CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16363|Reply: 14

Raja Samseng

[Copy link]
Post time 26-3-2016 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Raja Samseng

Ramai yang telah mengetahui keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (atau FAM) memihak kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan kemenangan 3-0. Ini adalah kerana pasukan T-Team didakwa menarik diri tanpa "alasan yang kukuh" - satu keputusan yang langsung tidak mengejutkan dari sebuah persatuan bola sepak bertaraf dunia ketiga!

Sekadar selingan keratan akhbar New Straits Times bertarikh 30 Julai 1999 yang mensasarkan Malaysia di Piala Dunia pada tahun ini.

Kita tinggalkan kisah itu. Blog entry kali ini ingin mengulas mengenai sifat samseng. Pada 4 Disember 2014 yang lalu, bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr. Maza mengeluarkan satu artikel pendek di facebook beliau dengan tajuk Bangsawan Samseng. Tulisan Dr. Maza itu adalah secara umum dan tidak merujuk kepada mana-mana individu; tetapi ramai pembaca boleh mengaggak ianya berkaitan dengan kesamsengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Idris Ismail atau kini lebih mesra dipanggil "Jaguh Dalam Terowong"(JDT).

Memang benar apa yang dikatakan oleh Dr. Maza, sejarah menunjukkan runtuhnya kebanyakan institusi beraja adalah disebabkan oleh sikap kesamsengan mereka sendiri terhadap rakyat-jelata.





Raja-raja Melayu yang lain juga sedar akan perkara ini. Yang tidak sedar-sedar diri adalah Sultan Johor dan anak-beranaknya yang merasakan diri mereka umpama tuhan yang boleh berbuat apa saja sesuka hati mereka.

Dipetik titah ucapan Sultan Azlan Shah yang pernah disiarkan di dalam blog entry Penghinaan Terhadap Raja Bahagian II.


"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Petikan titah ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980


Pro-Canselor UTHM tanpa kelayakan akademik

Tunku "Jaguh Dalam Terowong" (JDT) kita ini agak kurang taraf pendidikan dan kecerdikannya berbanding dengan kebanyakan bakal-bakal Sultan di negeri-negeri lain. Sebagai contoh Raja Muda Perak berkelulusan Ph.D dan Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard serta Ijazah pertama daripada University Oxford. Tidak kurang hebatnya Tengku Mahkota Kelantan yang juga berkelulusan Ph.D dari Universiti College London. Pewaris takhta Negeri Sembilan, Tunku Besar Ali Redhauddin pula berkelulusan Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard dan Ijazah pertama daripada Universiti Cambridge - beliau adalah penerima biasiswa Cambridge Commonwealth Trust Fellowship. Anak-anak raja pewaris takhta ini dihormati rakyat dan tidak kedengaran kontroversi yang mencacatkan institusi beraja di negeri-negeri tersebut.

Seperti dinyatakan, Tunku JDT ini agak kurang cerdik. Sudah pastinya kurang membaca sejarah dan tidak pernah mengambil ikhtibar daripada sejarah-sejarah terdahulu. Jadi, penulis Cicit Daeng mengambil inisiatif untuk membuat blog entry khusus mengenai sejarah Raja-raja Samseng yang merosakkan institusi beraja. Ironinya, yang merosakkan institusi beraja itu datangnya daripada negeri Johor.

Kisah Raja Samseng bukan ingin membuka aib sesiapa. Tetapi ini adalah peringatan kepada anak Raja mentah, Si Teak yang tidak pernah memandang ke belakang dan melihat sejarah asal keturunan, dan semua salah laku yang pernah dilakukan oleh Bah dan Abahnya!

Nota: Teak adalah nama timangan Jaguh Dalam Terowong (JDT), Bah adalah datuknya, Abah adalah bapanya.

Kes-kes yang melibatkan Sultan Mahood Iskandar:

1. Kes tahun 1961
The Straits Times, 13 August 1961
Kisah bagaimana Tunku Mahmood Iskandar dilucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor dan diserahkan kepada adiknya Tunku Abdul Rahman bukan hanya bualan kosong atau gosip. Penulis pernah menyentuh serba ringkas mengenai perkara ini dalam blog entry Dinasti Azlan Shah Bahagian II.

