View: 5208|Reply: 81
|
[Tempatan]
Maaf kami terpaksa naikkan harga' - Peniaga bazar Ramadan
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-3-2024 08:45 PM
'Maaf kami terpaksa naikkan harga' - Peniaga bazar Ramadan
Azhar Shahrulnizam
[email protected]
March 12, 2024 @ 6:46pm
Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan peniaga Bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga jualan.. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan kebanyakan peniaga Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terpaksa menaikkan harga juadah yang dijual.
Tinjauan BH di sini, hari ini mendapati peniaga terpaksa menaikkan harga juadah sekitar RM1 sehingga RM2.
Peniaga murtabak Suhaimi Ahmad, 54, berkata beliau terpaksa menaikkan harga murtabak yang dijual daripada RM5 kepada RM7.
"Harga bawang hari ini meningkat sehingga RM7 sekilogram (kg). Selalunya kita gunakan bawang India tetapi hari ini bawang tersebut sudah tiada lagi di pasaran.
"Murtabak menggunakan bawang yang banyak. Dulu kami menghadapi masalah kekurangan telur. Inilah antara masalah yang dihadapi peniaga hari ini," katanya ketika ditemui BH.
Suhaimi berkata, bagaimanapun beliau sudah memaklumkan kepada pembeli lebih awal lagi.
"Bergantung kepada pembeli untuk menerima kenaikan harga dengan hati yang terbuka. Kami peniaga tiada pilihan. Mohon maaf kepada semua pelanggan," katanya.
Peniaga Roti John, Asmah Jamilus, 43, pula berkata, beliau terpaksa menaikkan harga Roti John kerana kenaikan harga sos cili, sos lada hitam dan juga daging.
"Sebenarnya saya ingin menaikkan harga kepada RM10 tetapi suami saya menasihatkan cukuplah sekadar RM9. Tahun lalu saya menjual Roti John dengan harga RM8.
"Saya terpaksa menaikkan harga kerana daging cincang yang kami gunakan naik daripada RM18.50 kepada RM21.50. Sehari kami gunakan 15kg daging.
"Saiz roti kami tidak kecilkan cuma naikkan RM1 sahaja. Kami berniaga sudah lama di sini. Kami sudah maklumkan kepada pelanggan lebih awal," katanya.
Sementara itu, peniaga kuih tepung pelita, Mohd Redzuan Musa tidak menaikkan harga sebaliknya mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu.
Bagi pekerja swasta, Hadiya Hamzah, 34, beliau menganggap harga juadah di bazar ini masih lagi berpatutan.
"Semua barang naik harga sekarang, saya faham peniaga terpaksa menaikkan harga. Pada saya, sekiranya kita membeli juadah di luar kita tetap akan membayar jadi terpulang kepada individu bagaimana untuk terima kenaikan harga ini.
"Untuk belanja di bazar Ramadan saya memperuntukkan tidak lebih RM50 untuk dua orang," katanya.
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/03/1222774/maaf-kami-terpaksa-naikkan-harga-peniaga-bazar-ramadan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah lah hak masing2. Tapi nnt jgn sedih2 pulak kalau jualan tak laku. Sb pembeli pun ada hak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bazar kat tempat meols PBT dah tak pasangkan kanopi.
Rasanya Bazar Ramadhan bukan pilihan ramai dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bazar ramadhan TTDI mmg sedap2 lagipun pengunjung mostly top M50 -t20 so mmpu kut nak bayar increment in price. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 13-3-2024 01:16 PM
Bazar ramadhan TTDI mmg sedap2 lagipun pengunjung mostly top M50 -t20 so mmpu kut nak bayar incremen ...
Meols jenis tak suka orang memasak kat bazar atau pasar pasar ni...kalau diorg jual dah siap bungkus mungkin meols beli lah.
Kalau masak kat situ agak geli sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
SG rasa dari dulu x berbaloi nak beli roti john. Sejenis menu yg SG rasa berbaloi masak sendiri je. Entah lah, roti john ni mcm roti salut telur gittchewww… benda senang nak buat dan kos rendah. Ni pendapat SG. Menu2 lain mcm kuih muih tu mcm renyah nak buat n berbaloi nak beli. Kalau teringin nak makan baru SG beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sejak mula covid..dh tk pi bazar Ramadan..mkn je apa yang ada..klu telur dadar dgn kicap pun sedap time lapor..makan sedap-sedap jadi taik juga masuk dlm tangki septik..membazir aja |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 13-3-2024 01:29 PM
SG rasa dari dulu x berbaloi nak beli roti john. Sejenis menu yg SG rasa berbaloi masak sendiri je. ...
Roti john is a scam. Roti+telur ditabur sos je. Kl ada daging hanya sebesar semut |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sudah dijangkakan harga makanan di pasar ramadhan pasti naik. Kalau yg sedap tak pe juga. Beli lauk bersantan harus habis dimakan waktu berbuka, tak boleh simpan ke sahur sebab basi. Sudahnya buang, membazir.
Masak sendiri lagi sedap n puas hati. Ada sisa kueh dn lauk boleh makan lagi waktu sahur. Not unless kueh-mueh yg leceh nak dibuat esp yg berkukus2, bolehlah dibeli.
Karipuff n popia, belilah yg frozen kemudian goreng di rumah. While nasi arab, nasi briyani/tomato, bolehlah beli dgn regular seller. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka kalau baru masak dekat situ, kalau dah siap siap bungkus entah semalam dah masak ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 13-3-2024 02:03 PM
Roti john is a scam. Roti+telur ditabur sos je. Kl ada daging hanya sebesar semut
Roti jon mmg scam haha. Selapis nipis telur, beberapa titik daging/ayam/ sayur je lebih..patu letak sos sampai benyek roti. |
|
|
|
|
|
|
|
rm9 dh kira mahal..
klu tak masyukkk lg taktau lah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sedap ok lagi la kalau tak sedap mahal plak mmg ko kena maki je lah pastu jangan harap org nak datang beli lagi |
|
|
|
|
|
|
|
kami paham kenaikan harga bahan mentah dan juga kenaikan sewa tapak...disebabkn itu aku sbg pembeli membuat pilhan bijak utk tidak membeli dibazar..hanya masak sendiri dirumah..ukur duit di wallet sendiri kekdahnye |
|
|
|
|
|
|
|
TTDI apa ada hal
mmg tempat org kaya2 |
|
|
|
|
|
|
|
boikot puasa...!! boikot bazar..!! boikot raya...!! kemelut ni takkan timbul sekiranya puasa dan raya tak ada.... |
|
|
|
|
|
|
|
bawak RM50 balik rumah cuma kuih dan air |
|
|
|
|
|
|
|
klu iouls dia masak situ ok lai dari yang dia bungkus dr rumah...x tahu rumahnya mcm mana...
pernah terrjadi iouls pi rumah tukang jual kuih n mcm2 aneka juadah....(kuih n masakan dia mmg sedap) kebetulan kawan husband...
lepas iouls pi rumah dia masa open house .. pasang khemah luar.. anak nak pi toilet....so tumpang masuk dlm rumah...sejak tu x beli dah kuihnya...dan terus stop mkn menu open house lepas keluar rumah...huhu...
dah jarang pi bazar since covid....ni anak2 dok meratib ajak pi bazar..aihh...siap bincang dgn kawan nak pi bazar mana..huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|