CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5353|Reply: 13

Kak Norah, Posmen Wanita Tunggal

[Copy link]
Post time 23-3-2016 06:48 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Pernah lihat posmen wanita menghantar surat atau bungkusan?


Rasa-rasa tak pernah.


Tapi dalam bidang kerja yang majoritinya dipelopori oleh lelaki ini, sebenarnya terselit seorang wanita yang telah berkecimpung sebagai posnita di Johor Bahru.


Jom kenali Kak Norah:


Norah Bachok, 43, menjadi satu-satunya wanita bekerja sebagai posnita di Johor Bahru, satu ketika dulu. Empat belas tahun melaksanakan tanggungjawab itu, Norah dikenali ramai dan disenangi pelanggannya.
Norah berkata, minat yang mendalam terhadap motosikal mendorongnya untuk bekerja sebagai posnita. Keputusannya itu mengejutkan, bukan sahaja buat keluarga, malah kenalannya. Pelanggan yang menerima surat turut tidak menyangka ada wanita yang bekerja sebagai penghantar surat.
"Dari dulu sehingga kini, memang tiada wanita lain yang bekerja sebagai posnita di sini (Johor Bahru). Tidak dinafikan, pada mulanya ramai yang tidak yakin saya akan bekerja lama dalam bidang ini. Alasan mereka, saya wanita dan mungkin susah untuk sesuaikan diri menjadi posnita, lebih-lebih terpaksa berdepan dengan faktor cuaca yang tidak menentu.
"Saya buktikan kepada mereka, saya bukan mahu kerja untuk sehari dua. Saya minat kerja hantar surat ini, Bukan saja minat, malah saya rasa selsa dan suka dengan pekerjaan saya ini.



Saya gembira berkhidmat dengan Pos Malaysia, banyak peluang kenaikan di samping mempelajari benda baharu,"
Norah yang mula menghantar serahan surat di kawasan Bandar Baru Uda, Kempas dan Taman Perling memulakan kerjaya itu seawal usia 23 tahun. Ceritanya, reaksi yang diterima pelanggan, menyeronokkan dirinya.
"Saya seronok lihat reaksi pelanggan, antara komen mereka 'Eh kali pertama tengok posmen perempuan'. Kelainan itu juga membuatkan mereka lebih mudah mesra dengan saya.
Kadang kala, kalau saya bekerja pada waktu panas terik, mereka menjemput saya masuk ke rumah dan menghidangkan minuman sebelum saya meneruskan kerja kembali," katanya yang kini menjadi penyelia di pejabat pos pusat mel Larkin, Johor Bahru.
Berpanas hujan dan dikejar anjing, menjadi asam garam dalam kerjayanya, namun Norah tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan.
Norah yang mula menghantar serahan surat di kawasan Bandar Baru Uda, Kempas dan Taman Perling memulakan kerjaya itu seawal usia 23 tahun. Ceritanya, reaksi yang diterima pelanggan, menyeronokkan dirinya.
"Saya seronok lihat reaksi pelanggan, antara komen mereka 'Eh kali pertama tengok posmen perempuan'. Kelainan itu juga membuatkan mereka lebih mudah mesra dengan saya.


Kadang kala, kalau saya bekerja pada waktu panas terik, mereka menjemput saya masuk ke rumah dan menghidangkan minuman sebelum saya meneruskan kerja kembali," katanya yang kini menjadi penyelia di pejabat pos pusat mel Larkin, Johor Bahru.
Berpanas hujan dan dikejar anjing, menjadi asam garam dalam kerjayanya, namun Norah tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan.
Kata Norah, tiada masalah untuk wanita menceburi bidang itu, tetapi mereka perlu bersedia dari aspek fizikal dan mental.
Mana-mana kerja juga ada risiko dan ia tidak harus dijadikan alasan untuk tidak meneruskan minat serta menjalankan tugas dengan baik.
Diganggu ketika bertugas juga, kata Norah, pernah dialaminya tetapi ia menjadikan beliau lebih tekad untuk membuktikan kecekapan dan keupayaan.
Di sebalik semua rintangan itu, beliau mengakui, tugas sebagai posnita meninggalkan kenangan manis buatnya.
"Walaupun saya kini tidak lagi menghantar surat, pelanggan masih mengingati saya. Selalu juga mereka menghantar buah limau dan pau kepada saya," katanya.
Penerima anugerah posmen terbaik tahun lalu, Mohd Jabarul Hisham, 38, berkata wanita yang berminat dalam kerjaya sebagai penghantar surat adalah wanita yang kental.