Begitu juga kes pada tahun 1961 di mana 2 orang anggota polis dikurung di rumah anjing oleh Tunku Mahmood Iskandar bukan hanya kisah dongeng. Kekejaman ini banyak diceritakan dalam jurnal dan buku-buku sistem monarki dan politik di seluruh dunia. Sebagai contoh, rujuk buku  Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition karya Roger Kershaw yang diterbitkan pada tahun 2001 jelas menceritakan kes anggota polis yang dikurung itu di muka surat 103 buku tersebut.

Kes ini adalah antara sebab mengapa Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ismail melucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor daripada Tunku Mahmood Iskandar dan diserahkan kepada adiknya. Beberapa tahun selepas itu, Sultan Ismail melantik Tunku Mahmood Iskandar sebagai Raja Muda Johor - satu jawatan yang baru diwujudkan.

2. Kes-kes pukul, rujuk Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar [1973] 1 MLJ 128

Antara dua darjat anak Raja - seorang Ketua Hakim Negara dan seorang lagi penjenayah
Terdapat beberapa kes jenayah yang melibatkan  Tunku Mahmood Iskandar (ketika itu Raja Muda Johor setelah dilucutkan jawatan Tunku Mahkota Johor) yang berlaku sekitar tahun 1972 dan dibicarakan pada tahun berikutnya.


Dalam pertuduhan pertama, Tunku Mahmood Iskandar dikatakan telahmembelasah 2 lelaki India bernama Francis Joseph Puthucheary dan Puthenpurakai Joseph Verghese yang memotong keretanya. Kejadian ini berlaku pada 5 Mac 1972.

Satu lagi kes yang dibicarakan di mahkamah melibatkan mangsa bernama Narendran Manickam yang dibelasah pada 13 Mac 1972, iaitu kira-kira 8 hari selepas kejadian pertama berlaku. Kes ini turut melibatkan seorang pegawai atasan Johor Military Force (JMF) bernama Lt. Hussain Othman yang didakwa membekal alat-alatan seperti gas canisters yang kemudiannya digunakan oleh Tunku Mahmood Iskandar dalam membelasah dan menyiksa mangsanya. Walaupun Lt. Hussain tidak terlibat secara langsung dalam pelakuan jenayah itu, tetapi beliau tetap dijatuhkan hukuman kerana bersubahat. Mangsa juga bukan saja dibelasah, tetapi dikatakan telah diseksa dengan kejam - Hakim menggunakan perkataan "torture chamber" merujuk kepada tempat penyiksaan mangsa.

Raja Azlan Shah (kini Sultan Azlan Shah) yang pada itu adalah Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru membicarakan kes-kes  ini. Petikan penghakiman oleh Hakim Raja Azlan Shah berbunyi,



" The record, to my mind, reads more like pages torn from some medieval time than a record made within the confines of a modern civilization. The keynote of this whole case can be epitomised by two words - sadistic brutality - every corner of the case from beginning to the end, devoid of relief or palliation. I have searched diligently amongst the evidence, in an attempt to discover some mitigating factor in the conduct of the respondent, which would elevate the case from the level of pure horror and bestiality and ennoble it at least upon the plane of tragedy. I must confess, I have failed."

Hakim Raja Azlan Shah, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, 2 Januari 1973


Bagi kes-kes ini, Tunku Mahmood Iskandar dijatuhkan hukuman penjara 11 bulan dan denda berjumlah $2,500.


  3. Kes bunuh (manslaughter), rujuk Public Prosecutor v. Tunku Mahmood Iskandar [1977] 1 MLJ 128
Akhbar Berita Harian, 18 April 1977
Sekali lagi, Raja Azlan Shah menjadi hakim dalam kes rayuan dalam perbicaraan kes bunuh oleh Tunku Mahmood Iskandar. Pihak pendakwaan pada ketika itu ialah Mohammed Salleh Abbas yang telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara semasa krisis perlembagaan dan ketika Sultan Mahmood Iskandar masih menjadi Yang Dipertuan Agong.


