CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tupaiterbang

[Tempatan] Akibat Salah Jimak Budak Baju Hitam Tunjuk Samseng [video]

[Copy link]
Post time 4-11-2014 11:46 AM | Show all posts
sedih laaa tgk perangai budak2 skang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 11:59 AM | Show all posts
Budak2 yg bajet gengster di asrama adalah budak2 yg dibuli di sekolah lama xpun kat kampung.... Disebabkan dia masuk sekolah baru, budak2 lain xkenal dia, dia cuba jadi gengster....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:05 PM | Show all posts
Nnt dah dapat kouta Bumi masuk uni akan diklasifikasikan sebagai cerdik lah tu. Pastu lepas graduate tak dapat keje gaji besar meroyan di forum demand journal bagai...tipikal meleis...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:09 PM | Show all posts
Apa hukumannya supaya lepas ni tak ada lagi kes buli macam ni?

Dulu dah ada kes buli di Penang ..yang masuk tou tube....ada seorang pembuli yang meninggal dunia lepas insaf

Ni jadi lagi.. Depa tak nampak kot hukuman yang dikenakan...kena buat di depan orang ramai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:10 PM | Show all posts
xberani & xsampai ati nak tgk video tu...
ksian nya budak yg kena pukul tu..
walau apa jua alasannya..
jgn jatuhkan hukum...
buruk padahnya....
buang skolah...kalu cedera teruk..juvana menanti..

hmm....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:15 PM | Show all posts



Ni ka orang nya yang bersenglet hitammm?
Last edited by serupahero on 4-11-2014 12:18 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 12:19 PM | Show all posts
jofizo posted on 4-11-2014 11:22 AM
andai budak nih dibuang sekolah, masuk penjara.... nanti kluar penjara, susah nak dpt keje sebab tia ...

so hukuman yang sepatutnya, gantung sampai mati je. settle. selayaknyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:23 PM | Show all posts
edee_91 posted on 4-11-2014 09:35 AM
kenapa kau selalu kena buli? sebab badan kau kecik molek ke?

Badan aku normal je. cuma time tu aku form 1, diaorang smua dah form 5 & upper 6. Of course la aku kena buli. Tapi masa tu aku learn satu benda, money rules. Dengan duit aku boleh stop diaorang dari buli aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 12:26 PM | Show all posts
serupahero posted on 4-11-2014 12:09 PM
Apa hukumannya supaya lepas ni tak ada lagi kes buli macam ni?

Dulu dah ada kes buli di Penang .. ...

pasang cctv la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:26 PM | Show all posts
hujanrahmat3 posted on 4-11-2014 12:23 PM
Badan aku normal je. cuma time tu aku form 1, diaorang smua dah form 5 & upper 6. Of course la aku ...

itulah reality lagi hakikat dunia kapitalis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:32 PM | Show all posts
teringat kes sebelum ni ..




Pelajar sekolah agama dibuli hingga lumpuh.


Gambar arkib BH



“Ayah janganlah menangis,” kata Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis memujuk ayahnya yang sebak melihat keadaannya terbaring dan kemungkinan besar lumpuh sepanjang hayat, akibat dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya.

Dalam kejadian pertama, anak kedua daripada enam beradik itu dikatakan dipijak di belakangnya dengan kasut polis kadet oleh pelajar Tingkatan Lima.

Pada kejadian kedua pula, Afiq dibelasah tiga pelajar Tingkatan Tiga dengan menghentak badannya ke almari. *aduhhhh ampun banggg....sakitnyaa Ya Allah* Afiq dikatakan mula mengalami rasa sakit pada tengkuk dan lemah seluruh anggota badan pada 27 Mei lalu.

(Dipetik dr BH 01 Jun 05).
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:36 PM | Show all posts
Lencana tu Maktab Mahmud. Maktab mahmud yan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:37 PM | Show all posts
tobby posted on 4-11-2014 12:32 PM
teringat kes sebelum ni ..

Saya Rindu Kembali Bersekolah - Afiq
Oleh Mohd Shukri Ishak

KUALA LIPIS, 10 Ogos (Bernama) -- "Saya rindu sangat untuk kembali bersekolah," luah Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin yang "bercuti" lebih dua bulan sejak Jun lepas.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Al Maidah Addiniah, Padang Tengku di sini, yang hampir mengalami risiko lumpuh selepas dibelasah pelajar senior sekolah berkenaan Jun lepas, kini semakin pulih dan tidak sabar lagi untuk kembali bersekolah.

"Saya diberi cuti sehingga 22 Okt depan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini selepas hampir dua minggu keluar dari Hospital Kuala Lumpur di mana beliau dirawat.

"Saya benar-benar rindu untuk kembali ke sekolah lama, tetapi ayah minta saya bertukar sekolah," katanya yang masih mendapat rawatan susulan fisioterapi setiap dua minggu sekali untuk tangan kanannya di Hospital Jerantut.

Muhammad Afiq, anak kedua daripada enam beradik yang bercita-cita menjadi seorang guru agama, berkata tangan kanannya masih lemah, tidak boleh diangkat manakala jari jemarinya masih tidak kuat mencengkam.

Beberapa kes buli dilaporkan berlaku di sekolah berkenaan baru-baru ini dan turut mendapat liputan meluas media dan perhatian Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Baginda Sultan telah melawat sekolah berkenaan pada 14 Jun lepas dan bersemuka dengan warga sekolah itu bersama-sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, dua lagi kes buli di sekolah yang sama terbongkar apabila seorang pelajar tingkatan lima cedera dibelasah pelajar lain dalam kejadian seminggu selepas lawatan Sultan Pahang.

