CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11950|Reply: 134

[Tempatan] Pusat perubatan, 2 doktor diarah bayar RM5.1 juta kepada bekas CEO yang rosak otak

  [Copy link]
Post time 7-6-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode
KES

Pusat perubatan, 2 doktor diarah bayar RM5.1 juta kepada bekas CEO yang rosak otak

Oleh Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my

Jun 7, 2024 @ 2:58pm



Istana Kehakiman Putrajaya. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Pusat Pakar Tawakal Sdn Bhd dan dua doktornya membayar RM5.1 juta kepada wakil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Zainudin A Kadir, selepas mengalami kerosakan otak akibat pembedahan.

Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab, sebagai isteri dan pentadbir estet Zainudin yang meninggal dunia pada 2021 ketika penularan COVID-19.

Hakim, Datuk Mohd Arief Emran Arifin, berkata ia susulan Nor Rizam selaku plaintif berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa hospital swasta itu bersama dua pakarnya bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Mohd Arief Emran, juga mengarahkan tiga pihak terbabit membayar RM210,000 sebagai kos kepada pentadbir harta Zainudin.

"Sebahagian besar daripada ganti rugi adalah akibat kehilangan pendapatan kerana mangsa bekerja dan memperoleh RM65,000 sebulan, manakala RM500,000 lagi adalah untuk kesakitan dan penderitaan.

"Bukan fungsi mahkamah untuk menghukum doktor atau hospital tetapi memberi pampasan kepada plaintif.

"Kerosakan otak mangsa kerana kebenaran keluar awal selepas pembedahan, selain beberapa kejadian di wad," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh kelmarin yang dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-Kehakiman.

Mengikut fakta kes, Zainudin dimasukkan ke hospital pada 22 Februari 2016 dan menjalani pembedahan hidung empat hari kemudian.

Pembedahan bermula pada jam 5.45 petang dan berakhir jam 8.05 malam, sebelum Zainudin rebah jam 9.30 malam.

Mengikut protokol hospital, doktor mesti memerhati pesakit di ruang pemulihan sekurang-kurangnya sejam selepas 'reversal anaesthesia' atau penarikan kembali bius sebelum keluar wad.

Dalam kes ini, pemerhatian hanya berlangsung selama 25 minit.

Memandangkan pesakit masih mengantuk, pakar bedah memasukkan tiub ke dalam esofagus dan bukannya trakea yang membawa kepada kerosakan otak.


https://www.bharian.com.my/berit ... pada-bekas-ceo-yang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau pusat perubatan mana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2024 06:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 7-6-2024 06:18 PM
Nak tau pusat perubatan mana...

Kan dh tulis atas tu tawakkal
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 7-6-2024 06:28 PM
Kan dh tulis atas tu tawakkal

Huhu.. tq.. under kpj jugak ye..

Banyak juga kes kpj ni kan.. hari tu yang anggota mbsa sampai kena potong kaki ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Esofagus untuk makan dan minu.

Trakea untuk bernafas.

Doktor kena ambil subjek Biologi Form 3 semula untuk bezakan esofagus dan trakea.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh doktor pun blh tersilap antara saluran trakea dgn esofagus

Harap dijauhkanlah dr jumpa doktor gini
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
haritu kawan iols also hampir innalillah sebab doc salah bagi ubat..dalam masa 30min bp drop sampai dorang terus tolak ke icu dan kena monitor 24 jam

private hosp kat ampang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 7-6-2024 02:45 PM
Eh doktor pun blh tersilap antara saluran trakea dgn esofagus

Harap dijauhkanlah dr jumpa doktor gi ...

Ramai je doktor buat silap terutama sepital gomen. Doktor pun ramai bodoh iya. Fact.

Tapi sebab tadak duit tak dapat la family pesakit ambik legal action.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp umur zainuddin ni masa meninggal?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh.. camne tak cek tiub masuk esofagus atopon trakea?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-6-2024 07:14 PM
Esofagus untuk makan dan minu.

Trakea untuk bernafas.


Gilerr lah. Kalau dah level kerosakan otak. Pesakit kalau hidup pon, maybe lumpuh atau koma sepanjang hidup asbab kerosakan otak. Mmg padan kena saman. Bayar mahal2 tapi x monitor, x ikut sop. Boleh pulak monitor pesakit kurang dari duration yg sepatutnya

Harap hospital ada insurance la ya disebabkan malpractice ni. Jenuh nak bayar saman ooo. Dah brapa kes dah under kpj
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes tahun 2016.... Tapi 2024 baru keluar keputusan mahkamah .

