CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2887|Reply: 5

Belum Pun DUN Sarawak Dibubarkan, DAP Dah Keluarkan Lagu 'Tak Nak BN'!

[Copy link]
Post time 1-4-2016 03:38 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Semalam ketua menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri, DUN akan dibubarkan pada 11hb April. Tempohnya tidak sampai setengah hari berita tersebut diumumkan, Parti DAP telah memuatnaikkan sebuah lagu khas Kempen Pilihanraya Sarawak dengan nama lagu yang mudah difahami iaitu Tak Nak BN !




Lagu tersebut berdurasi 3 minit 33 saa, melodi dan lirik lagunya senang dinyanyikan. Watak-watak dalam video kilp lagu tersebut semuanya berpakaian baju tradisional orang asli negeri Sarawak.



Lagu tersebut penuh dengan unsur-unsur sindiran, jelas ianya diterbitkan untuk mempersendakan parti pemerintahan Sarawak, antaranya yang mendakwa Barisan Nasional berjanji akan membina jalan raya dan membekalkan air dan elektrik untuk rakyat Sarawak, tetapi masih belum selesai lagi.




"Janji bina jalan, tapi kena berjalan, janji bekalkan air, tapi hanya berikan tangki, janji bekalkan elektrik tetapi hanya memasang tiang lampu saja."

















Selain itu, lagu itu juga menyentuh mengenai 2.6 billion kemelut dermaan politik. Malah juga menekankan Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan bahan sumber asli, tapi rakyat Sarawak masih hidup dalam keadaan yang amat merana.




Parti DAP tiba-tiba mengeluarkan lagu tersebut ketika pengumuman pembubaran Dewan Undangan Nereri Sarawak, jelas sekali DAP telah lama bersiap-sedia.




Berikutan pembangunan teknologi internet yang pesat, parti politik turut cuba mempergunakan kemudahan internet untuk mencapai strategik promosi yang lebih berkesan, khususnya video yang berlagu.




DAP adalah antara parti politik yang paling hebat dalam usaha ini, setiap kali tibanya apa-apa perayaan, pastinya mereka akan hasilkan lagu yang akan digunakan untuk sambutan perayaan tersebut. - CARI INfonet











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila PR ada DAP dan BN ada Unmo....aku pilih parti cap Ayam....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:43 PM | Show all posts
HA HA HA....SARAWAK PUN TAK NAK DAP.....NAMPAK SANGAT TERDESAK...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam la boleh menang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alangkah indah klu bn kalah kt sarawak..tp parti mana yg layak?
Dap mmg xla..kt penang mcm2 kes..
Pkr boleh la..pas? X nmpk sinar bulan kt sana..
So? Bn juga la aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 09:09 AM | Show all posts
送给留学挂科拿不到毕业证的童鞋们,大洋教育QQ/微信2913575572留学服务中心专业办理英国、加拿大、澳洲等国家各大学【毕业证、成绩单、真实回国证明◆真实教育部认证】100%可查、永久存档。
专业为留学生解决毕业难等问题,欢迎加Q咨询!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.691699 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list