CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6351|Reply: 24

"Jangan Ambil Gambar Saya Lagi" - Rayu Lelaki "Tanpa Kepala"

[Copy link]
Post time 10-5-2016 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Baru-baru ini menjadi viral mengenai gambar seorang lelaki "tidak berkepala" yang berasal dari Bidor, Perak.


Mengikut "mesej" yang tersebar sebelum ini, lelaki dikenali sebagai K. Vellu, 45 tahun itu dikatakan mempunyai "sejenis penyakit" hingga kepalanya seolah-olah jatuh terkulai ke depan.  






Memetik laporan OhMedia, lelaki itu telah ditemui oleh Astro Awani berkata perkara tersebut terjadi kepada beliau sejak tiga tahun lalu sewaktu beliau bertugas sebagai penjaga keselamatan.


“Dah ramai orang yang terkejut ... ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam."


“Siap ambil gambar, ambil video ...dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.


Menurutnya lagi, beliau sudah lali dengan sikap orang ramai yang kadangkala mentertawakan dan mengejeknya fizikalnya.


Vellu turut yakin bahawa penyakit yang dideritai selama ini adalah kerana "buatan orang".


“Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.


Diharap orang ramai yang terjumpa Vellu di sekitar bandar Ipoh, berhentilah mengambil gambar. Hormatilah permintaan dia. - CARI Infonet.








Sumber - ohmedia






*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 05:17 PM | Show all posts
kesian org ni...
mula2 tengok video ingatkan hantu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 05:17 PM | Show all posts
kesian uncle ni...  



Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 05:20 PM | Show all posts
mcm tipu je gambo tu...sbb kalau tgk yg gambar bhgn depan tunjuk muka dia tu...idak la terkulai sampai tak nampak apa2...ke aku yg tak reti tengok
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh mcm xlogik ja...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian dia..mesti dia segan org asyik ambik gambar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul dia kan. Ada video haritu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 10-5-2016 07:59 PM
Memang betul dia kan. Ada video haritu...

Aah tapi kat vid tu amek dari belakang jee  ... lps tgk ni rasa kesian kat uncle ni ... orang duk cakap dia hantu xde kepala ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..tapi kalau aku nampak harus pecut berdesup jugak ni..tanjat kot tetiba nmpak camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 10:58 PM | Show all posts
Harap ada pakar yg sudi bantu uncle ni..
tak daya aku nak ngadap..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kssianya harap uncle cepat semubuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 08:59 AM | Show all posts
kesianlaa....huhu
harap ade yang sudi membantu sembuhkan dia
dia macam dah hilang semangat nk hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 09:24 AM | Show all posts
simpati denga pak cik ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 09:26 AM | Show all posts
kesiannya.. katanya kene buatan org... hisshh.. apa la dosa uncle nih pd dia... mcm2 perangai manusia... masih bertuhankn syaitan... harap2 penyakit uncle ni sembuh & kepalanya pulih seperti sediakala...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 10:39 AM | Show all posts
semoga uncle bertabah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 02:00 PM | Show all posts
uncle , u should charge them RM100 each time they took photos . extra if took video uncle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 03:02 PM | Show all posts
kesian ...mcm2 dugaan menimpa
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 03:25 PM | Show all posts
nk tgk lbh jelas bhgn depan bdn uncle ni...
dr blkg mmg scary dowhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tulang leher dia problem ke?
kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 05:21 PM | Show all posts
krustykrab replied at 10-5-2016 09:20 AM
mcm tipu je gambo tu...sbb kalau tgk yg gambar bhgn depan tunjuk muka dia tu...idak la terkulai samp ...

kat masjid ramai je buat macam ni especially time solat jumaat time khutbah ramai yang tido. nak baring tak boleh so tunduk kepala
kalau tengok dari belakang mesti ingat

"brother ni dah inalillah"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.485672 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list