CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 3-1-2017 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg thank you dammmm!!!

Dem, waiting for the next episode!! Best neh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 09:51 AM | Show all posts
Lega rasanya dah dpt baca bahagian ke-2.... masih menanti yg ketiga pula.... urrrgghhh... mcm kena ganja la kau punya cerita2 ni Damm... hahahahaha...

kena letak warning pada page pertama tu "Awas. Cerita2 ini amat membuat anda ketagih lagi kpd kisah2 seterusnya. Highly addicted."
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 01:30 PM | Show all posts
OMG! Damm is back
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 02:13 PM | Show all posts
MENUNGGU Bahagian ketiga
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh........... best nye.....damm da cerita blk.........
Lagi...lagi....lagi....

Terima kasih damm...sbb memahami hati nurani kami......hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
waa.. lagi lagi.. best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2017 04:13 PM | Show all posts
makna Dam tak stop dr menulis lah yer,
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 04:29 PM | Show all posts
Bahagian III plz..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2017 06:42 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 4-1-2017 10:18 PM

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bahagian Akhir


"Kau pernah tengok pokok kelapa kat tengah KL?" Tanya Mike pada aku.

Aku balas dengan huruf 'x'.

"Aku pun tapi masa Sudin bawak pergi tempat alah ni, banyak gile pokok kelapa"

Tempat yang dimaksudkan Mike ialah Bukit Bintang. Dia teruja dan terasa lucu melihat Bukit Bintang asalnya kawasan perkampungan dipenuhi pokok kelapa. Mereka masuk ke pekan Bukit Bintang, iya 'pekan Bukit Bintang' dimana terdapat deretan rumah kedai Cina di sepanjang simpang empat. Kata Mike dari apa yang dilihat, Bukit Bintang dah jadi tempat berjimba sejak zaman dulu lagi.

Dalam pekan kecil itu ada dua pawagam, Cathay dan Majestic manakala bar dan pub memenuhi deretan kedai. Dari hematnya, Bukit Bintang memang jelas dimiliki kaum Cina kerana apa yang dia dapat lihat diluar tingkap kereta, kalau tak orang Cina mesti premis perniagaan milik Cina.

"Mana pergi orang Melayu Sudin?" Tanya Mike apabila dia mula merasakan macam dah dekat Hong Kong dengan papan tanda bertulisan Cina berjejeran di dinding dan tiang deretan kedai.

"Orang Melayu tak ramai datang sini tuan" Jawab Sudin.

Sudin berhenti depan sebuah kedai dan berlari ke arah pintu belakang untuk membukakan pintu untuk Mike. Kata Mike sebaik dia berdiri, sekumpulan wanita Cina seksi bermekap dan berambut tebal menyambutnya.

"Mari tuan, mari tuan" Kata amoi-amoi mulus itu.

'Whatever happens in 1964, stays in 1964' Kata Mike dalam hati. Lagipun dia sendiri tak yakin yang semua ini ada realiti. Jadi apa salahnya berfoya-foya, besok dia dah 'balik' ke dunia sebenar!

Ada empat amoi yang dirasakan mungkin generasi pertama GRO. Pelik juga baru pukul 5 petang dah mula kerja, bukan GRO kerja malam ke? Anyway, lantak lah. Dalam kehidupan sebenar, Mike tak pernah merasa pun nak ada girlfriend, apatah lagi dibelai oleh gadis-gadis seksi. Empat orang pula tu.

Mula-mula semua cakap broken Malay dengan pelat Cina tebal. Tapi bila Mike mula berbicara dalam bahasa Inggeris, makin rancaklah mereka melayan Mike. Lagi-lagi bila dia mengeluarkan nota seribu ringgit, apa nak menjerit semua. Kata Sudin yang turut serta mengelus amoi-amoi, harga Mercedes tuannya yang dibawa itu sekitar 5 ribu ringgit jadi bayangkanlah betapa besarnya nilai seribu ringgit pada tahun 1964.

Kali ini dengan mamasan pun keluar sekali melayan Mike dan Sudin. Kata Mike itulah kali pertama dia teguk segala jenis alkohol. Dari bir, ke vodka, whisky dan bermacam-macam lagi sampai termuntah-muntah. Menurut kata Mike, Sudin memberitahunya, dia mungkin orang pertama dalam Kuala Lumpur yang berjaya memulakan parti bogel seawal pukul 6 petang.