Berbalik kepada kes bunuh ini. Mengikut fakta kes, pada 15 Oktober 1976 Tunku Mahmood Iskandar sedang memandu kapal terbang Cessna dari Johor Bahru ke Seletar bersama pemandu kedua, Tunku Osman. Kira-kira jam 3.30 petang mereka ternampak sebuah bot yang penuh dengan barang-barang bergerak laju menuju ke satu tempat di tebing Sungai Tebrau dimana terdapat 3 buah kereta sedang menunggu. Mengesyaki itu adalah bot penyeludup, Tunku Mahmood Iskandar mengelilingi bot itu dari jarak 500 kaki dari udara.

Kemudian, Tunku Mahmood mendaratkan kapal terbang di padang polo berhampiran dan berkejar ke arah keretanya yang terketak di sana.  Tunku Mahmood terus bergegas ke tebing sungai tadi di mana ketiga-tiga buah kereta telah pun mula bergerak. Tunku Mahmood Iskandar berteriak mengarahkan mereka berhenti. Kereta pertama dan kedua tidak berhenti tetapi kereta ketiga berhenti dan pemandunya keluar daripada kereta. Pada ketika inilah Tunku Mahmood Iskandar melepaskan tembakan mengenai kepala dan bahu kiri mangsa yang dikenali sebagai Teo Ah Bah. Mangsa mati di tempat kejadian.


Mahkamah mendapati Tunku Mahmood Iskandar bersalah dan dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara dan denda $6,000.  Walau bagaimanapun, sama seperti kes yang berlaku pada tahun 1973, Tunku Mahmood Iskandar terlepas daripada hukuman apabila diampun oleh bapanya, Sultan Ismail.


Sedikit infomasi, dalam istilah undang-undang, "manslaughter" dianggap sebagai kurang berat berbanding pembunuhan tanpa niat. Itu sebabnya walaupun Tunku Mahmood Iskandar didapati bersalah dalam kes pembunuhan tersebut, tetapi hanya dikenakan hukuman yang tidak begitu berat.

Kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 1977 ini heboh diperkatakan seluruh dunia sehinggakan semasa pertabalan Sultan Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8, akhbar The New York Times turut menceritakan mengenai kes ini. Sesuatu yang agak memalukan sebenarnya.

Mungkin ramai yang masih berhingus lagi pada ketika itu, atau sumber agak terhad, ketahuilah seluruh dunia menyambut pertabalan Sultan Mahmood Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong dengan gelaran "killer". Selain daripada contoh keratan akhbar daripada The New York Times, akhbar di Australia, Sydney Morning Herald melaporkan pertabalan ini dengan tajuk "Malaysia’s killer king".


Petikan daripada akhbar the New York Times bertarikh 26 April 1984 bersempena pertabalan Sultan Iskandar sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8

4. Kes  Daeng Baha Ismail v. Tunku Mahmood Iskandar [1987]
Mengikut fakta kes, pada 4 Jun 1986 kira-kira jam 10.15 malam, Daeng Baha Ismail Bin Daeng Ahmad telah diheret ke istana dalam keadaan bergari dan kemudiannya dibelasah oleh Sultan Johor yang pada ketika itu adalah Yang Dipertuan Agong. Kejadian berlaku di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan kerabat-kerabat diraja yang lain. Agak malang kerana kes ini tidak boleh dibicarakan kerana pada ketika itu raja-raja mempunyai imuniti iaitu kebal dari segi undang-undang.


5.  Amukan Prebet Adam, 1987

Kes yang berlaku pada tahun 1987 ini diketahui ramai. Bahkan pengarah Amir Muhammad telah memfilemkan kisah ini dalam judulThe Big Durian yang diterbitkan pada tahun 2003 dan turut ditayangkan di Sundance Film Festival. Kepada yang tidak pernah menonton filem bercorak docu-drama ini boleh menonton di youtube (klik di sini).

