CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31409|Reply: 16

[Pemandangan & Senibina] Rumah-rumah Lama Malaysia

[Copy link]
Post time 28-3-2016 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:15 PM

Contoh-contoh Rumah-Rumah lama di Malaysia dari Taman  Mini Malaysia di Melaka


Rumah Perlis

Rumah Kedah


Rumah Kelantan


Rumah Perak


Rumah Terengganu


Rumah Pulau Pinang


Rumah Pahang


Rumah Selangor


Rumah Melaka


Rumah Negeri Sembilan


Rumah Johor


Rumah Sarawak


Rumah Sabah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2016 10:50 AM | Show all posts
Rumah Penghulu Abu Seman di Kedah

Rumah Asal


Bandar raya Kuala Lumpur bukan destinasi asing bagi usahawan muda, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd. Hanuzi, 25, kerana dia sering berulang-alik dari Kelantan atas urusan perniagaan.
Kesibukan menguruskan perniagaan menyebabkan dia kesuntukan masa untuk meluangkan waktu bersiar-siar di ibu negara itu.
Namun, ketika dalam perjalanan ke Hotel Royale Chulan, matanya tertancap pada sebuah rumah Melayu tradisional.
Rumah Penghulu Abu Seman yang terletak di Jalan Stonor itu begitu berbeza daripada identiti landskap sekitarnya.
Rumah itu merupakan kediaman bekas Ketua Desa, Abu Seman Nayan di Kampung Sungai Kechil, Bagan Samak, Kedah.
Dibina sekitar pertengahan tahun 1920-an hingga awal 1930-an, kediaman Penghulu Abu Seman itu bukan sekadar menjadi tempat tinggal bersama ahli keluarga tetapi ia turut beroperasi sebagai pusat pentadbiran desa.
Selepas pemergian Penghulu Abu Seman, anaknya, Ibrahim mewarisi jawatan ketua desa dan hak pemilikan rumah itu.
Malangnya, rumah itu terbiar begitu sahaja selepas Ibrahim meninggal dunia kerana dia tidak mempunyai waris.
Badan Warisan Malaysia (BWM) yang menemui rumah itu pada tahun 1996 telah melakukan inisiatif untuk memelihara warisan seni bina tersebut. Mereka memindahkan rumah itu ke tapak baharu di Kuala Lumpur dengan kerjasama Renong Berhad milik Tan Sri Halim Saad yang membiayai keseluruhan kos restorasinya.
Usaha pemeliharaan seni bina warisan negara merupakan antara agenda yang giat dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memastikan kelangsungan identiti budaya serta bangsa di Malaysia.
Situasi itu memberikan nilai tambah kepada industri pelancongan dalam mempromosikan negara sebagai lokasi yang kaya dengan nilai sejarah, kebudayaan dan adat resam.
Faktor sejarah
BWM merupakan antara organisasi yang giat melakukan usaha itu dan salah satu usaha mereka ialah pemuliharaan semula Rumah Penghulu Abu Seman. Rumah itu dipindahkan ke tapak baharu di Jalan Stonor di atas tanah yang berkeluasan hampir 0.2 hektar.
Menurut Pengurus Komunikasi BWM, Melanie Anthony, Rumah Penghulu Abu Seman diselamatkan atas faktor sejarah dan keunikan seni binanya.
“Rumah itu merupakan salah satu contoh binaan Melayu tradisional yang berkonsepkan gabungan seni bina dari utara tanah air iaitu Kedah, Perak dan Thailand serta sedikit elemen China.
“Ia mempamerkan pelbagai pengaruh budaya dan agama. Malah, pemilik asal membina rumah itu dengan teliti dan mengambil kira faktor persekitaran demi keselesaan penghuni,” katanya.
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu turut menambah, menurut kajian yang dilakukan oleh BWM, Rumah Penghulu Abu Seman dibina seiring dengan pengaruhnya sebagai ketua desa.
Hal itu ditakrifkan melalui rekaan seni bina rumah yang penuh dengan seni ukiran kayu untuk mempamerkan status kuasa pemiliknya.
Usaha restorasi dan pemindahan itu mengekalkan kesemua rekaan seni bina Rumah Penghulu Abu Seman iaitu merangkumi setiap ukiran, keluasan dan bahagian-bahagian asal rumah
Warna asalnya iaitu tona kayu coklat gelap dikekalkan. Bagi memastikan setiap bahagian rumah tahan lama, ia telah disapu dengan syelek.
Selain itu, susun atur dalaman turut mengekalkan ciri-ciri tradisional Melayu yang menjadikan pengalaman berada di dalam rumah itu seperti berada sezaman dengan Penghulu Abu Seman.
Struktur asal
Proses restorasi dan pemindahan Rumah Penghulu Abu Seman mengambil masa hampir setahun setengah sebelum ia siap dibina semula pada 1997.
Menurut Pengarah Eksekutif BWM, Elizabeth Cardosa, proses restorasi Rumah Penghulu Abu Seman menjalani proses yang teliti untuk membina semula struktur asalnya.
“Pada peringkat awal restorasi, keadaan rumah itu dinilai terlebih dahulu bagi merekodkan kajian data dan mengenal pasti bahagian rumah yang masih boleh digunakan.
“Ia juga memerlukan khidmat tenaga pakar daripada pelbagai bidang dalam melakar semua rekaan rumah, mengkaji struktur kayu dan nilai sejarah rumah itu,” ujarnya.
Jelas beliau lagi, cabaran yang dihadapi oleh pihaknya dalam proses restorasi meliputi beberapa faktor seperti mengenal pasti rekaan yang telah musnah dan keperluan untuk bahan ganti seperti atap dan jenis kayu seperti cengal serta balau.
Sepanjang 18 tahun Rumah Penghulu Abu Seman dibina semula, maklum balas yang diterima oleh masyarakat amat menggalakkan.
Cardosa turut memberitahu, Rumah Penghulu Abu Seman telah menerima banyak kunjungan daripada pelancong, golongan pelajar dan arkitek yang menjadikan ia sebagai ilham untuk rekaan mereka.
Rumah Penghulu Abu Seman juga pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Kehormat bagi Pemuliharaan Warisan Budaya Asia Pasifik UNESCO pada tahun 2000 dan Anugerah Merit dalam Anugerah Kecemerlangan ASEANTA pada 2003.


