|
ada kawan beritahu
cari booth yang tak ramai orang singgah
selalu ada buku-buku yang rare dan murah
|
|
|
|
|
|
|
|
fly_in_d_sky replied at 29-5-2022 06:30 PM
ada kawan beritahu
cari booth yang tak ramai orang singgah
selalu ada buku-buku yang rare dan mura ...
Ok. Terima kasih utk tips. Mmg nak cari juga buku2 rare ni. Selain dari niche subjects. TT pergi tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pergi
sebab tak suka pergi tempat sesak
dan tengah kurangkan beli buku fizikal ...
TBR buku fizikal ada dalam 20 lebih ke apa entah berapa
|
|
|
|
|
|
|
|
Buku ni diari budak perempuan nama Anne Frank. Dia orang Yahudi. Masa zaman dia tu, orang Yahudi macam tak dibenarkan di German. Rasa kes Hitler tu kot. Sebab saya baru baca sampai dia dan keluarga dia hidup tersorok dalam salah satu ruang pejabat. Tak boleh keluar ke mana2. Baru page 70/240 Lambat sikit habis sebab baca bila free. Tapi cerita dia menarik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah, baru page 70/240. Lambat sikit nak habiskan. Tapi kesian juga sebab dia tak bebas dan sebab dia orang Yahudi kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tengah baca buku ni
Kepercayaan, ketidakadilan sudah hilang sejak munculnya kenyataan yang menyakitkan.
Ada naluri yang kosong, tiada jawapan mengenai setiap petualang.
Ada ancaman yang marabahaya, tiada pengakhiran untuk menghentikan.
Mereka terjebak dalam kancah rahsia demi mempertahankan maruah diri untuk kekal hidup, bukannya mati di tangan Silent Killer.
Silent Killer... pembunuhan yang kejam dan teratur tanpa meninggalkan secebis bukti.
Silent Killer… penjahat VS penjahat.
Silent Killer… umpama meletak nyawa di hujung tanduk.
Sejak berpindah ke sekolah yang paling misteri di dunia, banyak perkara pelik yang menimpa. Apa sebenarnya rahsia di sebalik semua itu?
“Aku dah kata, aku tak nak terlibat.”- SAM
"Pernah ke aku dianggap sebagai pesalah?"- LISSA
"Kami datang sini untuk membantu kau, Sam." - ROXY
Tiga gadis, tiga keperibadian yang berbeza tetapi berkait sesama mereka. Dunia bermandikan darah yang sentiasa menanti tanpa batas waktu.
Walau rasa cinta yang tumbuh, harus dipangkah. Walau rasa bahagia yang mengintai, harus dilupa… kerana misi adalah menghapuskan manusia durjana di luar sana.
Mampukah musuh merangkak hingga bertemu jalan mati?
Dapatkah mereka mengawal kekuatan yang tidak diketahui daripada membinasakan diri?
Disengat ular berbisa, sakit yang makin lama menyerap pantas mematikan si pemangsa. Sampai bila ia mampu bertahan lagi?
Tentang mereka yang kelihatan polos, tetapi di sebaliknya tertanam kekejaman yang mendominasi, menghilangkan setiap nyawa dengan penuh sadis.
tengah nak tahu siapa Lissa sebenarnya
siapa yang jahat ni ... siapa bunuh Isaac, abang Lissa
and nama watak semua nama orang putih
tapi cakap bahasa melayu and style budak sekarang
hahahaha pelik sungguh ..
tapi nasib baik jalan cerita ok .. agak laju and ada action
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kru Paranormal: Hantu Misi
“Mangsa bernama Farina. Berusia enam belas tahun. Masih bersekolah. Ibu dan ayahnya meninggalkan dia bersendirian di rumah pada jam dua petang tadi dan kembali ke rumah dalam jam lapan malam,” lapor Koperal Darina.
Inspektor Rahil menghampiri mayat gadis itu dan meneliti keadaannya. “Kesan kelar di leher, dan tidak ada banyak darah menitis di lantai. Sama dengan kes hantu misi?”
“Ya, tuan,” jawab Koperal Darina.
“Jadi, kita ada kes pembunuh bersiri,” kata Inspektor Rahil sambil mengenakan cermin mata hitamnya.
* * *
Bandar raya Johor Bahru dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan gadis-gadis sunti. Kecoh di media sosial kononnya ia angkara hantu misi apabila ada saksi yang mendakwa melihat kereta berwarna putih yang dipandu seorang wanita berpakaian jururawat di tempat kejadian. Kononnya hantu misi ini adalah seorang wanita yang wajahnya menjadi buruk kerana melanggar pantang ilmu hitam yang dipelajarinya untuk menjadi lebih cantik. Untuk memulihkan wajahnya, dia perlu membunuh dan meminum darah sembilan anak dara sunti.
