CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10381|Reply: 121

[Tempatan] Cabaran jahit busana pengantin perempuan miliki berat lebih 200 kilogram

  [Copy link]
Post time 5-6-2024 11:33 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: "Bukan semua individu memiliki susuk badan normal dan saya fikir sekiranya semua orang tidak mahu membuat majlisnya siapa lagi yang akan buat," kata perancang perkahwinan, Haffsyah Jamalong, 43.

Haffsyah berkata, dia pernah mengurus kira-kira 3,000 majlis perkahwinan sebelum ini, namun bersyukur kerana menimba pengalaman yang cukup berharga apabila berpeluang untuk mengurus majlis perkahwinan pengantin perempuan yang memiliki berat lebih 200 kilogram.


Pemilik butik andaman Flora Bridal House di Bandar Baru Uda itu yang mesra dengan panggilan Kak Ila berkata, dia antara 50 perancang perkahwinan yang menyertai pameran pengantin di Plaza Angsana pada September tahun lalu terserempak dengan seorang wanita yang memiliki tubuh besar di tepi gerai pameran.

Menurutnya, apabila disapa, wanita itu menyatakan dia masih gagal menempah perkhidmatan perancang perkahwinan walaupun sudah berkunjung ke pameran itu berulang-kali dan berasa agak rendah diri dengan keadaan fizikalnya itu.

Katanya, walaupun menyedari keperluan wanita itu adalah berbeza berbanding pengantin yang memiliki susuk badan normal, dia sanggup memikul cabaran berkenaan kerana tidak sanggup menghampakan impian bakal pengantin itu.

"Pengantin berkenaan adalah Nur Aqilah Erman dan Muhammad Afiq Jusoh.

"Selepas menerima tempahan, cabaran utama saya adalah dalam soal menyediakan pakaian kerana dia sudah mencuba lebih 300 pakaian di butik saya, namun kesemuanya tidak sesuai dan kecil hingga dia mula gelisah.

"Oleh itu, selepas berbincang dengan keluarga dan pasangannya, kami mengambil keputusan untuk reka busana tradisional baharu baginya iaitu baju kurung songket Johor dan baju Melayu bagi pasangannya serta corak kedua-dua pakaian itu bercirikan Jawa.

"Selalunya kami menggunakan enam meter kain bagi pengantin wanita, namun kali ini mencecah 13 meter dan kami mendapati dia lebih sesuai memakai baju kurung berbanding gaun mahupun baju kebaya," katanya.

Haffsyah berkata, dia juga menanggung kos bagi menjahit baju yang mencecah RM2,000 dengan syarat ia dipulangkan semula ke butik andamannya.

Menurutnya, dia yakin ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pengantin perempuan itu yang kehilangan ibu dalam tempoh beberapa bulan sebelum perkahwinan.

Katanya, dia juga bersyukur kerana mendapat kepercayaan pasangan pengantin bagi menawarkan khidmat katering bagi 500 jemputan.

"Saya juga mengurus solekannya di majlis pernikahan, namun baju kurung rona putih dipakainya dihadiahkan oleh kakak Nur Aqilah.

"Majlis persandingan di Dewan Raya di Jalan Undan, Taman Perling pada hari sama iaitu 18 Mei lalu, pengantin perempuan memakai busana kami sediakan serta solekan.

"Menyedari fizikalnya, kami juga menasihatinya supaya tidak meletakkan platform di kerusi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini yang boleh mengaibkan pengantin," katanya yang turut menaja kad perkahwinan, kek, lukisan inai dan gubahan hantaran percuma untuk hari bersejarah pengantin itu.

"Saya selesa dengan sikap kedua-dua mempelai yang tidak banyak kerenah.

"Mempelai juga menangis gembira kerana tidak sangka ada perancang perkahwinan sanggup menawarkan perkhidmatan," katanya.