Kenapa tak terus tunggu mahkamah akhirat aje?

Memang sistem mahkamah kita bertahun2 baru selesai bicara ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-6-2024 11:17 PM
Ramai je doktor buat silap terutama sepital gomen. Doktor pun ramai bodoh iya. Fact.

Tapi sebab t ...

Aah mmg betul pun ramai yg bodoh & malas. Tp yg ni obies sgt ticer malu ooo nak ngaku doktor kalau gini. Anak jiran achik stinger umur 3 tahun tu pun tere lg dr diarg

slamber je aiol ngata diarg bodoh malas ni... Nak buat mcm mn diarg punca aiol kena tanggung sakit sampai tua
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 8-6-2024 08:28 AM
Aah mmg betul pun ramai yg bodoh & malas. Tp yg ni obies sgt ticer malu ooo nak ngaku doktor kalau ...

What heppen teropong.. takde kes saman menyaman ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 8-6-2024 08:44 AM
What heppen teropong.. takde kes saman menyaman ke?

Aiol hanya insan yg lemah
Hanya mampu berserah

Aiol ada serba maknika dlm & dkt rahimah rahim aiol. Cycst la fibroid la semua ada. Rujuk berpuluh tahun dr asal kecil sampai jd byk & melekat merata dah. Sbbkan ketumbuhan tu tak sampai 10cm diarg tak nak buat apa2. Tiap bulan masa bulan mengambang forsure kena meraung mcm wewof tu tahan sakit. Keluar msk wad baru diarg nak operate buang. Last2 waktu diarg masuk tgk rahim rupanya bukan 1 tp lbh dr 10 yg ada. Nak buang semua dah tak dpt so sengsara le menunggu tua

Sorry ye ot gewram punya pasal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 8-6-2024 12:28 AM
Aah mmg betul pun ramai yg bodoh & malas. Tp yg ni obies sgt ticer malu ooo nak ngaku doktor kalau ...

Aiyo...So sorry for uols. Dalam family aiol pun ada beberapa orang yang terkena dengan medical practitioners ni. Hoh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Memandangkan pesakit masih mengantuk, pakar bedah memasukkan tiub ke dalam esofagus dan bukannya trakea yang membawa kepada kerosakan otak.




Aik, apa kaitan esophageal intubation dgn brain damage??..... Dah silap masuk tarik keluar dan reintubate jer lah..... Apa yg pelik sgt kes ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 8-6-2024 09:02 AM
Aiol hanya insan yg lemah
Hanya mampu berserah



Tq sharing teropong..mudah2an berkurang sakitnya dari masa ke masa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 7-6-2024 07:14 PM
Esofagus untuk makan dan minu.

Trakea untuk bernafas.

Bro, benda tu biasa jer terjadi, tersilap masukkan tiub endotrakea ke dlm esofagus, sbb kedudukan kedua2 nya yg hampir selari, semasa proses intubasi....terutama kes2 pesakit yg ada saiz badan yg besar, leher yg oendek, dan bukaan mulut yg sempit....

Dah tersalah masuk, biasanya doktor akan confirmkan dgn check guna stetoskop, monitir CO2 tidal wave, dan buat xray dada.....

Dah confirm tersilap biasanya doktor akan cabit dan cuba intubasi balik, tu jer..... Bkn isu besar pun....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 3770 Replies : 17
Husband korang macam ni kan?
VictorioussssHusband korang macam ni kan?
Views : 21891 Replies : 93
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77430 Replies : 262
Dah besar pun dia..
BoomibulatDah besar pun dia..
Views : 13291 Replies : 88
Siapa macam ni cepat mengaku!
SurfnsunSiapa macam ni cepat mengaku!
Views : 16351 Replies : 72
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 276102 Replies : 6834
[SALAH FAHAM]
Laracrop[SALAH FAHAM]
Views : 11337 Replies : 69
Bila Jumpa Orang yang Kita Kenal Be Like
ciksepatuBila Jumpa Orang yang Kita Kenal Be Like
Views : 19622 Replies : 102
berita baik berita buruk
budi_jentayuberita baik berita buruk
Views : 11998 Replies : 77
Maharaja Napoleon Bersahabat Dengan Hamba Abdi Melayu Di Hujung Usianya
tumpanglalu74Maharaja Napoleon Bersahabat Dengan Hamb
Views : 9473 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.291631 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list