CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1626|Reply: 28

[Tempatan] Dron dedah imej pembalakan di lokasi habitat harimau serang orang asli

  [Copy link]
Post time 19-1-2022 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Dron rakam imej pembalakan di lokasi habitat harimau
ADILA SHARINNI WAHID | | 18 Januari 2022



Imej kesan daripada aktiviti pembalakan hutan dirakam dron didakwa sebagai habitat harimau di Gua Musang.

KOTA BHARU - Satu imej kesan daripada aktiviti pembalakan hutan dirakam dron aktivis alam sekitar didakwa sebagai habitat harimau yang terletak berdekatan dengan perkampungan orang asli di Pos Bihai, Gua Musang.


Imej daripada dron milik Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) itu dirakam semasa tinjauan pihak itu di lokasi berkenaan pada Isnin sehingga Jumaat lalu.


MEOR RAZAK

Penasihat Kuasa, Meor Razak Meor Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya merakam imej tersebut ketika menerbangkan dron ke lokasi Hutan Simpan Perias, Gua Musang yang dianggarkan terletak dalam jarak satu kilometer (km) dari Pos Bihai, Gua Musang.

“Minggu lepas, Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata kejadian serangan harimau di kampung orang asli Pos Bihai, Gua Musang yang membunuh seorang lelaki bukan disebabkan pembalakan.

“Kelmarin, kami ke tempat kejadian dan menaikkan dron. Memang dipercayai terdapat pembalakan tebang habis berdekatan kampung,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Gambar imej tersebut turut dimuat naik dalam ciapan di Twitter rasmi Kuasa pada Ahad.

Beliau yang juga Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata, penduduk mendakwa, lokasi pembalakan tersebut sememangnya kawasan harimau bahkan mengikut data, Hutan Simpan Perias adalah habitat harimau terbesar di Kelantan.

“Dulu harimau ini sangat takut dengan manusia, kini tidak lagi. Mungkin kerana terdesak hilang habitat.

“Ini bukti di lapangan, tidak jauh dari kampung, dipercayai terdapat kongsi balak bagi projek pembalakan tebang habis bagi tujuan pembukaan ladang getah sebesar 400 hektar di Hutan Simpan Perias. Ya, pembalakan sedang berjalan,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang orang asli suku kaum Temiar, Anek Along, 40-an, maut dibaham harimau di belakang rumahnya di Kampung Sau, Pos Bihai, 7 Januari lalu.

Bahkan lebih 2,000 masyarakat orang asli di 18 kampung di Pos Bihai, Gua Musang diselubungi ketakutan akibat tiga harimau belang berkeliaran di kampung itu sejak sebulan lalu hingga menjejaskan kehidupan harian mereka.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... asi-habitat-harimau


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mambalak bersama ulamak depa kata
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:08 PM | Show all posts
hanya balak yang mengenal manikam eh salah buah buahan kayangan termasuk buah buahan moskow
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah terang lagi bersuluh. Org lain yg kaut untung, orang lain yg jadi mangsa.
Jahanam woi.

lokasi pembalakan tersebut sememangnya kawasan harimau bahkan mengikut data, Hutan Simpan Perias adalah habitat harimau terbesar di Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:09 PM | Show all posts
tunggu pasni lobai nak pusing kot mana pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
krn ulamak bbohong, org asli kne mkn rimau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2022 02:43 PM | Show all posts
menunggang agama utk kepentingan politik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 03:17 PM | Show all posts
kelantan asyik potong balak tapi miskin jugak duit balak tu pegi mane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 06:28 PM | Show all posts
annehuda replied at 19-1-2022 03:17 PM
kelantan asyik potong balak tapi miskin jugak duit balak tu pegi mane?

membaja buah buahan import

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 06:32 PM | Show all posts
annehuda replied at 19-1-2022 03:17 PM
kelantan asyik potong balak tapi miskin jugak duit balak tu pegi mane?

sama mcm tganu duit minyat banyak
IStana termahal didunia tapi rakyat miskin juga

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 06:38 PM | Show all posts
soalnya ko nak buat apa dengan semua  gambar video drone ambil????????
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Habitat harimau itu musnah bukan sebab pembalakan…tapi sebab parti DAP..ini semua salah DAP..jangan pitnah kerajaan melayu isle, nanti masuk neraka
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 19-1-2022 03:17 PM
kelantan asyik potong balak tapi miskin jugak duit balak tu pegi mane?

Jangan kata balak. Tu duit royalti rm400 juta pun dah dapat. Miskin dan sendu juga Kelantan. Hinanya lebai pas mengurus negeri. Sampaikan Kelantan dihina.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:30 PM | Show all posts
takpe, yang penting perantau kelantan di lembah klang,
akan balik undi pas,
sambil mencari rezeki di negeri yang kaye.

lobai gondol kan hutan sampai orang asli teraniaya hilang tempat cari makan,
itu lantak mereka lah,
lobai lebih maksom
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:31 PM | Show all posts
annehuda replied at 19-1-2022 03:17 PM
kelantan asyik potong balak tapi miskin jugak duit balak tu pegi mane?

lobai pis kena cari duit lebih untuk tanggung belanja bini muda
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan lobai menipu????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 19-1-2022 07:15 PM
Jangan kata balak. Tu duit royalti rm400 juta pun dah dapat. Miskin dan sendu juga Kelantan. Hinan ...


Janji lobai naik merc, rakyat kena redho minum air telaga, sbb lobai dah ckp diorg minum air telaga pun blh jd MB...jgn kufur nikmat air teh tarik free ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 19-1-2022 01:09 PM
tunggu pasni lobai nak pusing kot mana pulak..

dia dah putar la kata kawasan yg gondol tu jauhhhh 5-6km dr tempat ghimau tu cuba pagarkan kawasan seluas 6km radius letak nik amar dgn ghimau lapar sekor jah, tunggu 24 jam hidup lagi ke idok nik amar tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 19-1-2022 07:15 PM
Jangan kata balak. Tu duit royalti rm400 juta pun dah dapat. Miskin dan sendu juga Kelantan. Hinan ...

lobai je yg makin bucikkk hasil telan hak milik rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:21 PM | Show all posts
PAS ni pun baru sedar kot it takes a lot more than theology to rule a country. Zaman sekarang tak boleh dah jual syurga macam dulu. Convert je lah jadi NGO.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.083992 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list