CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5108|Reply: 9

JANGAN PADAM SEJARAH TUDUNG WANITA MELAYU

[Copy link]
Post time 26-2-2016 09:06 PM | Show all posts |Read mode
JANGAN PADAM SEJARAH TUDUNG WANITA MELAYUPenulis Undangan
oleh Maryam Lee
Polemik Tudung – Kembali Ke Tajuk Asal
Sejujurnya saya tidak berhasrat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan polemik tudung yang dicetuskan oleh Dr. Alicia Izharuddin beberapa hari lepas.
Namun, saya melihat perbincangan ini telah lari jauh daripada artikel asal dan kesemua tulisan balas kepada Alicia hanya berkisar tentang pilihan wanita untuk bertudung atau “agensi”, iaitu keupayaan seseorang untuk menentukan pilihannya sendiri.
Perbincangan tentang agensi itu bagus, tetapi artikel Alicia bukanlah tentang pilihan wanita untuk bertudung.
Tiada siapa yang menafikan hak sesiapa pun untuk bertudung dan Alicia pastinya bukan seorang yang “anti-tudung” sebagaimana yang diperkatakan.
Alicia bercakap tentang sejarah perubahan pemakaian wanita Melayu, daripada tidak bertudung kepada bertudung, dalam masa yang amat singkat.
Malah, tajuk artikel Alicia itu juga jelas: “Asal Usul Obsesi Melayu dengan Tudung”, bermaksud artikel itu hanya berniat untuk menceritakan sejarah pemakaian tudung, bukan hak untuk memakai tudung.
Alicia mengambil isi perbincangannya daripada sebuah makalah terkenal yang ditulis oleh Aihwa Ong pada tahun 1990. Makalah tersebut bertajuk “The State versus Islam: Malay Families, Women’s Bodies and Body Politics in Malaysia”.
Hakikatnya, Alicia bercakap tentang penyusupan budaya bertudung pasca revolusi Iran pada tahun 1979 yang mempengaruhi politik agama di seluruh dunia, termasuklah orang Melayu di Malaysia.
Pada ketika itu, orang-orang Melayu sedang bergelut dengan sebuah kerisauan yang unik terhadap gadis-gadis mereka.
Kupasan Sejarah – Perubahan Kedudukan Wanita Dari Kampung Ke Kota
Untuk lebih memahami perbincangan ini, bayangkan situasi di negara kita lebih 40 tahun yang lalu.
Wanita Melayu pada zaman tersebut tidak biasa berjauhan daripada keluarga mereka. Semua keperluan mereka dibawa ke rumah.
Kejarangan wanita ke sekolah juga menjadi faktor wanita Melayu sentiasa berada di rumah, rata-rata yang bekerja dan bersekolah adalah lelaki.
Jika perlu untuk keluar sekalipun, kebanyakan transaksi wanita Melayu berlaku sekitar kawasan-kawasan berdekatan yang masih di dalam pengawasan orang kampung.
Pada masa yang sama, Malaysia pada ketika itu sedang pesat membangun. Ramai orang Melayu, sama ada lelaki mahupun perempuan, berpindah ke kawasan bandar untuk merebut peluang pekerjaan.
Wanita Melayu, khususnya, berpindah ke kota dalam jumlah yang besar kerana gaji wanita adalah lebih rendah berbanding lelaki dan kilang-kilang mahu memaksimakan keuntungan.
Wanita-wanita ini biasanya bekerja di kilang-kilang elektronik dan mereka diberi gelaran “minah karan”, seperti yang disebut oleh Alicia dalam artikel beliau.
Jika sebelum ini para wanita Melayu amat mudah dijaga tingkah laku mereka kerana berada dekat dengan pengawasan ibu bapa dan masyarakat, sekarang ini tidak lagi.
Lebih-lebih lagi apabila “minah karan” ini mempunyai pekerjaan dan sumber kewangan mereka sendiri, mereka mendapat suatu kebebasan untuk menentukan pilihan hidup mereka sendiri.
Secara tidak langsung, ini telah mendatangkan keresahan kepada masyarakat Melayu di kampung, terutamanya di kalangan lelaki.
Siapakah yang menjaga wanita-wanita Melayu di kota? Siapakah yang akan mengawasi mereka? Siapakah yang mengawal segala tindakan mereka dan menyelia kehidupan mereka?
Wanita Melayu pada ketika itu memaparkan gaya hidup yang menyimpang daripada adat dan tradisi dengan jelas. Mereka membentuk sebuah masyarakat Melayu moden, sebagaimana yang kita biasa lihat dalam filem-filem Melayu tahun 1960-70-an.
Kebebasan wanita-wanita ini mencemaskan orang Melayu berkaitan dengan pilihan-pilihan moral yang kini terletak pada tangan wanita itu sendiri.
Masyarakat memerlukan suatu mekanisme sosial yang boleh meletakkan kembali kawalan terhadap wanita kepada interpretasi patriarki.
Agen Dakwah Penyelamat Kesucian Wanita
Di sinilah agen-agen dakwah muncul sebagai “penyelamat” wanita Melayu yang dipercayai hanyut oleh arus deras modenisasi, seperti yang Alicia katakan dalam artikelnya.
Perolehan kebebasan sosial dan kewangan oleh wanita Melayu mencetuskan satu keperluan untuk mengawal kesucian moral mereka sebagai wanita kerana seksualiti perempuan Melayu yang belum berkahwin “menentukan identiti kolektif lelaki Melayu di kampung” (Ong, 1990: 262).
Sejak itu, kesucian wanita menjadi obsesi masyarakat dan ianya dimanifestasikan dalam bentuk kawalan terhadap pilihan moral dan pergerakan sosial seorang wanita.
Inilah yang dikatakan oleh Alicia sebagai “fetish” untuk wanita yang bertudung, ianya berlaku kerana pemakaian tudung dikaitkan dengan kesucian moral.
