CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2767|Reply: 5

Rekaan Lapangan Terbang Baru Beijing Mirip Vagina

[Copy link]
Post time 15-4-2016 04:35 PM | Show all posts |Read mode
SEBUAH Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, China sedang dalam pembinaan akan memiliki tujuh laluan dan mampu menampung seramai 100 juta pengunjung setahun apabila siap dibina nanti.


Ia meliputi keluasan sebanyak 2,680 hektar, jelas perekanya iaitu Zaha Hadid, berbangsa kacukan Inggeris dan Iraq yang bertanggung jawab atas rekaan lapangan terbang itu.



Menurut sebuah portal dari China, pereka itu kemungkinan boleh dimaafkan kerana tidak menyedari bahawa rekaan tersebut menyerupai bahagian sulit wanita.

Gambar itu dikongsi melalui aplikasi Weibo oleh ‘Big V’ Yang Jinlin yang mempunyai hampir 4 juta pengikut di laman sosial tersebut, dan disedari oleh portal The Nanfang.






Jinlin pada gambar itu menulis kapsyen: “Berikut adalah pandangan atas rekaan terbaru lapangan terbang Beijing. Adakah anda tahu siapa perekanya?”


Rata-rata pengguna laman sosial Weibo mengutuk dan menuduh Zaha Hadid mempunyai fikiran yang ‘kotor’. Namun ada juga berpendapat bahawa pokok-pokok di luar lapangan terbang itu lebih mirip kepada vagina berbanding rekaan itu.


Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk melihat apa yang dimaksudkan sebagai vagina itu, seorang daripada netizen itu melakar gambar rajah seperti berikut;





Kejadian itu mengingatkan tentang pembinaan unik bangunan People’s Daily di Beijing yang menyerupai bentuk zakar semasa dalam proses pembinaannya. Namun diubah rekaannya pada saat-saat akhir.






Pembinaan lapangan terbang itu dijangka siap pada tahun 2019, pereka tersebut masih mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perubahan sebelum sampai ke perhatian Presiden Xi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 04:55 PM | Show all posts
zaha hadid tu da meninggal pun kan....she's among respected architect in the world...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 05:23 PM | Show all posts
Bagus le dia orang nak upgradekan airport tu yang dok ada tu nampak lusuh sangat dah terasa aura lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila otak berkaler biru, memang nampak gitu ler

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 11:53 AM | Show all posts
mcm mcm lah org china ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 12:09 PM | Show all posts
ubat skit kt atas tu ltak biji mutiara
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.049689 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list