CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3676|Reply: 8

Trend Kongsi Cerita ‘Hantaran Kahwin Aku Paling Murah’

[Copy link]
Post time 1-4-2016 03:57 PM | Show all posts |Read mode
“TIADA pelamin indah, tiada jurugambar, tiada kompang bertalu-talu, tiada jamuan makan mewah, tiada hantaran dan baju pengantin hanya biasa-biasa..”itu antara ayat bagi menggambarkan perkahwinan serba sederhana, apabila rata-rata netizen kini sedang mengecam amalan meletakkan wang hantaran tinggi oleh pihak pengantin perempuan.


Semuanya gara-gara video viral perkelahian dua keluarga di masjid kerana wang hantaran tak cukup, yang tersebar minggu lalu.

Rata-rata memandang punca kejadian tersebut disebabkan nilai wang hantaran masa kini yang dikatakan terlalu tinggi buat sesetengah lelaki yang mahu datang melamar.


Di sebalik kutukan terhadap isu wang hantaran tinggi, tup-tup ramai pula yang muncul dan berkongsikan kisah perkahwinan dengan wang hantaran dan majlis serba sederhana.


Sebagai contoh, beberapa status dibawah ini;




Barangkali mahu mendidik orang ramai agar tidak membazir, menjadi ikhtibar dan paling penting menguar-uarkan ajaran sunnah Nabi.

Bagaimanapun, sesetengah status yang dimuat naik ada yang seolah-olah berbunyi riak dan berbangga diri kononnya kos perkahwinan dialah yang paling murah dan isterinyalah yang paling berbaloi dimiliki.


Tambahan pula, status-status tersebut menarik perhatian dan mudah menjadi viral.

Hal ini turut disedari beberapa pengguna media sosial yang meluahkan rasa muak mereka terhadap situasi ini.

“Inilah masalahnya, sekarang semua nak up kan dialah hantaran murah dapat isteri taat laa apa semua. Tak usahlah sebab bersepah lagi pasangan bahagia di luar sana walaupun majlis nikah murah. Lambat laun jadi bangga terus riak.. hmm,” kata Ahmad Safwan Zakaria.

“Dari semalam ramai yang dok up hantaran murah bini tiptop.. motip nak bagi pengajaran yang belum kahwin. Eh! Nabi SAW dah bagi tahu segalanya tak perlu nak moral dari orang lain,” kata Fazlie Anuar.





Apa-apa pun, jumlah wang hantaran kebiasaannya ditetapkan oleh ibu bapa pengantin perempuan dan jarang ditetapkan oleh bakal isteri.


Bagi kami, jika mahal jumlah hantarannya pasti ada sebab tertentu bakal ibu bapa mentua meletakkan harga sedemikian. Jika jumlah hantarannya murah pula, anggap sahaja rezeki buat kalian kerana dipermudahkan.


Usahlah terlalu bangga diri dan sibuk bercerita konon-kononnya andalah pasangan pengantin yang terbaik.

Apa pun, yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. – MYNEWSHUB.CC


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslaa nak tlg nasihat tp asenye xperlu plak nak up foto bagai....ni da dikire sebagai humblebrag...

Mohon jaga hati jgn riak la plak pasni....kot2 dapat pujian drpd puak2 ni,kembang kuncup korg,berbangga2 sbb kawen ikt sunnah.....huhu..mcm2 ragam....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Boring kan cita si humblebrag...:zz
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga yg up psl ni..boring masing2 sembang kencang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 11:42 PM | Show all posts
hargai wanita selayaknya dia... banyak cara untuk memberi kepada dia dengan cara sebaik mungkin. Menghadiahkan sejumlah wang sebagai tanda penghargaan dia willing to be our life partner tetap amalan mulia. tapi berpada2lah, bersederhana dan kena pada keadaannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2016 11:50 AM | Show all posts
key word is "bersederhana"... tak berlebih2 dan tak pulak mcm jimat sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 01:47 PM | Show all posts
semua la tiba2 cakap hantaran diorang murah. masing masingla berlumba lumba tunjuk kononnya dia yang paling mengikut sunnah, bukan mengikut adat. ye keeee????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 04:49 PM | Show all posts
amboiii... yang kat atas tu, siap cakap lagi eksekutif petronas..hahaha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 2.025848 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list