Kisah hantu misi yang popular di Internet menarik Imtiaz untuk menjadikannya sebagai bahan dalam saluran YouTube Kru Paranormal. Dia memulakan penyiasatannya sendiri, dan ia membawa kepada pertemuannya dengan seorang gadis, yang tanpa pengetahuannya, dihantui oleh lembaga manusia berkepala kambing.
Dapatkah Inspektor Rahil dan Koperal Darina, dengan bantuan Imtiaz menghentikan kes pembunuhan bersiri ini dan mencari dalangnya yang bertanggungjawab?
Kru Paranormal: Baphomet
“Apa istilah cerita mistik yang disebarkan melalui sosial media ni? Lupa aku,” tanya Huda.
“Creepypasta! ” jawab Zamir. “Di Malaysia pun ada sekarang.”
“Kisah creepypasta Malaysia? Slender Man versi Malaysia? Hantu galah ke?” tanya Huda separuh berseloroh.
“Bukan,” jawab Zamir. “Hantu kepala kambing.”
Imtiaz dan Huda mengekek ketawa.
Imtiaz, Zamir dan Huda, tiga sahabat yang mengendalikan saluran YouTube mereka sendiri bernama Kru Paranormal, yang memfokuskan pada kisah-kisah misteri dan mistik. Tanpa disangka, perbualan mereka bertiga tentang hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.
Imtiaz yang berada di tempat kejadian sempat merakam seorang pemuda memanjat bumbung feri itu. Setelah meneliti rakaman itu, didapatinya ada bayangan manusia berkepala kambing di sisi pemuda itu sebelum letupan berlaku. Mayat Zamir ditemui, namun Huda sering menerima panggilan telefon daripada Zamir yang mengatakan dia tersesat dan tidak tahu di mana dia berada. Apakah yang sebenarnya berlaku?
Sementara itu, Inspektor Rahil tidak menyangka kes letupan feri ini membuatkannya terpaksa menghadapi semula kegagalan masa lampau. 17 tahun lalu, dia telah gagal menyelamatkan anak Encik Halim, dan kini, dia perlu berhadapan semula dengan lelaki itu untuk membawa berita malang seorang lagi anaknya, Zamir. Maruahnya sebagai pegawai polis perlu ditebus semula. Bersama-sama Koperal Darina, penyiasatan mereka membongkar sesuatu yang tak masuk dek akal, dan ada suatu kuasa yang menakutkan sedang mencaturi banyak nyawa tanpa sedar.
dah habis baca buku ni
menarik .. dan tak tebal pun
ada sambungan ... The Imaginary Friends ..
nanti lah cari
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
A richly inventive novel about a centuries-old vampire, a spellbound witch, and the mysterious manuscript that draws them together.
Deep in the stacks of Oxford's Bodleian Library, young scholar Diana Bishop unwittingly calls up a bewitched alchemical manuscript in the course of her research. Descended from an old and distinguished line of witches, Diana wants nothing to do with sorcery; so after a furtive glance and a few notes, she banishes the book to the stacks. But her discovery sets a fantastical underworld stirring, and a horde of daemons, witches, and vampires soon descends upon the library. Diana has stumbled upon a coveted treasure lost for centuries-and she is the only creature who can break its spell.
Debut novelist Deborah Harkness has crafted a mesmerizing and addictive read, equal parts history and magic, romance and suspense. Diana is a bold heroine who meets her equal in vampire geneticist Matthew Clairmont, and gradually warms up to him as their alliance deepens into an intimacy that violates age-old taboos. This smart, sophisticated story harks back to the novels of Anne Rice, but it is as contemporary and sensual as the Twilight series-with an extra serving of historical realism.
baru 27% in progress
mmm agak menarik
sebab both high education
terjatuh cinta tetiba tanpa disedari
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah betul. Saya hari tu pi pbakl pun tengok booth2 yang tak ramai orang. Buku2 pun not bad isi ceritanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai manusia tak?
saya tak pergi pun
sebab tak suka sesak-sesak
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa kitorang pi tu ramai tapi tak sesak. Hari rabu. Kira boleh la jalan2 dengan tenang juga. Cuma ada beberapa booth penulis terkenal tu, ramai yang berkumpul.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo bagus la tak sesak
tengok lah ada rezeki ada mood pergi PABKL next year
|
|
|
|
|
|
|
|
Picking up from A Discovery of Witches’ cliffhanger ending, Shadow of Night takes Diana and Matthew on a trip through time to Elizabethan London, where they are plunged into a world of spies, magic, and a coterie of Matthew’s old friends, the School of Night. As the search for Ashmole 782 deepens and Diana seeks out a witch to tutor her in magic, the net of Matthew’s past tightens around them, and they embark on a very different—and vastly more dangerous—journey.