Lebih kurang waktu senja, Sudin memapah Mike yang dah mabuk kepayang keluar dari pub. Mike dibaringkan ke tempat duduk belakang.

"Tuan, tuan" Panggil Sudin kepada Mike antara sedar tak sedar.

"Jangan tidur dulu, ada lagi tempat kita mau pergi" Kata Sudin dengan penuh teruja. Iyalah, ada orang sponsor berjimba, mau dia tak happy.

Mike paksa dirinya bangun. Kepala terasa berat macam nak demam. Apa-apapun betul kata Sudin. Dia kena menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Terasa menyesal pula pergi all-out sebentar tadi. Tapi tak mengapa, dia masih ada kudrat.

Sudin berhenti di sebuah kedai kopi Cina berdekatan dan memesan kopi hitam pekat dan telur ayam. Kata Sudin 'ini obat mujarab untuk hilang mabok'. Nak enjoy punya pasal, Mike ikut teguk one-shot secawan kopi dan terus pecahkan telur terus ke dalam mulut. Dia tak pasti samada betul-betul berkesan atau cuma placebo effect, adalah rasa okay sikit lepas itu.

Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf bandaraya pada era 60an dan boleh dilihat apabila matahari mula terbenam. Lampu-lampu jalan menerangi jalan yang lengang. Bangunan-bangunan pejabat gelap dan kedai-kedai Cina mula merapatkan pintu besi masing-masing.

Kata Mike, satu-satu tempat di KL yang terang-benderang waktu itu ialah Bukit Bintang. Mereka singgah di salah satu premis yang pada mulanya diingatkan restoran. Secara teknikalnya memang restoran tapi bila jam menunjukkan pukul 9 malam, ia bertukar jadi kelab malam.

Walaupun Mike tak pernah masuk disko/club tapi dia tahulah macam mana keadaan dalam club. Tapi nightlife tahun 60an memang lain dari zaman sekarang, para clubbers lebih 'sopan'.

Untuk makan malam Mike melantak steak apabendatah. Sementara tengah menjamu makan malam, para pengunjung dihiburkan dengan nyanyian opera, pertunjukan silap mata dan juga lawak jenaka macam stand-up comedy. Seperti biasa, majoriti pengunjung adalah berketurunan Cina dan adalah mat salleh sekumpulan dua. Boleh dikatakan Mike dan Sudin sahaja orang Melayu.

Sekitar pukul 8:45 malam, sekumpulan lelaki berpakaian jaket suit bergemerlapan siap dengan spek hitam dan rambut remos berkilat naik atas rostrum. Mereka menghidupkan alat muzik masing-masing dan bila lagu dimainkan, semua mula berdiri terkinja-kinja menari.

Sudin memang betul-betul eksploit Mike untuk enjoy sepuas-puasnya. Entah dengan siapa lah dia 'dansing'. Mike hanya duduk di kerusi menyaksikan aktiviti disekelilingnya. Lagu-lagu pop Cina didendang satu persatu oleh kugiran dengan penuh semangat. Kata Mike, bayangkanlah dalam panas-panas itu semua selamba berjoget dengan baju sequin, heavily sprayed hair dan paling tak boleh blah, pakai spek hitam dalam kelab waktu malam. Ha ha.

Lebih kurang sejam, pengunjung bertepuk tangan tanda persembahan kugiran dah selesai. Mike hairan apabila masing-masing mula beransur meninggalkan kelab sambil meletakkan duit atas meja.

"Kelab sudah mau tutup tuan" Kata Sudin dengan muka berkilat dan baju basah kuyup dek peluh.

Kali ini kata Mike dia tak boleh tahan gelak dah. Disko jenis apa pukul 10 malam dah tutup? Mike bagi baki dari nota seribu yang masih banyak pada Sudin untuk menguruskan pembayaran makan malam mereka.

Mike tunggu di luar kelab sementara Sudin mengambil kereta. Dia mendongak ke atas, menghirup udara KL yang masih segar. Di kala dia melihat bintang-bintang di langit, Mike merasakan, Kuala Lumpur tahun 1964 takdalah teruk sangat, malah lebih 'menyeronokkan' dari zaman dari mana dia berasal.

