CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6206|Reply: 17

Sindiran Berfakta Dalam Filem Hantu Kak Limah

[Copy link]
Post time 5-1-2016 10:07 AM | Show all posts |Read mode
10 Sindiran Berfakta Dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Yang Anda Tidak Tahu !

Setiap kali menonton filem ini, kami sentiasa terhibur dengan jalan cerita, latar belakang dan suasana di dalam filem tersebut. Itu kelebihan yang ada pada mamat Khalid, filem beliau banyak adegan menyindir yang baik dan membuatkan kita terdiam dan berfikir sejenak.


Oleh itu luangkan masa anda dan fikirkan sejenak setiap dialog yang terdapat di dalam filem ini, di bawah kami kongsikan dialog-dialog yang pastinya membuatkan anda tergelak dan berfikir memang benar dan tepat sekali apa yang dikatakan dengan kehidupan seharian kita yang berlaku hari ini…





“Itulah pentingnya English Education” (perihal PPSMI).

“Panjang ceritanya”, “Haa…cerita…cerita…cerita” (perihal orang Melayu yang suka lepak bersembang dan bergosip).

“Mana ada hantu. Di Singapura, rakyatnya hanya mementingkan kamajuan dan pembangunan. Mereka tidak percaya hantu. Kalau ada hantu pun di sana, hanya si tua yang cuba mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara kita sendiri” (menyindir Lee Kuan Yew dan mereka yang terlalu mengagongkan pemimpin Singapura itu).

“Kita bakar saja rumah Kak Limah” (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin sesetengah pihak di Malaysia sekarang).

“Kita kena ketengahkan pemimpin muda bagi menggantikan pemimpin tua” (menyindir pemimpin lama hari ini yang masih nak menongkat langit sampai mati).

“Itulah orang kita, pembangunan depan mata pun buat-buat tak nampak” (perihal rakyat yang tak pernah bersyukur dan merasa puas).

“Saya orang Indonesia. Orang Indonesia memang hebat” (perihal orang Indon yang sentiasa merasakan diri mereka hebat berbanding orang lain, serta menyindir sebahagian masyarakat negara ini yang sering mengagongkan orang luar berbanding rakyat sendiri).

“Ini off day saya” dan “Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya” (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan).

Inilah ropenye masyarakat kat kampung kite ni. Haram tak peduli kan kepada masyarakat orang tua di kampung kita. Tapi, cube nampak je mak janda melintas balik. Haa, berebut la bertanya khabar.” (Orang kita yang tak peduli dengan org tua)

“Haa.. Elok la tu.. Pak Abu memang tak boleh memimpin dah. Inilah yang berlaku dalam parti politik kita. Dah tua masih lagi nak memimpin. Bila ada masalah, langsung tak boleh bertindak.” (INI PEDAS JUGAAAA)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2016 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Helok masuk dlm soklan kbat bebdk pt3 niii
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 11:15 AM | Show all posts
J.K.K.K.K.K.K...K...K...K..K....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka tgok filem2 Mamat Khalid ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 09:01 AM | Show all posts
suka film nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 02:30 PM | Show all posts
sindir menyindir kan lebih elok... oh yeahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2016 09:25 PM | Show all posts
tsui87 replied at 5-1-2016 06:31 PM
Aku suka tgok filem2 Mamat Khalid ni

aku pn suka

jenis pilem yg ada nilai seni dan pengajaran dan sindiran bila dihayati mcm p.ramlee walaupun karya ringan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 04:06 PM | Show all posts
suka tgk filem karya mamat khalid..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2016 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tt tlg tafsir filem yg jihan berlkon tu..Rumah pusaka di simpang jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 05:50 AM | Show all posts
Ade je citer antu Singapore.. lagi femes dari Malaysia k.. ni mesti Mamat Khalid tak penah baca buku True Singapore Ghost Stories kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 02:15 PM | Show all posts
tsui87 replied at 5-1-2016 06:31 PM
Aku suka tgok filem2 Mamat Khalid ni

mula2 tgk agak sukar nak hadam...tgk kali kedua dan seterusnya baru paham.,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:03 PM | Show all posts
Hantu kak limah bukan buat budak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 11:30 PM | Show all posts
aku bkn nak racist ke apa, tp dulu2 aku ada bekerja dgn client org perak.

satu yg aku perasan org perak ni mmg kuat sindir2 org.

tobat la aku wei dgn org perak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 04:08 PM | Show all posts
azie5zoe replied at 5-1-2016 11:15 AM
J.K.K.K.K.K.K...K...K...K..K....

tu plak sindir jawatan2 yg Pjk, AADK.AMN, DSC..ABC dsbnye
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 01:39 PM | Show all posts
otai_g replied at 4-2-2016 11:30 PM
aku bkn nak racist ke apa, tp dulu2 aku ada bekerja dgn client org perak.

satu yg aku perasan org ...

pernah kerja dgn orang melaka tak? hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 09:19 AM | Show all posts
filem2 mamat khalid ade nilai seni yg tersendiri...bkn syok sndiri...sindiran dlm filem 2 ade maksud yg tertentu...suka filem2 die ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 07:10 PM | Show all posts
Bahalol mana nak kaitkan pengajaran bahasa inggeris dgn ppsmi ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 01:06 PM | Show all posts
Percaya hantu atau tidak, rakyat singapura adalah warga kelas bawahan di negara sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.493007 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list