CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2066|Reply: 4

Makin Ramai Didenda Beri Merpati Makan Di Singapura

[Copy link]
Post time 30-3-2016 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Makin Ramai Didenda Beri Merpati Makan Di Singapura




SINGAPURA – Lebih ramai orang termasuk pelancong asing didenda kerana didapati memberikan makanan kepada burung merpati ‘lapar’ di seluruh negara, menurut laporan stesen milik pemerintah Channel NewsAsia.

Sekitar 130 saman berjaya dikeluarkan terhadap ‘penderma’ atas kemurahan memberi makan itu oleh anggota penguatkuasaan pihak Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan Singapura (AVA) sepanjang tahun 2015 lalu.

Ia sekali gus mencipta rekod sejarah tersendiri apabila jumlah saman tersebut sebenarnya adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding bilangan saman untuk kesalahan serupa telah dikeluarkan oleh AVA pada tahun 2014.

Menurut kenyataan AVA, pihaknya menerima kira-kira 4,000 aduan daripada masyarakat mengenai masalah berhubung burung merpati pada tahun lalu, iaitu sebanyak 60 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.



Aduan yang diterima oleh AVA termasuk isu kebersihan seperti najis burung merpati dan dianggarkan lebih 6,000 aduan mengenai gangguan daripada spesies unggas lain turut dilaporkan kepada pihak AVA sepanjang tahun lalu.
Keadaan tersebut memaksa AVA melaksanakan kaedah kawalan kelahiran dengan menabur bahan kimia dadah dikenali sebagai nicarbazin buatan Itali yang mampu memandulkan merpati betina sekitar 10 peratus setahun.

AVA turut memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menabur makanan kepada merpati di jalanan dan pesalah ditangkap kerana ingkar boleh dikenakan kompaun S$500 (RM1,483)




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kat bangi dah byk gagak..sejak gerai2 tepi jln beroperasi
kotor dan bw penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 06:13 PM | Show all posts
Noted tak yah le gigih nak bagi makan kalau dah macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 06:15 PM | Show all posts
sofiazara replied at 30-3-2016 05:40 PM
kat bangi dah byk gagak..sejak gerai2 tepi jln beroperasi
kotor dan bw penyakit

tmpt sy xde.hmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 11:05 AM | Show all posts
Cash lah .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.543619 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list