yes my second books for this series
terasa Diana ni memang power
lagi powe dari Matthew walaupun mamat ni vampire
tapikan ... boleh ke witch and vampire dapat anak?
isk isk isk ...
kiranya hubungan Diana dengan Matthew dah diketahui sejak mula lagi
hmmmm ...
tapikan macam best je untuk time walking ...
ye la back to the past .. ala macam buku satu lagi tu - The Outlander
belum baca lagi .. pekasan dulu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum~ Excited pulak jumpa thread ni.
AHHAHA..
Baru tau ada tempat perkumpulan para readers.
Untuk tidak keluar tajuk,
Sekarang saya tengah baca buku Seni Berfikir Yang Hilang by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Banyak juga buka perspektif lain dalam hidup ini.
Awal-awal bosan sikit tapi sekarang tengah excited baca.
Sekian, terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
samalah. dok berkuntum kat sini dah lama, baru tahu ada tempat untuk pembaca tegar
bolehlah kongsi tempat untuk menyelam cari buku nanti.
untuk tak OT, sekarang baca buku Colorless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage, dah bertahun baca tak habis2.
sibuk dengan apa ntah
|
|
|
|
|
|
|
|
Anna Karenina - Jilid Satu
Anna Karenina merupakan sebuah novel yang melukiskan "kehidupan moden" di Rusia dalam tahun 1870-an. Kelebihan novel ini terletak bukan sahaja pada unsur-unsur estetika dalam babak-babak tertentu, tetapi juga pada keindahan yang menyeluruh. Tiap-tiap idea yang dicetuskan itu dapat dihayati dan difahami dalam erti kata yang sebenar-benarnya dalam konteks keseluruhan cerita itu. "Sanjungan terhadap kehidupan" dan "kehidupan berkeluarga" merupakan tunjang yang penting bagi Tolstoy sebagai pengarangnya. Matlamat beliau bukan untuk mengutarakan penyelesaian yang muktamad, tetapi untuk memberi kekuatan kepada insan agar mencintai kehiduapan dalam segala bentuk dan manifestasi yang luhur. Tolstoy pernah berkata, "kalau orang memberitahu saya bahawa apa-apa yang saya tulis itu akan dibaca oleh anak-anak dua puluh tahun dari sekarang dan mereka akan menangis akan ketawa apabila membacanya dan akan mencintai kehidupan, saya pasti akan mengorbankan segala jiwa raga dan tenaga saya untuknya." Kata-kata ini telah ditulisnya seratus tahun yang lampau. Karyanya kini telah menempuhi ujian masa. Setiap karyanya merupakan ajaran dan natijah bagi para pembacanya.
Anna Karenina - Jilid Dua
Anna Karenina merupakan sebuah novel yang melukiskan "kehidupan moden" di Rusia dalam tahun 1870-an. Kelebihan novel ini terletak bukan sahaja pada unsur-unsur estetika dalam babak-babak tertentu, tetapi juga pada keindahan yang menyeluruh. Tiap-tiap idea yang dicetuskan itu dapat dihayati dan difahami dalam erti kata yang sebenar-benarnya dalam konteks keseluruhan cerita itu. "Sanjungan terhadap kehidupan" dan "kehidupan berkeluarga" merupakan tunjang yang penting bagi Tolstoy sebagai pengarangnya. Matlamat beliau bukan untuk mengutarakan penyelesaian yang muktamad, tetapi untuk memberi kekuatan kepada insan agar mencintai kehiduapan dalam segala bentuk dan manifestasi yang luhur. Tolstoy pernah berkata, "kalau orang memberitahu saya bahawa apa-apa yang saya tulis itu akan dibaca oleh anak-anak dua puluh tahun dari sekarang dan mereka akan menangis akan ketawa apabila membacanya dan akan mencintai kehidupan, saya pasti akan mengorbankan segala jiwa raga dan tenaga saya untuknya." Kata-kata ini telah ditulisnya seratus tahun yang lampau. Karyanya kini telah menempuhi ujian masa. Setiap karyanya merupakan ajaran dan natijah bagi para pembacanya.
tengah baca Jilid Dua ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
First time jumoe thread buku which i loves to read, hopefully dapat khatam buku2 yg share dalam nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa baca buku ni yes, imagine Elizabeth Taylow, hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|