Katanya, bukan calang-calang wanita yang sanggup berdepan risiko dan cabaran yang menanti posmen atau posnita.
Mohd Jabarul, yang sudah 19 tahun menceburi kerjaya itu berkata, faktor keselamatan menjadi perkara yang perlu dipertimbangkan oleh mereka kerana kawasan serahan yang ditempatkan itu dikhuatiri berbahaya.
"Kami tidak merendahkan kemampuan wanita, namun ada kalanya kita perlu fikir keselamatan mereka. Bagi saya, kawasan yang paling berbahaya apabila perlu menghantar surat di flet atau apartment. Ini kerana kawasan peti surat mereka gelap dan sunyi. Kami bimbang wanita yang melakukan tugas ini akan diganggu," katanya.
Mohd Jabarul berkata, kerjaya itu mendedahkan pekerjanya kepada faktor cuaca yang tidak menentu, selain diserang oleh anjing liar.
"ekerjaan ini mungkin dianggap mudah bagi sesetengah pihak, namun cabaran yang perlu ditempuh itu penuh berliku. Setiap hari beg surat yang dibawa hampir 30 kilogram dinaikkan ke atas motosikal. Kadang kala apabila hujan, jalan di beberapa kawasan agak licin dan boleh mengakibatkan kemalangan.
"Bukan itu saja, musuh utama kami adalah anjing. Ada kalanya kami dikejar sekumpulan anjing yang memang menggerunkan," katanya
Seorang lagi posmen, Adam Ali, berkongsi senario paling buruk ketika menjalankan tugas adalah apabila beliau dirompak
.
"Ketika itu, saya dipanggil oleh sekumpulan lelaki, saya sangkakan mereka mahu bertanyakan mengenai surat atau perkara lain.
Tanpa saya sedar, mereka mengepung saya dan mengacukan pisau. Saya dipaksa menyerahkan semua barang berharga, termasuk dompet. Nasib saya baik, mereka hanya merompak tanpa mencederakan saya,"


-CARI Infonet.
sumber: likes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 08:47 PM | Show all posts
Poswoman .
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 10:38 PM | Show all posts

sakai     
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:24 AM | Show all posts
penampilan dia pun dh rupa lelaki ... kalau sekali imbas orang pun xperasan dia perempuan ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:37 AM | Show all posts
akak ni agak boyish
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:55 AM | Show all posts

Apa ko membebel ni ngang ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 11:43 AM | Show all posts

Geng bro Aza
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:44 AM | Show all posts
Adakah dia andartu @ifanonline ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 11:46 AM | Show all posts

gua syak dia geng2  peng

agak je la bkn gua tuduh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:55 AM | Show all posts
Glass_shoes replied at 24-3-2016 11:44 AM
Adakah dia andartu @ifanonline ?

mungkin..dah 43 tahun...andartu forever

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:04 PM | Show all posts
nk tgur hang pmpn pon serba salah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin plak org ajak masuk umah bagai..
Akak takutlah nk bg org masuk umah walopun posmen..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:29 PM | Show all posts
ala2 boyish gituu..
kalau tak kental,
tak boleh kot,
bahaya kerja posmen ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:45 PM | Show all posts
Tak nampak ayu nampak boyish je patut le suka jadi penghantar surat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 1.167152 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list