Edited by EJALTI at 20-10-2017 07:32 AM
MAS bakal hilang CEO sekali lagi
https://www.malaysiakini.com/news/398643
Hari ini, 6:15 pm Hari ini, 6:20 pm
Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS) bakal kehilangan ketua pegawai eksekutif (CEO) keduanya dalam tempoh kurang tiga tahun.
The Irish Times melaporkan bahawa Peter Bellew, yang menjadi CEO MAS pada Julai 2016, akan kembali ke Ryanair.
Menurut laporan itu, Bellew akan menjadi CEO syarikat penerbangan Ireland berkuatkuasa 1 Disember.
Bellew menggantikan Cristoph Mueller sebagai CEO, yang berkhidmat kurang daripada tempoh setahun.
Mueller menyertai MAS sebagai CEO pada Mei 2015 tetapi berhenti secara mengejut pada Jun tahun lalu.
Ini di sebalik penafian Bellew bulan lalu bahawa beliau akan meninggalkan MAS setelah dikesan berada di ibu pejabat Ryanair di Dublin
Kedua-dua mereka diamanahkan untuk memulihkan semula MAS selepas syarikat itu disusun semula berikutan dua nahas udara membabitkan penerbangan MH370 dan MH17 pada tahun 2014.
Sebagai sebahagian daripada pelan menyelamat, MAS dibeli oleh Khazanah Nasional Berhad.
|