Mengimbau kisah menyayat hati ini berlaku semasa Sultan Mahmood Iskandar menjadi Yang Dipertuan Agong. Kisah bermula apabila adik kepada Prebet Adam yang merupakan seorang caddy tertawa kecil apabila bola golf yang cuba dipukul oleh Sultan Mahmood Iskandar tidak masuk ke dalam lubang walaupun jaraknya terlalu dekat. Mendengar tawaan kecil itu, Sultan Mahmood Iskandar tanpa sebarang perasaan belas kasihan terus menghayunkan kayu golfnya kepeada caddy tersebut. Dia mati di tempat kejadian.

Pada ketika itu, Raja-raja mempunyai imuniti iaitu kebal dari segi undang-undang. Sultan tidak boleh didakwa di mahkamah. Ini bermakna keluarga caddy yang terbunuh itu tidak dapat membela kematiannya.


Pada malam 18 Oktober 1987, Prebet Adam yang begitu kecewa dengan kematian adiknya telah pergi ke Jalan Chow Kit dan mengamuk serta melepaskan tembakan ala-rambo ke arah orang awam. Beberapa orang awam tercedera dan polis memburu Prebet Adam yang menyembunyikan diri di Kampung Baru. Akhirnya dia menyerahkan diri kepada 2 orang jeneral yang berjaya memujuknya. Dikatakan Prebet Adam tidak didakwa atas alasan kurang siuman - mungkin satu cara untuk melepaskannya daripada disabitkan kesalahan menyerang orang awam, termasuk seorang terbunuh dalam amukan itu.


Peristiwa amukan Prebet Adam ini perlu dilihat dari konteks betapa bencinya rakyat yang tidak berdosa terhadap kesamsengan Raja-raja, tetapi tidak terdaya untuk berbuat apa-apa kerana kuasa yang ada pada mereka.


6. Peristiwa Gomez, 1992
Boleh dikatakan peristiwa Gomez adalah kes paling signifikan yang membawa kepada pemindaan Perlembagaan Malaysia mengenai imuniti Raja-raja Melayu.

Samseng Johor tak tahu main hoki!
Kes ini bermula pada 10 Julai 1992 apabila Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid tidak berpuas hati dalam perlawanan hoki antara Johor-Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti. Tunku ABdul Majid menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Selvaraj di dalam bilik persalinan - ditampar dan ditendang.

Mohammed Jaafar membuat laporan polis dan menyebabkanPersatuan Hoki Malaysia melarang Tunku Abdul Majid daripada menghadiri mana-mana perlawanan selama 5 tahun. Tunku Abdul Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang  dan oleh itu dikenakan hukuman perjara satu tahun dan denda sebanyak RM2,000. Walau bagaimanapun semua tuduhan-tuduhan ini digugurkan atas sebab kekebalan yang masih ada pada Raja-raja Melayu pada ketika itu.
  
Daripada kejadian itu, Sultan Mahmood Iskandar yang tidak berpuas hati telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk tidak membenarkan mana-mana sekolah menyertai pertandingan hoki di peringkat nasional.



Douglaz Gomez adalah jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar. Pasukannya layak ke peringkat separuh akhir Pertandingan Hoki Sekolah-sekolah anjuran Persatuan Hoki Malaysia dan Milo. Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada 25 November 1992 diarah untuk dibatalkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor hanya beberapa jam sebelum pertandingan bermula.Douglas Gomez mengkritik tindakan ini dan meminta pegawai-pegawai Persatuan Hoki Johor untuk meletakkan jawatan kerana telah merosakkan sukan hoki dan masa depan sukan itu di negeri Johor. Kritikan yang diberikan tiada kena mengena dengan Sultan Johor pun - kritikan diberikan kepada Persatuan Hoki Johor!


Walau bagaimanapun pada 30 November, Douglas Gomez diarahkan ke Istana Bukit Serena. Diceritakan pada jam pertama di Istana, beliau diberi taklimat mengenai etika di Istana.


