CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 7

[Tempatan] Berdepan masalah rumahtangga. Jadi pulak mangsa Love Scam. Ditipu RM5,000

[Copy link]
Post time 11-7-2019 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Love Scam: Wanita rugi RM5,000 ditipu rakan Facebook
11 Julai 2019 11:36 AM


MELAKA 11 Julai - Seorang wanita berusia 51 tahun yang sedang menghadapi masalah dalam perkahwinannya kerugian RM5,000 akibat ditipu sindiket penipuan Love Scam oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook Mei lalu.

Mangsa terpedaya dengan janji-janji manis lelaki itu yang mendakwa sebagai seorang ahli perniagaan dari negara China kononnya untuk membantu membayar wang deposit bagi menjalankan perniagaan di negara ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Keroh, Alice Lee berkata, wanita yang sudah berkahwin dan tinggal di sebuah taman perumahan di Ayer Keroh di sini mendakwa dia mengenali lelaki itu menerusi Facebook ketika menghadapi masalah keluarga pada Mei lalu.

“Selepas berkenalan dan berbual menerusi laman sosial itu, mangsa diminta oleh lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Wang Lee untuk membantunya membayar wang deposit sebanyak RM10,000 namun ia dikurangkan kepada RM5,000.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa kemudiannya memasukkan wang RM5,000 sebanyak dua kali ke dalam akaun milik seorang peguam bernama Rosalia P. Samierto namun beberapa hari kemudian peguam berkenaan yang mendakwa dirinya sebagai Chen meminta mangsa membuat bayaran sebanyak RM108,000 kononnya untuk bayaran cukai,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Japerun Ayer Keroh di Taman Ayer Keroh Heights di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pegawai Media dan Publisiti kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Dickson Tan. Bagaimanapun wanita terbabit tidak hadir pada sidang akhbar berkenaan.

Selepas tidak lagi mempunyai wang untuk membantu rakan laman sosialnya itu, mangsa datang ke pejabat Japerun Ayer Keroh untuk berbincang sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2019 12:44 PM | Show all posts
dah ada masalah cari masalah..

bf dia la kut..bf dlm laman sosial...

wanita tua kesepian..ada orang ayat je cair..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 01:03 PM | Show all posts
cinta dan kasih sayang... melenyapkan duka di hati dan terasa bahagia.

lps tu kembali berduka sb diri ditipu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 01:07 PM | Show all posts
dalam cariforum pun ada kena love scam dengan suami orang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 01:24 PM | Show all posts
haiyoo acik sila jangan jadi bodoh boleh tak acikk. kalau dah scammer tuh kata dia businessman takkan lah kita pulak yang nak kena settlekan wang deposit dia lah hapa semua. kau yang dalam masalah rumahtangga pun orang keliling whoareyouss kan jahh takdenye senang2 nak tabur duit kat kau gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2019 05:41 PM | Show all posts
dlm tekanan
memang akan ada yg ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2019 07:12 PM | Show all posts
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2019 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
51 tahun dan dah menopause kot....ada napsu nak bercinta lagi eh.....tp rsnya mmg yg kena tipu dek scammers ni semua wanita2 yg berusia, kesunyian dan gullible. Yg herannya dah byk kes2 tipu duit mcm ni, tp masih ramai juga yg terpedaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.308245 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list