CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3829|Reply: 30

[Tempatan] Tinjauan KWSP: Usia lebih 60 tahun mahu kerja sampai sakit

[Copy link]
Post time 4-6-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Tinjauan KWSP: Usia lebih 60 tahun mahu kerja sampai sakit

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... kerja-sampai-sakit/

Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
4 Jun 2024, 12:16 pm


Anwar merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tinjauan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap responden berusia lebih 60 tahun mendapati, kira-kira 26.1 peratus akan bekerja sehingga kesihatan tidak mengizinkan atau jatuh sakit dalam mereka berdepan cabaran jaminan pendapatan untuk membiayai keperluan persaraan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama, data KWSP juga menunjukkan satu daripada empat pencarumnya kehabisan simpanan tersebut dalam tempoh lima tahun selepas pengeluaran.

“Pemberian secara sekali gus daripada manfaat KWSP ini hasilnya ialah ramai daripada rakyat tidak dapat mengekalkan standard yang munasabah semasa persaraan atau menguruskan usia panjang mereka.

“Selain itu, penduduk tua juga lebih terdedah kepada kemiskinan berbanding purata penduduk Malaysia, yang mana hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pencen seperti pendapatan semasa persaraan,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa KWSP 2024 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni memekik-mekik minta keluar kwsp nanti lg 20-30 tahun harapnya bukan geng-geng yang sama memekik-mekik mintak bantuan sebab takda duit simpanan/nak beli barang keperluan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
harap pas aku pencen masih sihat, anak2 pun semua dh boleh hidup sendiri, ada kerjaya masing2
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 02:09 PM | Show all posts
“Pemberian secara sekali gus daripada manfaat KWSP ini hasilnya ialah ramai daripada rakyat tidak dapat mengekalkan standard yang munasabah semasa persaraan atau menguruskan usia panjang mereka.


Tolak tepi jenis yg kuat berjoli, on the other side aku nampak kos sara hidup tinggi utk normal living. Kes sama mcm kat SG. Dah tua2 still kena keje..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja je selagi boleh...negara kita belum level USA untuk goyang kaki masa tua
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 02:27 PM | Show all posts
kesihatan ni rezeki juga..
ada dah 60++ elok sihat..
ada yang baru 30an dah sakit macam-macam..
so selagi boleh kerja plus rajin produktif mampu berfikir, pada i ok je..
tapi kalau masih sihat tapi kerja meleweh kena ketuk baru jalan, tak payah la..
buat sakit hati je orang yang kena cover kerja dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya yg gila nk kerja smpai mati ni type-C.Harta dunia bg depa tak pernah cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 03:37 PM | Show all posts
sekarang dah xboleh kira type apapon...mmg dgn gaya hidup sekarang xmustahil umur 6- pon dok renew contract sbb nak kerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 04:50 PM | Show all posts
ya kerja selagi boleh kerja.. tak boleh dah fikir nak berehat ker apa. selagi sihat selagi itu kerja.... kalau istilah pencen itu boleh dipencenkan, pencenkan lah.. sedikit masa lagi istilah pencen ni ketinggalan zaman

cuma aku harap kerajaan buat dasar untuk bina foundation pertanian untuk keperluan rakyat.

jika ada krisis, boleh bertahan dari terpaksa membeli dengan harga mahal.

ketika itu jika tak buat persediaan, bukan sahaja rakyat merugut, kerajaan mentadbir pun akan merungut tak boleh subsidi itu ini, tarik subsidi semua, tak boleh kawal hargalah, harga ditentukan pasaranlah... sekarang ni sepatutnya dah mula buat persediaan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lainlah ada kedai Clarks employ sampai umur 60.


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 4-6-2024 04:50 PM
ya kerja selagi boleh kerja.. tak boleh dah fikir nak berehat ker apa. selagi sihat selagi itu kerja ...

Banyakkan tanam sayur dalam bangunan.


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 05:02 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-6-2024 04:52 PM
Banyakkan tanam sayur dalam bangunan.


bagus cadangan ni. boleh hijau bandar nanti



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 4-6-2024 05:02 PM
bagus cadangan ni. boleh hijau bandar nanti

Tengok majalah 3 semalam. Tanah kat bandar x banyak. Lagi pun tanam dalam bangunan kurang sikit faktor cuaca tak menentu dan serangan makhluk perosak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 06:17 PM | Show all posts
bukan keja sampai sakit.. keja sampai mati daa

sakit2 pun boss client supplier customer carik woooo

dah mati, takdak sapa muleh cari
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak adapt hidup lepas pencen tu pun satu hal. Dulu rutin pergi balik ofis, hadap jammed bagai. Otak pun aktif lagi fikir pasal kerja tetiba berenti & dok rumah. Lama2 jadi nyanyuk & macam2 penyakit datang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 06:47 PM | Show all posts
Ppuan kat malaysia ni jarang lah yg dh tua kena kerje
Anak2 xde nye nk biar kn emak nye bekerje bila dh tua
Syukur sgt lah hidup kt malaysia
Kt singapore dh tua2 kena keje
Keje tukang cuci
Indon dtg malaysia dh tua2 pun kene kerje
kaki  terseret2 kena kerje sebagai tukang cuci
Melayu je jarang nmpk dh tua kerje tukang cuci
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia menuju ke tak seimbangan. Jurang pndpdtn yg kaya dgn miskin semakin melebar. Bnd ni 20 tahun dulu pmx da ckp da. Tp bila jd pm sama jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Org melayu je umur 55 dah x nak kerja..tp org cina umur 70 masih kerja ...betul I x tipu...mereka mmg nk cari duit selagi badan sihat ..dan kebanyakan mereka2 ni sihat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 07:17 PM | Show all posts
akak2 kat opis ni yang dah 55 ke atas
keja dorang asyik bad mood jer
tak boleh tanya skit..
bagi jer peluang kat anak2 muda
atau kalau rasa dah tak larat nak buat kerja tu
berhenti jerlah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 09:08 AM | Show all posts
Vellfire replied at 4-6-2024 07:17 PM
akak2 kat opis ni yang dah 55 ke atas
keja dorang asyik bad mood jer
tak boleh tanya skit..

menopause..kan @Tinot7
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9531 Replies : 43
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266283 Replies : 6667
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8180 Replies : 34
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 11016 Replies : 17
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11556 Replies : 87
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 3131 Replies : 0
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 8245 Replies : 46
...SINGER menawan keluarga bahagia...
seribulan...SINGER menawan keluarga bahagia...
Views : 6378 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071209 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list