CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6891|Reply: 37

Pelajar Guna Lintasan Belang Pun Kena Langgar?

[Copy link]
Post time 7-4-2016 02:47 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO






Sejak dari kecil lagi , kita telah dididik jalanraya itu adalah sangat merbahaya tidak kira jalanraya itu kecil ataupun besar, oleh sebab itu, setiap kali melintasi jalan haruslah guna lintasan belang atau zebra cross.  Tetapi persoalannya, adakah betul-betul selamat sekiranya kita menggunakan lintasan belang?






Semalam seorang netizen bernama Sukling, memuatnaikkan sebuah video dalam akaun facebooknya yang memaparkan satu kemalangan yang berlaku di depan pintu masuk sekolah Foon Yew High School yang memperlihatkan seorang pelajar dilanggar sehingga tercampak oleh sebuah kereta pada petang semalam.




Paparan visual menunjukkan dua orang pelajar lelaki berada di lintasan belang dan kelihatan ingin melintasi jalan, mereka berdua sememangnya mematuhi undang-undang lalulintas kerana menunggu di depan lintasan belang.




Tetapi. berikutan tiada lampu isyarat traffik, tambahan lagi ketika itu bilangan kereta yang lalu lalang pula agak banyak, kedua-dua pelajar terpaksa mengambil keputusan membuat anggaran sendiri untuk melintasi jalan.




Berdasarkan visual pada saat yang ke 18, kedua-dua pelajar dengan pantas melintasi jalan, tetapi malangnya salah seorang telah dilanggar sehingga tercampak oleh sebuah kereta berwarna merah, manakala seorang lagi kelihatan tersentak sekejap, lepas itu dengan pantas berlari ke arah kawannya yang kena langgar.





Menurut laporan, pelajar yang kena langgar itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja tiada patah tulang atau kecederaan dalaman. cuma terdapat kesan calar pada bahagian permukaan kulit kepalanya.




Sukling, individu yang memuatnaikkan video tersebut berpendapat, biarpun terdapat lintasan belang di depan sekolah, tahap keselamatan pun tiada jaminan, ini kerana kebanyakkan rakyat Malaysia yang memandu kereta di jalan tidak akan mengurangkan kelajuannya pemanduannya untuk memberi laluan kepada pelajar sekalipun mereka nampak ada lintasan belang.




Dia mencadangkan pihak sekolah sepatutnya memohon pihak berkuasa tempatan meletakkan juga batu bonggol di depan sekolah selain lintasan belang mengelakan kejadian yang tidak diingini berulang lagi.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pi guard?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini biasa....byk sgt mkn babi....tu yg membabi buta lintas....membabi buta laju mnyondol je.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lintasan zebra x  akak..bukan Lintasan  belang
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
X silap akak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:50 PM | Show all posts
owh well malaysian driver...malaysian driver = china driver mentaliti low class
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 03:52 PM | Show all posts
nampak mcm ada traffic light.. tp zebra crossing rules - kereta kena berhenti sekiranya ada budak sekolah nak melintas. And most zebra crossing ada di setiap sekolah, tambahan pulak speed limit depan sekolah sepatutnya 30kph.
Agaknya masa amik kelas memandu tido agaknay..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:05 PM | Show all posts
kat mesia zebra crossing ni buat hiasan jer , tak de makna pada  majoriti pemandu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 04:08 PM | Show all posts
lintasan belang... (sumber Kamus Dewan Edisi Keempat).. tak ramai yang guna bahasa ni..

tkotnye kne langgar ishh mnx jauh lahh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bila ingt  jlnraya bapok punya,mmnf gampangla cara pemanduan punyer
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bila ingt  jlnraya bapok punya,mmnf gampangla cara pemanduan punyer
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:48 PM | Show all posts
laju nye drive kat kwsn skolah... setau aku kalau sekolah cina ni, guard dia mmg jaga btul2 bdk sekolah... tkde main biar je budak lintas sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:00 PM | Show all posts
kalau kat area pejbt aku mak bapak otak udang. bodoh tahap cipan. parking keta atas zebra crossing. bila cikgu/pngawal ketuk tigkap di makinya dorg. tue sbb slalu accident.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:02 PM | Show all posts
dewi replied at 7-4-2016 04:05 PM
kat mesia zebra crossing ni buat hiasan jer , tak de makna pada  majoriti pemandu

betul. yg bodoh parking atas tue pon ramai. last2 bdk2 sek main lintas ikut suka dorg. tue yg accident. sbb ader org otak cipan dok parking atas tue.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:17 PM | Show all posts
Sama juga lah dengan driver yang berhenti di atas zebra crossing waktu traffic light merah...
menyusahkan pejalan kaki..
mengaku saja lah dalam forum ni ramai yang buat perangai penting diri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:51 PM | Show all posts
Orang Malaysia kebanyakannya mana nak slow bila sampai kat area zebra crossing ni, ramai yang buat buta je.  Dia tetap nak teruskan pemanduan bukannya nak bagi laluan untuk orang melintas kat situ.  Kalau langar orang kat area zebra crossing ni pemandunya le yang salah kalau ikut peraturan jalan raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku ni mcm tu jgk. Pagi2 okla ada guard tolong stop kereta. Bila petang even lampu merah semua kereta laju. Aku yg slalu brenti plak kena hon mcm aku bt benda salah: dajal sungguh driver malaysia ni hatta berkopiah/purdah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 7-4-2016 06:19 PM
Kat tempat aku ni mcm tu jgk. Pagi2 okla ada guard tolong stop kereta. Bila petang even lampu merah  ...

Betul.....kami selalu kena hon bila tunggu orang melintas zebra crossing.
Agaknya, diaorang yg ambil ujian undang2 jalanraya ni cuma hafal untuk lulus je tapi tak digunakan lepas dapat lesen.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu kat msia mg celaka.. Akak sarankan DPN sekolah tu ada tragic lite,pastu buat double bonggol
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 7-4-2016 05:51 PM
Orang Malaysia kebanyakannya mana nak slow bila sampai kat area zebra crossing ni, ramai yang buat b ...

Makin pecut ada lah...xde maknanye nk slow..had laju 30km/j tp bg dorg 130....

n lg satu kpd pihak bertanggung jawab,xreti nk repair ke lampu isyarat kt ctu...ataupun lau da rosak sila buat aduan..kesian budak2 sekolah ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.488759 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list