Tahun itu ayah dan mak baru berusia 14 tahun dan nun jauh di Muar. Setahu dia memang takda ahli keluarga atau sanak saudara yang menetap di KL pada tahun 60an. Kalau tak teringin juga dia nak jumpa. Mercedes putih berhenti di depan.

"Sudin, mana lagi tempat kita boleh pergi?" Tanya Mike. Dia tak mahu malam itu berakhir.

"Sudah tak ada tuan, tapi kalau tuan mau itu di Carcosa masih ada acara tapi untuk orang-orang putih sahaja"

"Orang Melayu tak boleh masuk ke?"

"Ada tapi untuk orang bangsawan"

"Sudin. Aku nak pergi Carcosa" Kata Mike dengan yakin. Kalau dalam kehidupan sebenar memang takdalah dia nak gung-ho macam itu. Pergi open house classmate pun dia segan, inikan nak gatecrash parti mat salleh.

"Baik tuan"

Mereka melewati kawasan tasik dan taman yang kelihatan cantik walaupun dalam kegelapan malam. Jalan kecil diapit hutan rimba membawa mereka ke sebuah banglo atas bukit. Penjaga keselamatan menahan kereta tapi membenarkan mereka masuk selepas Sudin menunjukkan surat yang diambil dari compartment dashboard.

Mike tak tahu bagaimana dan surat apa begitu berkuasa sampai membenarkan mereka memasuki kawasan yang ketika itu dimiliki oleh kerajaan British.

"Saya tak masuk tuan. Tunggu di luar sahaja" Jelas Sudin dari dalam kereta apabila Mike bertanya kenapa tak ikut sekali.

Pada mulanya teragak-agak juga nak masuk, tapi mungkin kesan alkohol masih berlarutan, perasaan malu terbenam oleh perasaan ingin tahu. Sebaik dia masuk ke lobi, seperti biasa dia seorang sahaja orang Melayu dalam lautan mat salleh. Mike kata dia buat bodoh je dan menonong masuk macam dia berhak berada disitu.

Tak tahu kenapa, mat salleh-mat salleh seperti tak kisah dia mundar-mandir di lobi. Tiada siapa tanya malah pelayan-pelayan berketurunan India pun lebih sibuk melayan tetamu.

Selamba tak selamba pun kata Mike, naik juga segan tu bila macam terbodoh-bodoh kat situ.

"Hello?" Suara wanita menegur Mike dari belakang.

Di belakang seorang gadis mat salleh yang tersangat ayu berumur mungkin sekitar 17 - 18 tahun berambut hitam dan memakai dress melihat Mike dengan dahi berkerut.

"Who are you?" Tanyanya lagi.

"Mika..Michael"

"I don't know you and you don't belong here" Kata gadis cantik itu dengan tegas.

". Please help yourself out and I will make sure you'll not stealing any bottles" Seorang lelaki India, mungkin pembantu rumah siap dengan uniform berdiri di sebelah gadis itu.

Mike malas nak berdrama jadi dia pun angguk dan cakap "Thank you and fuck your party" sebelum beredar. Sempat dijatuhkan salah satu pasu pecah berderai sebelum terkekek-kekek bergegas masuk ke dalam Mercedes.

Sudin disuruh berhenti berdekatan tasik yang berkilau disinari cahaya bulan. Mike keluar melepak tepi tasik menikmati keindahan malam. Dia masih tak puas dan terkilan baru nak layan kehidupan zaman silam tapi tempoh dah nak berakhir. Sudin sampai naik tension tengok Mike boleh pula melepak sebab dia nak balik rumah.

Setelah dirayu beberapa kali, Mike dengan berat hati beralah untuk dihantar pulang ke hotel. Sepanjang perjalanan, baru dia boleh menghargai keindahan Kuala Lumpur yang masih tak banyak bangunan, tiang LRT dan monorel pun tak wujud, tebing sungai Klang yang masih hijau berumput dan Masjid Jame' yang masih kekal seperti zaman sekarang.