Sehingga kini, wanita bertudung dianggap lebih suci dan lebih bermoral berbanding wanita yang tidak bertudung.
Tekanan masyarakat ini amat kuat sehingga wanita Melayu yang tidak bertudung hanya tinggal sedikit sahaja dalam masa kurang daripada 20 tahun!
Sejarah wanita Melayu yang tidak bertudung juga seolah-olah ingin dipadamkan kerana ia melambangkan zaman kejahilan masyarakat Melayu.
Bertudung Atau Tidak, Mengapa Kisah?
Dalam masa yang sama, Alicia ingin mengetengahkan suara wanita yang tidak bertudung seperti beliau dalam menghadapi tekanan interpretasi masyarakat untuk bertudung.
Obsesi orang Melayu dengan tudung adalah satu fenomena yang baru berusia 30 tahun lebih. Sungguhpun baru, ia menimbulkan tekanan sosial yang kuat.
Obsesi ini jelas. Masyarakat seolah-olah menjadi hilang akal apabila Felixia Yeap, seorang perempuan bukan Melayu, bertudung walaupun beliau belum Islam pada ketika itu.
Lihat sahaja komen-komen di Instagram wanita-wanita Melayu yang bertudung. Komen-komen yang bersikap positif dan memuji-muji pilihan baik seorang wanita untuk bertudung.
Namun, perkara yang sebaliknya terjadi kepada wanita Melayu yang tidak bertudung. Mereka kini menjadi sasaran kutukan atas nama tarbiyyah, diiringi dengan doa untuk wanita tersebut mendapat hidayah dan berhijrah.
Golongan yang mendapat tekanan negatif dari masyarakat adalah jelas sekali bukan golongan wanita bertudung. Pada zaman ini, kisah-kisah tentang wanita Melayu dipandang rendah atau didiskriminasi kerana bertudung sudah hampir tidak berlaku lagi!
Malah, ada juga sesetengah majikan yang meletakkan syarat “wanita Muslim bertudung sahaja” untuk sesiapa yang ingin meminta kerja.
Oleh kerana itu, tulisan-tulisan balas yang memfokuskan kepada “pilihan” atau “agensi” tidak diolah dengan tepat dalam perbincangan ini.
Sekiranya kita ingin benar-benar ingin memberi pilihan kepada wanita untuk memakai tudung ataupun tidak, obsesi dengan pemakaian wanita perlu dihentikan.
Bagaimana mungkin wanita boleh benar-benar memilih sekiranya setiap perkara tentang pemakaiannya didebatkan setiap saat?
Tambahan pula, wanita bertudung sekarang pun amat merasakan tekanan yang makin hari makin bertambah dengan komen-komen seperti pemakaian tudung yang singkat atau seluar atau baju yang ketat.
Setiap hari, ada sahaja idea pemakaian yang lebih tegas dan lebih menekan dipaksakan secara sosial kepada wanita bertudung, sekaligus menambah lebih banyak tekanan ke atas wanita yang tidak bertudung.
Sikap ini tidak terpakai (pun intended) pun kepada kaum lelaki Melayu. Pakaian mereka tidak diteliti dengan sedemikian rupa kerana itulah tekanan sosial yang sama tidak sehebat jika dibandingkan dengan perempuan.
Sesungguhnya, kita tidak perlu menjadi terlampau sensitif dengan sejarah perempuan Melayu yang tidak bertudung pra-1980-an.
Kita juga tidak perlu untuk terasa diancam sekiranya sejarah wanita Melayu yang dahulunya tidak bertudung kembali menjadi perbincangan masyarakat.
Tidak salah untuk mengkaji fenomena ini secara objektif dalam dunia akademik yang hanya ingin meneliti perubahan budaya yang drastik berkenaan tudung.
Pandangan Peribadi Terhadap Perdebatan Tudung
Setelah menjelaskan pemerhatian saya seputar perdebatan ini, saya hanya ingin mengatakan bahawa perbalahan wanita bertudung dengan tidak bertudung adalah sebuah perbalahan yang sia-sia.
Pengawalan terhadap pemakaian wanita melalui interpretasi patriarki sedikit pun tidak terjejas sekiranya para wanita terlalu sibuk bergaduh sesama sendiri.
Pertengkaran siapa yang lebih “suci” atau lebih “mulia” hanya kerana memilih untuk memakai atau tidak memakai sehelai kain hanya mengukukuhkan ideologi patriakis yang taksub dengan pemakaian wanita.
Menghubungkaitkan pemakaian wanita dengan moral juga perlu dihentikan. Hal ini dilakukan oleh kedua-kedua pihak, baik yang bertudung mahupun tidak.
“Dia tak bertudung, tapi dia baik,” kata yang tidak bertudung. “Kan nampak lebih baik jika bertudung,” kata yang bertudung.
Kata-kata halus begini kedengaran tidak berbahaya, namun ianya mengukuhkan hubungan tudung dengan kesucian moral, sedangkan kedua perkara itu sepatutnya tidak mempunyai apa-apa kaitan.
Kesimpulannya, pembelajaran sejarah dan pengkajian objektif itu amat berguna untuk memberi analisis masyarakat yang baik.
Reaksi yang terlalu beremosi boleh mengaburi pandangan kita daripada masalah yang lebih besar, dan mengakibatkan kita bertengkar sesama sendiri tanpa menyelesaikan apa-apa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2016 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Paderi meden mesti suke ni :
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ye.
dgn future in laws, depa ok je aku tak pakai tudung. tapi spupu spapat heshe masa aku tunang cakap2 kenapa pilih pempuan freehair ni zaki?dah habis ke pempuan bertudung kat mesia ni?


