CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-4-2013 11:32 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 24-4-2013 11:24 AM
cehhh.. aku ingatkan ada lagi.. eddie tu rupa2nya fandi ke bapak fifi ke.. erkkkk

Jangan hang bayangkan Eddie tu si Abdul Hadi Lady sudahhhh...

Jedi adalah Eddie a.k.a Loong Chen Long (bukan nama sebenar - nama sebenar nanti cheq reveal kat next chapter yang entah bila nak siapnya). Seorang Ketua Kongsi Gelap Kumpulan Naga Timur. Kacukan Cina Belanda. Kematian isteri enam tahun lepas dan dalam proses nak insap, takmoh join Kongsi Gelap lagi.

Adakah beliyau akan insap?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 11:45 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-4-2013 11:32 AM
Jangan hang bayangkan Eddie tu si Abdul Hadi Lady sudahhhh...

Jedi adalah Eddie a.k.a Loong C ...

lom siap lagi citer ni nicki ? cepat kayuh laju -laju .. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:55 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 24-4-2013 11:24 AM
cehhh.. aku ingatkan ada lagi.. eddie tu rupa2nya fandi ke bapak fifi ke.. erkkkk

Kena baca balik ni mod conan sayang.... baru cerah...

eh, eh...tuan umah dah bg pencerahan tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 12:02 PM | Show all posts
@cmf_conan

Ini link berkaitan susr galur-jalur si eddie....

http://mforum2.cari.com.my/forum ... 1671254&page=22

Start dr post 534 ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 12:57 PM | Show all posts
xder entry baru ke nicki....puas hamba menunggu nih...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:12 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-4-2013 11:32 AM
Jangan hang bayangkan Eddie tu si Abdul Hadi Lady sudahhhh...

Jedi adalah Eddie a.k.a Loong C ...

OOOOOOOOOOOOooo.. hat ni ada baca.. ingat kot laaa ada lagi misteri2 si jedi neh belom terurai..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-5-2013 11:40 AM | Show all posts
Salam semua...

sambung sikit...

@prettyuglybabe    Dah hilang mengidam?

@sarizu Dah bersalin ko? Boboy ke gegirl?

@wardah75    Man larat kayuh laju-laju Cik Wardah oi...

@cmf_conan  takdenye misteri-misteri dah... tak jadi beranak lak kang kalau nak tambah misteri...   Last edited by Nicki_Meow on 2-5-2013 11:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 11:43 AM | Show all posts
Episode 82

Sejarah Chinatown di Melbourne, Australia

Penemuan emas pada tahun 1851 telak menarik ramai imigran dari Cina ke Victoria pada skala yang besar. Mereka belayar ke Australia dari Hong Kong dengan kargo untuk mencari "Gunung Emas Baru". Berpusat di Little Bourke Street, pendudukan para imigran cina ini berkembang pesat dan segala keperluan asas seperti makanan, penginapan dan perubatan telah tersedia untuk pencari emas ini.

Dalam tahun 1860-an, kebanyakan imigran Cina mula membeli tanah di Bourke Street sebagai tempat penempatan dan pertemuan bagi masyarakat Cina. Dari awal 1870-an sehingga awal abad kedua puluh, Chinatown mengalami peringkat pertumbuhan pesat. Mereka mula menubuhkan perniagaan di sini dan mula menduduki penempatan ini sehingga akhirnya di kenali sebagai Chinatown. Tahun 1880-an adalah zaman yang di panggil :Marvelous Melbourne kerana kepesatan industri dan ekonomi msyarakat cina ketika itu.

Pada tahun 1901, kesan dari “White Australia Policy”, satu undang-undang pekerja baru di tubuhkan menyebabkan kehidupan para imigran Cina ini terjejas. Banyak perniagaan telah merosot dan ekonomi masyarakat cina mula merudum. Walaubagaimanapun, setelah kerajaan Australia menggubah semula undang-undang imegresen pada tahun 1947, ekonomi mereka mula pulih dan lebih ramai lagi imigran dari Cina telah datang ke sini.

Hari ini, Little Bourke Street telah didominasi oleh masyarakat Cina. Chinatown di Melbourne telah menjadi kawasan komuniti cina terbesar di dunia barat. Warisan masyarakat Cina dapat di lihat di kebanyakan senireka bentuk bangunan di sini. Selain itu, penganjuran acara kebudayaan cina juga sering dilakukan. Dai Loong Parade, acara tahunan yang paling meriah sebagai menghormati simbol haiwan utama dalam masyarakat Cina – Naga.