Sudin menurunkan Mike depan pintu masuk hotel. Kata Mike makin dekat dengan bilik, makin berat kepalanya. Kelopak mata macam ditarik-tarik. Mengantuk teramat sangat. Dia tak ingat macam mana boleh sampai bilik dan terbongkang atas katil.

Sedar-sedar je dia mula periksa satu-persatu keadaan dalam bilik.

Aircond, check.

TV, check.

Helmet atas meja, check.

dan bila alarm handphone berbunyi barulah dia bangkit. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Walaupun lega yang dia dah kembali tapi disudut hati dia nak kembali semulake tahun 1964.

Mike checkout lebih kurang pukul 7 pagi. Dia malas nak masuk office. Masa checkout, aunty yang jaga malam tadi dah diganti dengan macha.

Tergerak dihati nak tanya pasal bilik tapi dibatalkan sahaja niat kerana dia semacam yakin receptionist itu tak tahu apa-apa pasal bilik hotel. Sebelum meninggalkan hotel sempat dia menjeling ke arah kafetaria yang gelap.

Dipendekkan cerita, pengalaman kembali ke tahun 1964 membuatkan Mike rasa rindu sangat dengan zaman tersebut. Kata Mike perasaan nostalgia itu agak parah sampai bila tengok bangunan-bangunan lama di KL mula lah rasa sebak, lebih-lebih lagi bila dia cuba jejak semula tempat-tempat yang dia pernah singgah macam kelab malam Bukit Bintang yang sekarang dah jadi kedai nasi ayam Chee Meng.

Banyak kali dia cuba kembali ke tahun 1964. Sekali sebulan dia akan bermalam di Hotel Heritage, di bilik yang sama tapi tak terjadi apa-apa. Terdesak punya pasal Mike juga pernah beberapa kali cuba recreate semula hari kejadian dengan pakaian sama, buat semula aktiviti yang dia buat pada hari tersebut sehingga ke tahap memastikan hari dan cuaca pun sama kemudian bermalam di Hotel Heritage (juga dibilik yang sama), tapi malangnya tak jadi.

Tiga tahun berturut-turut dari 2007 hingga 2009 Mike akan meluangkan satu malam tidur di Hotel Heritage setiap bulan. Bukan setakat bilik kejadian tapi setiap bilik di hotel dia pernah bermalam. Kata Mike aunty dan mamat yang ajak makan di kafetaria pada malam kejadian sudah tidak kelihatan selepas hari tersebut. Bila tanya staff hotel semua tak kenal siapa yang Mike maksudkan, malah menurut pengurus hotel, tak pernah pihak pengurusan hotel mempunyai wanita cina berumur menjaga kaunter.

Hotel Heritage ditutup pada tahun 2009 dan sejak dari itu Mike mula mencari jawapan di sekitar Kuala Lumpur, bermula dengan banglo putih dimana dia bertemu lelaki misteri. Oleh kerana perbezaan amat ketara di antara 1964 dan 2000an, Mike tak dapat jejak lokasi banglo tersebut tapi simbol di pagar yang begitu jelas di ingatan menjadi penunjuk utama.

Dari carian ringkas di internet membawa ke pelbagai penjelasan, menambah lagi kepada persoalan dan merungkai jadi teori akhirnya membawa Mike kepada forum teori konspirasi dimana dia berkenalan dengan aku.

Menurut Mike, dia yakin bahawa ada teori konspirasi disebalik pengalaman kembali ke tahun 1964. Dia merasakan terlibat dalam eksperimen rahsia kerana kehadirannya seolah-olah dirancang, terutamanya lelaki misteri di banglo putih dan juga Sudin.

Aku putus hubungan dengan Mike sekitar Mac 2011 selepas mesej terakhir aku tak berbalas. Dalam mesej terakhir dia pada aku, Mike memberitahu dia ada terbaca pasal teori hipnopsis untuk kembali ke zaman silam dimana jika kita 'tipu' minda mengatakan dunia adalah tahun 1964, maka minda akan mula 'membina' struktur-struktur dan memori kehidupan tahun 1964.

Sounds crazy? yeah.

Kalau korang tanya aku adakah aku percaya dengan cerita Mike, well, it does sounds like some high fantasy tapi perincian itu membuatkan aku tertarik dengan cerita Mike.