saya terasa. tapi takpe. demi harta heshe, ku gagahi jua
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 26-2-2016 09:40 PM
ye.
dgn future in laws, depa ok je aku tak pakai tudung. tapi spupu spapat heshe masa aku tunang ca ...

Gasaklaa sepupu sepapat tu.. yg penting lu dah dapat gading bertuah.. sepupu sepapat ni menyibuk je.. dengki semedang  je.. kalo lu pakai tudung heshe ckp lak nape pilih hitam, gomok pendek.. jongang.. ada je cacat
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 03:09 PM | Show all posts
ellejo replied at 26-2-2016 09:40 PM
ye.
dgn future in laws, depa ok je aku tak pakai tudung. tapi spupu spapat heshe masa aku tunang ca ...

Persetankan cakap2 Org.

Aku walau xbaik ngn mil,TP awal2 dulu mil selalu CKP

Kau warna rambut gitu cantik.huhu..sbb mil aku dulu dia lah

Paling tseksi kat kampung tu.kihkih..

Aku selamba je pakai skirt paras lutut

Yg sakit mata Jgn lah pandang.

Yg penting angin masuk dan selesa.


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 06:08 PM | Show all posts
Lega sgtt skrg mi fam aku dah lama tak sebutt hal tuduong lagi. Klu dorg berani tegur aku suh jah hb aku marahhh dorg!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2016 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masih free hair means hidayah masih jauh kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 07:11 PM | Show all posts
Setiap hari, ada sahaja idea pemakaian yang lebih tegas dan lebih menekan dipaksakan secara sosial kepada wanita bertudung, sekaligus menambah lebih banyak tekanan ke atas wanita yang tidak bertudung.


Betul tu. Bukan sekadar wanita tak bertudung akan ditegur. Wanita yg bertudung pun tak terlepas dari kecaman org2 yg mencari alasan utk mengongkong kaum wanita. Kalo pakai selendang, tak cukup tertutup. Kalo pakai tudung litup, gayanya salah - mcm Nora Danish tu, bila tutup litup pun org kutuk gaya tundung yg dipakai kononnya mcm rahib. Kalo gayanya ok, warnanya tak ok. Kalo tudungnya ok, tapi pakai seluar, org kata pulak kurang sopan. Kalo bertudung litup dan berbaju kurung pun, ada jugak yg kata kurang sucinya berbanding yg pakai jubah sebab pakai jubah tu 'lebih islamik' kononnya.

Org yg nak mengkritik dan mengawal kaum wanita memang akan mencari kesalahan dlm org lain, walo macam mane pun cara pemakaiannya. Yg paling mengecewakan bila org pompuan sendiri mencaci sama lain atas alasan tudung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudung bukan ukuran keimanan seseorang.tapi sama2 lah kita berdoa..semoga Allah memberikan  hidayah agar dapat menjadikan kita insan yang lebih beriman.Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 12:05 PM | Show all posts
Anggota wuduk adalah bukan aurat. Anak sayyidina Umar dah cakap di zaman Rasulullah, lelaki dan wanita wuduk bersama.(Sahih Bukhari). Surah Quran pula suruh tutup buah dada saja pada 5 hijrah. Setahun kemudian dinaikkan standard kepada memakai jilbab iaitu rida' untuk wanita. Rida' yang dipakai jemaah haji lelaki hingga zaman sekarang mana ada tutup rambut. Golongan ulama berjiwa kristian masih lagi beri seribu dalih di samping memekik segala macam hadis palsu selain memberi alasan bodoh untuk menafikan hadis sahih; konon zaman Nabi yang serba kekurangan dulu ada tiga jenis tempat wudu. Satu untuk lelaki, satu untuk wanita, satu lagi untuk pasangan suami isteri. Apakejadah...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.400102 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list