Rumah yang telah dipindahkan dan direstorasi


  




Artikel dari Kosmo Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 11:19 AM | Show all posts
suka duduk dekat rumah kampung ni..sejuk je..kalau balik kampung dulu tido malam takde kipas pun nak pakai selimut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 01:05 PM | Show all posts
Rumah Pak Ali di Gombak

Rumah Asal




Rumah yang sudah dibaikpulih di Gombak



Rumah Pak Ali sudah terbakar.





KUALA LUMPUR 20 Okt, 2003 - Rumah Pak Ali di Gombak dekat sini yang merupakan tarikan kepada pelancong asing kerana keunikan seni binanya tanpa menggunakan paku, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi itu memusnahkan keseluruhan rumah yang berusia lebih 120 tahun itu serta pelbagai barangan dan perabot antik yang terdapat di dalamnya.
Antara yang musnah termasuk alat perhiasan lama seperti meja bulat yang diperbuat daripada batu, tongkat, sumpit, kerusi berukir, meja mekap, tudung saji serta tanduk rusa.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu.
Menurut waris rumah pusaka berkenaan, Maimunah Abbas, 76, beliau ketika itu sedang bersiap untuk menunaikan sembahyang subuh apabila tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan anak-anak serta jiran yang tinggal berdekatan.
Katanya, beliau kemudian ternampak api di bahagian bumbung rumah tersebut dan bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.
``Saya hanya tinggal bertiga dengan dua orang anak lelaki selepas suami, Mohd. Ali Khatib meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas.
``Saya amat hiba dengan kejadian ini kerana ia bukan sahaja memusnahkan rumah warisan keluarga kami tetapi juga kediaman bersejarah yang menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara,'' katanya ketika ditemui di rumah anaknya di sini hari ini.
Rumah itu dahulunya dikenali dengan nama Rumah Gadang atau rumah besar dalam bahasa Minang.
Rumah tersebut juga pernah dijadikan rumah rasmi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) selama 10 tahun sebelum kontraknya tamat kira-kira tiga tahun lalu.
Menurut Maimunah, sejak kontrak tamat, beliau terpaksa mengurus rumah dua bilik itu dengan perbelanjaan sendiri sambil dibantu lapan orang anaknya yang menolong secara bergilir.
Berdasarkan fakta, rumah ini mempunyai keluasan 5,665 meter persegi untuk tapak rumah, 8.9 meter persegi (panjang) dan 3.7 meter persegi (lebar).
Ia dibina daripada kayu cengal, dihiasi ukiran lama di bahagian tingkap dan bingkainya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati tidak kurang daripada 10 buah bas pelancong terpaksa berpatah balik sebaik sahaja melihat rumah tersebut telah musnah dijilat api.
Rumah Pak Ali sebelum ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 5 petang setiap hari.
Selain dipenuhi pelancong, ia juga menjadi tempat tumpuan kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti mengaji dan berzanji.
Dalam pada itu, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, beliau sedih dengan kejadian tersebut kerana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan di ibu negara.


