CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 19

[Dunia] Isteri jutawan mengadu diabai suami

  [Copy link]
Post time 20-7-2023 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Isteri jutawan mengadu diabai suami

Soudi mengeluh kerana suaminya seorang jutawan sibuk dan tidak mempunyai masa mencukupi dengannya. - Foto Instagram / @soudiofarabia


DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu – Seorang isteri yang berasal dari Britain mengeluh kerana suaminya yang juga seorang jutawan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk dirinya, lapor laman berita NZ Herald hari ini.

Pada 2021, wanita yang dikenali sebagai Soudi itu berkahwin dengan jutawan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), yang juga dikenali dengan nama Jamal dan berpindah ke Dubai untuk menikmati gaya hidup mewah.

Hampir setiap hari dia makan di restoran mahal dan eksklusif, kerap membersihkan kuku, melakukan urutan mewah dan membeli-belah di pusat beli-belah mewah.

“Satu lagi perkara yang saya dapati sukar adalah Jamal sentiasa sibuk, dia sentiasa menggunakan telefon bimbitnya dan sentiasa ada acara untuk dihadiri. Jadi, setiap kali Jamal melancong, saya hanya perlu menyibukkan diri.

“Sebagai isteri jutawan, anda hanya perlu faham bahawa dia tidak akan sentiasa mempunyai masa untuk anda. Bagi mengatasi ini, dia sentiasa menghubungi (melalui telefon) dari mana-mana lokasi dia berada,” katanya.

Tambah Soudi, satu lagi perkara yang dia dapati sangat sukar adalah dia perlu bertindak dengan cara tertentu.

“Sebagai contoh, setiap kali kami pergi ke pusat beli-belah atau restoran, Jamal sentiasa dikenali. Jadi, saya sentiasa perlu memastikan saya kelihatan 10/10 (sempurna),” katanya. – AGENSI


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... ngadu-diabai-suami/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 09:43 AM | Show all posts
kurang2 laki kau jutawan
drp acik2 kepam diabaikan laki...
dhla laki xkaya,mesikin,buruk..diabaikan pulek lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lakinya ada pasang 2 3 4 juga ke….
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 10:25 AM | Show all posts
ko ingat dah jadi jutawan blh goyang telur semata?

Acik timbang kilo boleh lar
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
untung kahwin jutawan.. klu suami busy, pg la healing2 shopping2 hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mewah2 jotawan pun tetap rasa terabai chuols... Baik hidup sederhana asalkan serba cukup rohani jasmani
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 04:07 AM | Show all posts
Itulah keadilan drp Ilahi, manusia tak akan dpt semuanya. Pasti ada yg dikurangkan. Namun besyukurlah. Soudi dpt segala kemewahan ttpi hanya satu saja iaitu kurang perhatian. Seterusnya......... sabar aje lah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 31-7-2023 04:07 AM
Itulah keadilan drp Ilahi, manusia tak akan dpt semuanya. Pasti ada yg dikurangkan. Namun besyukurla ...

Manusia ni kalau dpt semua pon, mesti ada rasa kurang nya juga…sentiasa rasa x puas dan x bersyukur…mmg sifat manusia mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 31-7-2023 06:54 AM

Please humble brag je
Title je kesian
Dah baca artikel flexing je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti jarang dpt main..
Dan tk dpt perhatian dah tentu
Aku dah rasaaa skrg pn merasaaa
Bila aku meroyan baru la nk bg perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 07:34 AM | Show all posts
perempuan ni nak lelaki

1. kaya banyak duit
2. tapi duduk rumah 24/7
3. pandai memasak
4. pandai cuci kain
5. suka buat kerja rumah


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 07:56 AM | Show all posts
Simunggu replied at 31-7-2023 07:34 AM
perempuan ni nak lelaki

1. kaya banyak duit

cerita dongeng disney je ada camtu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 20-7-2023 09:43 AM
kurang2 laki kau jutawan
drp acik2 kepam diabaikan laki...
dhla laki xkaya,mesikin,buruk..diabaikan  ...

Pastu upload kat socmed laki bg kejutan, bg cokelat sbb nk tunjuk laki shayang.....

Sedihnya idup....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
chiyoasuka replied at 31-7-2023 02:06 AM
untung kahwin jutawan.. klu suami busy, pg la healing2 shopping2 hehehehehe

Dah penat dah....

Segala pedicure menicure dia pegi....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia tidak pernah puas.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 08:19 AM | Show all posts
shi_jewel replied at 31-7-2023 07:56 AM
cerita dongeng disney je ada camtu

tambahan lagi..

5. hansom kalah semua pelakon hindi atau hollywod
6. tall, dark and hansom
7. tahan lama & besar anu nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 08:59 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 31-7-2023 08:03 AM
Dah penat dah....

Segala pedicure menicure dia pegi....

kaya xhappy.. miskin xhappy.. conclusion nya manusia takkan prnh puas
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:04 AM | Show all posts
Pastu, apa yang kau nak komplen sebenarnya? Kau nak laki kau sentiasa ada dgn kau, kau kawin lah dgn penganggur, 24 jam boleh berkepit...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 09:37 AM | Show all posts
nk menten perbelanjaan acik dan menten kejutawanan dia, kena la dia keje acik oii. you just cannot have your cake and eat it too.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
chiyoasuka replied at 31-7-2023 08:59 AM
kaya xhappy.. miskin xhappy.. conclusion nya manusia takkan prnh puas

Mengong kann.....

Laki dia bawak pi shopping, bg duit, nk apa je blh....pun tak puas hati...

Nanti mula le berskandal dgn drebar, tukang kebun,  coach trainer kat gym yg tak berjenis² tu....

Kekdg pompuan ni tak reti nk letakkn diri kat tempat yg betul.....tau mengomel & merungut je....

Dpt laki mcm friskies yg kawin semata2 nk suruh jaga 1st wife, baru padan muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8399 Replies : 37
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77196 Replies : 3179
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 9962 Replies : 48
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11689 Replies : 89
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266593 Replies : 6676
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9658 Replies : 44
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13038 Replies : 17
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 5151 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.247706 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list