja This user has been deleted
|
sup kampung ala med [insignia]
bahan2nya....
ayam kampung/itik/burung puyuh/burung merpati(muda)
tomato 4 biji
2 labu bawang besar(dibelah 4)
serbuk lada hitam
garam
air 2 mangkuk
cara2,....
mesin buah tomata kemudian rebus+bawang besar sampai mendidih.....letakkan ayam+lada hitam..sampai daging empuk....dan garam secukup rasa sebelum diangkat.....
asingkan daging dgn supnya.....daging tersebut digoreng .....seketika
..cuba member semua try.........pasti sedap!!
enak dimakan dgn nasi panas........
cara nak masak nasi sup nie....
beras dibasuh dan ditoskan.....ambil sedikit lalu digoreng dengan minyak sapi sehingga garing........masukkan baki beras dan air+masukkan sedikit garam....sukatan air 2 pot beras/2 setengah atau 3 gelas air.....tanak hingga masak....
nak sedap lagi masukkan sedikit susu cair |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Makanan & Resipi
|