Kemudian, Sultan  Mahmood Iskandar hadir bersama 6 orang lelaki yang memakai t-shirt dan berseluar jeans, serta antara 10 hingga 12 orang askar-askar balaci JMF. Douglas Gomez dibelasah oleh Sultan Mahmood Iskandar dan mengalami kecedaraan. Beliau kemudiannya membuat laporan polis. Walau bagaimanapun tiada apa-apa tindakan boleh dikenakan kepada Raja-raja Melayu kerana imuniti yang ada pada mereka. Rentetan daripada kes-kes ini lah maka Perlembagaan Malaysia dipinda bagi menarik semula imuniti Raja-raja Melayu - satu sumbangan besar Tun Mahathir Mohamad.

Penutup Bahagian I
Kes-kes di atas hanya sebahagian kecil daripada kes-kes jenayah yang melibatkan Raja-raja Samseng Johor dan kaum kerabatnya. Terdapat banyak lagi salah laku mereka. Mengikut perbahasan di Parlimen seperti mana yang didedahkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, dari tahun 1972- 1993 keluarga Sultan Johor bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata termasuk memukul, mencedera dan merogol.

Bersambung...



Yang Membenci Samseng,







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2016 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa khabar prebet adam skrg
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bunnyhoney replied at 26-3-2016 11:03 PM
Apa khabar prebet adam skrg

Iols penah dengar arwah tok iols citer prebet adam tu sengaja convicted sebagai out of sane utk lepaskan hukuman mati.

Dia kat penang skrg. Dapat bantuan zakat ada benang sebelah citer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
oak.balustrade replied at 26-3-2016 11:39 PM
Iols penah dengar arwah tok iols citer prebet adam tu sengaja convicted sebagai out of sane utk le ...

Ye ke....benang sebelah benag mana ?

Baguslah gtu.... Kesian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bunnyhoney replied at 26-3-2016 11:41 PM
Ye ke....benang sebelah benag mana ?

Baguslah gtu.... Kesian dia...

Nah iols tepek benang nya :

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=974249&extra=&mobile=2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2016 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
oak.balustrade replied at 26-3-2016 11:46 PM
Nah iols tepek benang nya :

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=974249&extra ...

Tqsm ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak Je dgr cite pak cik fp pun dlu keje dlm tu.

Bab berhentikan kenderaan masa zaman atuk dia dulu,bengang aku.ada satu resort ni dia suka pergi.ada acik ni bawak moto naik 3 org tengah jalan tu polis suruh berhenti..aku plk suka mainkan,ada sekali kete dia lalu,suruh berhenti aku lalu Je naik moto rempit bawak laju,escort tu lambai tangan suruh berhenti,nasib xkena pukul.kitaorg gelak2 atas motor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 11:00 AM | Show all posts
sekarang zaman pembersihan nama
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 12:51 PM | Show all posts
aku pun tak paham.. yg dulu memang ada banyak buat salah.. kenapa yg sekarang juga kena terima balasan eak?

adakah macam.. mak apak kita dulu kaki pukul ernah pukul orang then skang kita di kecam sebab ada mak pak gitu.. betul ke?

keliru acik
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 02:41 PM | Show all posts
taiko besar...sebab tu depa leh jadi sultan...kalau lembik jadi kuli je lah jawabnya macam kita2 ni...zaman dulu2 sultan tu ketua perang..kalau hati lembut mudah terguris Nampak penyamun dia lari dulu bukan nak kejar memang layaklah tak jadi sultan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 04:35 PM | Show all posts
hest replied at 28-3-2016 12:51 PM
aku pun tak paham.. yg dulu memang ada banyak buat salah.. kenapa yg sekarang juga kena terima balas ...

Maslahnya cucu dia si mail boroi tu terikut2 perangai samseng atoknya... Sbb tu org mengata...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 05:03 PM | Show all posts
oak.balustrade replied at 26-3-2016 11:46 PM
Nah iols tepek benang nya :

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=974249&extra ...

x ble link pun benang tu...kat current issue ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 28-3-2016 05:03 PM
x ble link pun benang tu...kat current issue ke?

Haah cuba uols cari yang pasal crown prince recalls insiden 1992 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
hest replied at 28-3-2016 12:51 PM
aku pun tak paham.. yg dulu memang ada banyak buat salah.. kenapa yg sekarang juga kena terima balas ...

Sbb skrg pun kalau x disound mgkn akn ikut jejak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.836925 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list