|
Oleh Izzah Abbasy
Adik beradik kalau yang baik mereka rapat sangat. Tapi jika yang selalu bergaduh, langsung tak boleh jumpa antara satu sama lain. Pastinya huru hara satu rumah.
Biasanya adik lah selalu kena buli. Lebih-lebih lagi perbezaan umur yang jauh selalu membuatkan mereka tidak ngam. Kadang-kadang si adik ada perangai menyibuknya. Si abang pula, tak suka adiknya yang masih belum baligh ambil tahu hal dan menyibuk tentangnya.
Sebenarnya, niat si adik ingin berkawan sahaja. Biasalah si abang ada egonya. Betul tak? Tapi, jangan tak tahu. Selalunya abang akan melindungi adiknya daripada pandangan yang jauh. Bukan tak sayang, tapi tak nak tunjuk. Lebih-lebih lagi tak nak adiknya menjadi manja.
Tapi, jika anda mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik lelaki, sangat bertuah lah anda. Boleh pinjam barang si abang dan kesemua 'harta' nya akan menjadi milik anda setelah dewasa. Lagi-lagi barang kesayangannya. Malahan, jika si abang adalah seorang yang stailo habis, dia juga akan pastikan anda juga menjadi sepertinya. Sekaligus, si adik akan cepat mempelajari dan matang dalam semua hal.
Seperti gambar-gambar berikut, beza umur si abang dan adik mungkin 10 hingga kebelasan tahun juga kan? Tapi, stail rambut dan gaya hampir sama. Mereka dikategorikan adik beradik lelaki yang sangat rapat dan saling menyanyangi. - CARI Infonet
|
|