CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2745|Reply: 0

Tips Memilih Barang Untuk Hantaran

[Copy link]
Post time 26-10-2016 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Barang hantaran merupakan tradisi orang melayu yang sering ada ketika majlis perkahwinan. Ianya tidaklah wajib hanya sebagai adat turun-menurun. Pemilihan barang hantaran, warna hantaran dan juga hiasan menjadi perkara yang penting agar ianya kelihatan menarik. Di sini kami ingin kongsikan tips memilih barang untuk hantaran. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Melihat Bajet Kewangan
Perkara utama sekali dalam pemilihan barang hantaran ialah dengan melihat kepada bajet kewangan anda. Pilihlah barang yang akan memberi manfaat kepada pasangan untuk digunakan selepas kahwin. Seelok-eloknya beli ketika ada jualan murah. Janganlah berhabis wang semata-mata untuk beli barang yang berjenama. Anda perlu bijak memilih barang bergantung kepada budget yang telah anda tetapkan.

Melakukan Perbincangan dengan Pasangan
Perbincangan bersama pasangan amatlah penting untuk mengetahui barang apa yang perlu disediakan dan untuk memastikan barang tersebut sesuai untuk diletakkan di atas dulang.Dengan adanya perbincangan ini, ianya dapat mengenal pasti jumlah dulang kedua-dua belah pihak yang akan dibawa pada majlis nanti. Ini dapat mengelakkan membawa jumlah dulang hantaran yang sama. Bilangan barang hantaran adalah ganjil. Pihak perempuan perlu lebihkan dua dulang dari pihak lelaki. Sebagai contoh jika lelaki membawa 5 dulang hantaran, pihak perempuan haruslah membalas 7 dulang hantaran.

Senarai Barang Hantaran
Perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan ataupun buah tangan. Sebagai contoh hantaran dari pihak perempuan ialah sirih junjung,kemeja/seluar,beg duit/tali pinggang,al-quran biasa/digital,sejadah,jam tangan,set minyak wangi/barangan mandi,kasut,buah-buahan,kek/kek cawan,coklat,gajet. Untuk barang hantaran dari pihak lelaki ialah mas kahwin/duit hantaran,cincin/barangan kemas,tepak sirih,al-quran biasa/digital,sejadah,bunga rampai,jam tangan,kasut,telekung,beg tangan,set wangian/barang makeup,buah-buahan,kek/kek cawan. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh mengantikannya dengan tepak sireh. Bagi hantaran perkahwinan, sireh junjung bukan lagi perkara penting yang perlu ada, ianya bergantung kepada anda.


Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.144951 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list