Sebelum ini aku peram je kisah Mike ni sebab bukan pasal hantu.

Disebabkan we already passed that 'ghost' thing bila aku tamatkan thread ini, tak ada isu lah kalau jadikan kisah ini sebagai entry istimewa.

Anyway tuan-tuan dan puan-puan, there you go.

Happy belated new year and we'll see again


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih kongsi cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 4-1-2017 06:42 PM
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur - Bahagian Akhir



Thnks byk2 bro sbb sudi update cite2 yg best..seriusly i slalu je ulang2 baca cite yg u share.. Xpernah jemu.. If ada cite lg and bile2 u free tlg la share lg kat sini ye..  
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 10:29 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 4-1-2017 10:37 PM
Banyak kali dia cuba kembali ke tahun 1964. Sekali sebulan dia akan bermalam di Hotel Heritage, di bilik yang sama tapi tak terjadi apa-apa. Terdesak punya pasal Mike juga pernah beberapa kali cuba recreate semula hari kejadian dengan pakaian sama, buat semula aktiviti yang dia buat pada hari tersebut sehingga ke tahap memastikan hari dan cuaca pun sama kemudian bermalam di Hotel Heritage (juga dibilik yang sama), tapi malangnya tak jadi.

adakah pakaian sama tu pakaian asal Mike (T shirt polo merah dan seluar jeans) atau pakaian yang dia ambil (kemeja putih dan seluar slack hitam)?

maksud I, masa mike bangun pagi tu..dia masih pakai kemeja putih dan slack hitam ke dam?then dia pakai balik untuk ulang semula semua tu.


Mike memberitahu dia ada terbaca pasal teori hipnopsis untuk kembali ke zaman silam dimana jika kita 'tipu' minda mengatakan dunia adalah tahun 1964, maka minda akan mula 'membina' struktur-struktur dan memori kehidupan tahun 1964.

Pelik juga teori hipnosis ni, untuk membina struktur dan memori di depan mata dan zahirkan di alam nyata (tahun 1964) ni sedangkan ketika itu masih berada di zaman 2000an, macam sesuatu yang mustahil, seolah Mike tu seperti menjelajah alam bawah sedar atau mungkin separa sedar.  Mungkin teori konspirasi tu boleh diterima yang melibatkan banglo putih, lelaki misteri dan Sudin as driver. Tapi untuk suasana dan pemandangan zaman 60an ..macam misteri pulak dan tak masuk akal, kan?

hahaha...aku pun pening dengan komen sendiri
as always, soalan yang tak akan ada jawapan dari dam...

tq dam habiskan Encore Kuala Lumpur ni
ok, boleh sr..............

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi mike tak gunakan peluang tu sebaiknya.beli la saham ka.tulis surat pastu try pos ke alamat rumah dia tahun 2007 tu mcm dalam cita back to the future nak confirmkan betul ka tidak dia balik ke zaman tu.tapi kalau dah excited mmg tak nya kita buat mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Thx damm!
What a story to end/start a year.

Come back soon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks dam!! Dah memang thread ko, bod pulak MPS, aku alu2kan cerita misteri dari ko

Happy 1st anniversary, happy new year and happy to hear your next stories!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 02:01 AM | Show all posts
nikola.tesla replied at 4-1-2017 10:43 PM
rugi mike tak gunakan peluang tu sebaiknya.beli la saham ka.tulis surat pastu try pos ke alamat ruma ...

Haha terfikir benda yg sama jugak. Kalau beli saham time tu, boleh jadi Warren Buffet versi Malaysia sekarang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mike rugi sangat2 bila dia gunakan peluang yg ada utk berfoya2. Kalaulah dia gunakan peluang tu sebaik-baiknya.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 5-1-2017 02:01 AM
Haha terfikir benda yg sama jugak. Kalau beli saham time tu, boleh jadi Warren Buffet versi Malays ...

mungkin mike ni tak gila duit kot.Lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita mike ni ada jugak iras thirteenth floor.dia sama macam org tua yang suka berfoya2 dalam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 08:57 AM | Show all posts
best. tak seram tapi buatkan org terfikir dan tertanya-tanya.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.181989 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list