Ketiga-tiga kes buli itu menyusuli satu kejadian pada Januari lepas di mana seorang lagi pelajar sekolah itu cedera dan hampir mengalami risiko pekak akibat ditempeleng oleh pelajar lain.

Tidak berpuas hati dengan perkembangan lanjut, baginda Sultan telah berangkat sekali lagi ke sekolah itu pada 5 Julai. Ekoran itu baginda telah mengumumkan beberapa tindakan drastik termasuk pertukaran beberapa orang guru yang berkhidmat lebih 10 tahun di 18 buah sekolah agama di Pahang.

Ibu Muhammad Afiq, Siti Mariam Othman, 37, berkata anaknya itu sebenarnya masih lagi mahu kembali ke sekolah agama itu kerana dia amat minat belajar di sekolah berkenaan.

"Saya dan suami telah memujuk dan berharap Muhammad Afiq sanggup menyambung persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Lipis dekat sini," katanya.

Ketika diminta menceritakan kembali peristiwa yang berlaku, Muhammad Afiq yang pada mulanya seperti keberatan mengimbau kembali kejadian itu berkata dia ditendang dari arah belakang oleh salah seorang daripada lima pelajar senior terbabit.

Katanya kejadian itu berlaku akibat tindakannya yang mahu salah seorang pelajar terbabit memulangkan kembali alat pengecas bateri "walkman" miliknya.

"Saya dikelilingi lima pelajar senior. Mereka tidak puas hati kerana saya tuduh mereka mencuri pengecas bateri milik saya, lalu tiba-tiba salah seorang daripada mereka menendang kepala saya dari arah belakang...," katanya yang kemudiannya enggan meneruskan ceritanya.

Siti Mariam berkata pihak sekolah terbabit ada mengunjungi anaknya selepas dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur.

" Pihak sekolah sendiri menasihatkan agar Muhammad Afiq bertukar sekolah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Mohd Shakaruddin Che Mood ketika ditemui berkata laporan siasatan kes buli Muhammad Afiq telah siap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Lima pelajar terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Jurucakap sekolah pula mengesahkan kelima-lima pelajar berkenaan masih menuntut di sekolah berkenaan.

-- BERNAMA   




Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:47 PM | Show all posts
m0g posted on 4-11-2014 01:36 AM
Budak2 mcm ni elok main 1by1, macam aku dulu form 3 budak form 5 nak kitai aku, aku cakap siap2, kal ...


ya betoi...ajak lawan 1 by 1 baru jaguh
aku dulu masa darjah 6, ada sekor budak jantan ni
aku x tao apa yg dia jaki sgt dgn aku
sama umur dengan aku tapi dia kelas belakang
dia dok kaco aku, sekeh pala aku, ajak kwn2 dia boo aku
last2 aku ajak dia berlawan 1 by 1 dengan aku kat padang sekolah
abis ja waktu sekolah, aku jumpa dia..
pastu apa lagi, berdebuk la bertumbuk
aku sempat lepas penumbuk sulung kat dia
berdarah bibir dia..pastu kwn2 dia leraikan..dia lari blah balik rumah
aku lebam gak badan, kain sekolah koyak, baju kotor
balik rumah mak bapak aku tanya, aku jawab gaduh
bapak aku kata bagus, mcm ni la anak bapak
laki ka pompuan hang gaduh?..laki..bapak aku terdiam
esoknya kwn aku cakap budak tu teruk kena dgn bapak dia
sebab bapak dia malu anak dia kalah bertumbuk dengan budak pompuan
aku ingat lagi budak laki tu nama dia N_s_r J_soh.
Sorry babe kalau hang terbaca ni.. Last edited by wannoorazlina on 4-11-2014 12:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:51 PM | Show all posts
ni budak sekolah mana ni? hamjadah betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:52 PM | Show all posts
STONER posted on 4-11-2014 12:44 PM
bdk singlet hitam tu kena bijik kot.. haha

zmn abg mula2 tukar sekolah dulu dik, 4 lawan sorg a ...

tahniah banglong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 12:53 PM | Show all posts
Dulu kt asrama aku pon pernah kena camni gak. tapi tak lah sampai cedera. Aku balas dendam secara legal masa lawan bola antara rumah.  Aku secara sengaja kasi two foot punya tackle kaw kaw sampai fracture dia punya ankle.

Aku cuma dapat kad kuning..

mamat tu , Dua bulan bertongkat dan tak boleh main bola seumur hidup.

dia tak balas dendam sebab dia ingat aku tak sengaja.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:54 PM | Show all posts
wannoorazlina posted on 4-11-2014 12:47 PM
ya betoi...ajak lawan 1 by 1 baru jaguh
aku dulu masa darjah 6, ada sekor budak jantan ni
aku  ...

nasir jusoh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:54 PM | Show all posts
tobby posted on 4-11-2014 11:41 AM
ternyata benar kata guru2 di sekolah agama yg pernah aku jumpa & berbual2.  sekolah agama hari ini ...

betul bro..dengan harapan sekolah agama akan dapat menjinakkan anak2 mereka dengan didikan agama, pengalaman aku sebagai warden asrama sekolah agama
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:55 PM | Show all posts
serupahero posted on 4-11-2014 12:15 PM
Ni ka orang nya yang bersenglet hitammm?

Yes! ni la dia wajah nya. Alim kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076314 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list