Artikel dari Utusan -
ARKIB : 21/10/2003 Utusan Melayu (M) Bhd

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 01:06 PM | Show all posts
missfake replied at 28-3-2016 10:19 AM
suka duduk dekat rumah kampung ni..sejuk je..kalau balik kampung dulu tido malam takde kipas pun nak ...

betul tu..saya pun suka rumah kampung ni..sejuk je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 05:54 PM | Show all posts
Rumah Bujang Berserambi

Rumah Bujang Berserambi, sebuah rumah tradisional Melayu lama Terengganu menjadi pilihan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk dipindah ke Muzium Warisan Melayu universiti itu di Serdang, Selangor.Pengarah Muzium Warisan Melayu UPM, Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif berkata, rumah itu yang dianggar berusia 150 tahun dan terletak di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu



Rumah Limas Bungkus
  
Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada abad ke-19, ia mula dibina di Terengganu.
Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah penggunaan sebatang bumbung yang lurus mendatar dan empat batang perabung menurun ke cucuran atap. Rumah jenis ini menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian serta dihiasi dengan ukiran. Ia cukup popular dikalangan raja dan bangsawan. Di Terengganu, terdapat tiga buah istana yang menggunakan rekabentuk ini iaitu Istana Tengku Anjang dan Istana Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.

Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.






Rumah Terrapuri Terengganu (Rumah Klasik Terengganu)





Rumah Terrapuri Terengganu, lokasi untuk  shooting filem Hikayat Merong Mahawangsa. Terrapuri bermaksud The Land of Palace. Ia merupakan projek pemeliharaan dan pemuliharaan rumah Terengganu Melayu Klasik. Terdapat 29 ciri-ciri rumah antik klasik berusia ratusan tahun dipelihara semula. Susun atur Terrapuri dan kawasan persekitarannya diilhamkan daripada Istana Terengganu pada abad ke-17. Terrapuri terdiri daripada 20 vila eksklusif yang dipulih yang dijadikan spa, restoran mewah berkonsepkan tradisional Melayu, vila istirehat, galeri dan rumah pantai.
Lokasi Terrapuri amat unik kerana ia diapit oleh Laut China Selatan dan sungai berpaya bakau, Setiu Wetland. Oleh kerana lokasi yang cantik dan mendamaikan, anda boleh duduk bersantai sambil melihat pemandangan indah Pulau Perhentian, Lang Tengah, Pulau Bonjol, Redang dan Pulau Bidong.
Rumah Terengganu Klasik adalah penempatan orang Melayu yang datang dari tamadun purba Champa di Indochina dan Kemboja. Mereka menetap di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia dari abad kedua hingga ke-16. Terengganu adalah sebahagian daripada kerajaan Melayu Langkasuka. Justeru, banyak bentuk seni tradisional Melayu hari ini berasal dari sana termasuk Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Sobek dan Kerawang.
Uniknya Rumah Terengganu Klasik mempunyai serambi iaitu ciri-ciri sama dengan rumah-rumah tradisional di Kemboja dan Thailand. Setiap rumah ada keunikan tersendiri. Orang zaman dahulu lebih cenderung menjaga susur galur kekeluargaan seperti mana mereka menjaga rumah. Kita boleh tahu dengan melihat tiang utama rumah yang didirikan di atas tiang lain yang digelar tiang seri, bentuk segi tiga di tepi bumbung, bumbung gable curam, hujung gable lembut melengkung, jajaran liat jubin bumbung dan dinding yang diperbuat daripada panel kayu yang berlubang ke alur bingkai.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2016 09:59 AM | Show all posts
Ipo replied at 28-3-2016 01:05 PM
Rumah Pak Ali di Gombak

Rumah Asal

sayang sungguh rumah Pak Ali ni terbakar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:17 AM | Show all posts
unik rekabentuk rumah2 lama Malaysia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 10:36 AM | Show all posts

cantik nye berseni..menarik
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 10:36 AM | Show all posts

cantik nye berseni..menarik
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 10:36 AM | Show all posts

cantik nye berseni..menarik
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 03:43 PM | Show all posts
cantiklah. tapi camne nak mop
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 02:34 PM | Show all posts
Cantik dan damai
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 04:51 PM | Show all posts
cantik rumah dulu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 09:12 PM | Show all posts
unik sgt rumah zaman dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 04:25 PM | Show all posts
ciri2nya agak sama tapi negeri melaka bertangga batu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2017 01:02 PM | Show all posts
Mai youlls join saye di DAFABET! x yah DEPOSIT! Kasi lu FREE RM48 pulak tu~ Alahai jom la main skrg!




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.586775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list