***************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2013 11:44 AM | Show all posts

terperanjat usu..tetiba SAK naik atas...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 11:46 AM | Show all posts
UsuFie posted on 2-5-2013 11:44 AM
terperanjat usu..tetiba SAK naik atas...

Gigih ni gigih.... tolak yang ni... 3 episode to go....

Lepas tu boleh Merdekaaaaa!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2013 11:54 AM | Show all posts
Melbourne, Australia

Eddie merenung kotak baldu berwarna merun di atas tapak tangannya. Tidak banyak sedikit, hatinya di sapa resah. Entah apa yang dia risaukan, Eddie pun tidak tahu. Eddie mengeluh, kotak cincin itu di buka. Sebentuk cincin emas putih bertatah berlian jenama Kirk Kara terselit kemas.

-EDITED- Last edited by Nicki_Meow on 12-7-2013 11:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 12:17 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-5-2013 11:40 AM
Salam semua...

sambung sikit...

hulur-hulur la barang dua bijik musang king.. satu nak buat masak, satu nak makan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 12:46 PM | Show all posts
thank you nicki.. untuk kesinambungan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 01:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-5-2013 11:54 AM
Melbourne, Australia

Eddie merenung kotak baldu berwarna merun di atas tapak tangannya. Tidak ban ...

nak lagi nickiiiii..... plisshhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 02:24 PM | Show all posts
tq nicki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 12:27 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 2-5-2013 01:24 PM
nak lagi nickiiiii..... plisshhhhhhhhh

Alolololololo.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2013 12:28 PM | Show all posts
POST EDITED Last edited by Nicki_Meow on 12-7-2013 11:41 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 12:29 PM | Show all posts
Bella masih termenung, tidak menyedari kehadiran Eddie di belakangnya. Fikirannya melayang, teringatkan keluarga dan juga punca mengapa dia terjebak dengan dunia pelacuran.


Kenneth Ronald Gipang – Nama sebenar bapa Bella. Lelaki keturunan Bidayuh itu langsung tidak layak di panggil bapa. Walaupun bergelar jurutera, namun itu bukanlah jaminan yang bapanya mempunyai moral yang tinggi. Lelaki itu mempunyai tabiat sebagai seorang kaki judi dan kaki perempuan. Semenjak kecil, Bella tidak pernah merasa kasih sayang bapanya. Waktu dia membesar, masanya lebih banyak di habiskan bersama ibunya, Vivian Marie Ayala, wanita yang berasal dari Filipina.

Bella membesar di Subang Jaya dan dia amat fasih berbahasa melayu kerana dia tinggal di kawasan komuniti yang kebanyakkannya berbangsa melayu. Hanya di rumah, dia bercakap bahasa bidayuh dengan bapanya dan apabila dengan ibunya, Bella berbahasa tagalog. Sesekali mereka akan bercakap dalam bahasa inggeris. Mungkin agak mengelirukan bagi orang lain tetapi tidak bagi Bella. Dia sudah biasa dengan keadaan itu. Dia juga sudah lali dengan perang mulut yang sering berlaku di antara bapa dan ibunya. Ada masa-masanya, Bella tidak faham kenapa ibunya tidak mahu bercerai saja. Berkahwin dengan kaki judi dan kaki perempuan, mental ibunya seperti di dera. Banyak kali juga Bella melihat ibunya menangis sendirian dek kerana memendam rasa.

Walaupun semakin menginjak usia, bapanya langsung tidak berubah. Malah, sikap kaki judinya semakin menjadi-jadi. Akhirnya, sikap itu membawa padah apabila Kenneth berhutang dengan lintah darah dan tidak mampu membayar wang pinjaman.   Dan Bella, demi menyelamatkan bapanya, dia terjebak menjadi pelacur. Semuanya bermula hampir lapan tahun dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 12:36 PM | Show all posts
POST EDITED Last edited by Nicki_Meow on 12-7-2013 11:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 12:39 PM | Show all posts
Woitt! Gigihnya dia menepek time kita tak ada.

Nasib baik cuti panjang aiolss cuma kat rumah sajorkkk!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.073150 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list