Paparan kisah berkaitan pengalaman perancang perkahwinan mengurus majlis pasangan itu menerusi Facebook semalam menerima lebih 17,000 reaksi daripada netizen.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada satu soalan tapi aku tahu korang tahu apa soalan itu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:11 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 5-6-2024 01:00 PM
Aku ada satu soalan tapi aku tahu korang tahu apa soalan itu

what?? tak tau
tanya lah tanya lah





Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Marjerin masuk kuali
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:20 PM | Show all posts
"baju kurung songket Johor dan baju Melayu bagi pasangannya serta corak kedua-dua pakaian itu bercirikan Jawa"

apa BS yang dia cakap ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:35 PM | Show all posts
I know guys...we're thinking the same thing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2024 01:37 PM | Show all posts
gemoknye- takde usaha nk kurangkan berat badan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:39 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-6-2024 01:20 PM
"baju kurung songket Johor dan baju Melayu bagi pasangannya serta corak kedua-dua pakaian itu bercir ...

ntah, aku pon xpaham apa dia ckp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi jahit susah2, bahan boleh buat content.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:48 PM | Show all posts
...ermmmmmm.....

biasanya ada jangkamasa dlm setahun sblm naik pelamin kan...tak ada usaha ke nak turunkan berat badan...at least kat situ pun dah ada point/aim yang buat kita semangat bkobar2.

ntahlah dik...tak niat pn nak bodyshaming ke hapa...tp semua perempuan nak nmpk sempurna masa jadi pengantin.

apa2 pn selamat pengantin baru ya.....susah kalau pregnant nnt...so nak taknak sila la diet ya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:53 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-6-2024 01:20 PM
"baju kurung songket Johor dan baju Melayu bagi pasangannya serta corak kedua-dua pakaian itu bercir ...

In a way, betul la dia cakap cuma kalau orang tak tau tak faham.  Kita panggil songket tapi dia kain tenun johor, benang meh dia tak penuh macam songket kita biasa tengok tu.  Kalau pakai songket penuh mau lebih dari 2k..bertas pulak kain kalau sendat.  Baju lelaki dgn hiasan style jawa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
makan ke masalah hormon? huhuhu

banyak gak dia sponser sambil promo 'buat charity'
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:10 PM | Show all posts
andartu2 take note
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang ada je yg jd gemuk sbb masalah kesihatan..bkn sbb dia makan byk...jd den kesian juga dgn org2 mcm ni...ada juga yg den kenal, tgk dia mkn sikit jer banding dgn den...den doakan ko bahagia dik..dan suamimu btl2 sayang ko dunia akhirat dik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik plak songket tu kaler coklat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg semput tgk perempuan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 02:34 PM | Show all posts
Sila lah diet ya adik2 forum sekalian...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemok2 pun merasa berumahtangga. Kurus, body lawa mcm model pun mengandartu smpai ke tua nk buat hapa? Gitu sindiran acik2 berat 100kg++
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:38 PM | Show all posts
Samerosie replied at 5-6-2024 01:53 PM
In a way, betul la dia cakap cuma kalau orang tak tau tak faham.  Kita panggil songket tapi dia ka ...

Mana aci cakap main hembus tapi expect orang faham sendiri. Maknanya, no such thing as songket johor lah kan? Lagi satu corak kedua2 pakaian bercirikan jawa, which part?



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaler lawa
Aritu ada viral gak akak ni comel2 gitu laki dia tuyus tp dah serai sbb dia kerat perut.
So dah makin susut demi nak usaha dpt anak.
Aneh tul laki dia curang ngn pompuan comel lain sbb bini dah tak saiz comel.
Aku rasa laki dia suka pompuan bersaiz comel berat 3 angka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 5669 Replies : 94
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15393 Replies : 41
Misteri suara mengilai atas bumbung masjid terjawab
AbahmungMisteri suara mengilai atas bumbung masj
Views : 12329 Replies : 8
Siapa macam ni cepat mengaku!
SurfnsunSiapa macam ni cepat mengaku!
Views : 16373 Replies : 73
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13342 Replies : 89
Aduhai 6 Jahanam?
piaoAduhai 6 Jahanam?
Views : 14639 Replies : 15
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 118179 Replies : 1565
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 277979 Replies : 6876
Edisi 9 Tahun Kematian Arwah Nurin Jazlin
budakshinchanEdisi 9 Tahun Kematian Arwah Nurin Jazli
Views : 41348 Replies : 253
Edisi tambah tacang: The Black Death
Tinot7Edisi tambah tacang: The Black Death
Views : 4053 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.078948 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list