CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bluezink

HANTU KAPCAI

[Copy link]
Post time 2-10-2012 10:30 AM | Show all posts
reddots posted on 30-9-2012 03:51 PM
di brunei filem ni di banned.. x tau la sbb apa..

camne tak kene banned? dlm islam manusia mati rohnye dah terus berada di alam barzakh...dlm filem ni masih lg ade jln2 kt bumi ni...tu bukan setakat tahyul dah tu dah mcm khurafat pun ade gak...berbezanye ngan filem2 hantu lain kite leh anggap hantu2 tu jin atau setan yg nk mempermainkan manusia...just my 2 cents knp brunei haramkan citer ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2012 10:45 AM | Show all posts
annehuda posted on 2-10-2012 10:30 AM
camne tak kene banned? dlm islam manusia mati rohnye dah terus berada di alam barzakh...dlm filem  ...

mu ada point kat situ.. iols pun tak terpikir

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 10:59 AM | Show all posts
‘Hantu Kapcai’ Dikatakan Persendakan Islam?

Pengarah dan penulis skripnya Ghaz Abu Bakar  berkata, sebagai seorang muslim, dia masih peka serta menyedari mengenai batas-batas kesucian agama Islam dan sama sekali tidak bermaksud bagi mempermainkan perkara itu,
    “Saya muslim yang masih lagi peka serta tahu mengenai perkara sensitif berkaitan agama Islam. Tiada langsung berniat bagi mempersendakan ataupun mempermainkan agama saya sendiri dalam bentuk komedi dan hiburan.

    “Elemen-elemen roh, alam barzakh atau apa sahaja tafsiran orang yang dipaparkan dalam Hantu Kapcai adalah himpunan dari memori pada watak Akim lakonan Hairul Azreen dan Ajib (Zizan Razak).

    “Ia bukan tafsiran ataupun gambaran saya mengenai alam ghaib, syurga, neraka atau apa sekali pun. Terpulanglah kepada penerimaan penonton bagi membuat tafsiran masing-masing,”    “Saya tidak ingin mengundang kontroversi dalam filem saya. Apa juga pandangan orang yang boleh menimbulkan kontroversi adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

    “Terus-terang,saya mengambil pendekatan dalam filem tersebut adalah cara saya menyampaikan mesej positif serta berdakwah kepada penonton sasaran iaitu remaja dan peminat motosikal.

    “Saya tidak ingin mesej yang disampaikan secara berat dan serius, lantas memberikan tekanan kepada penonton. Atas sebab itulah, setiap paparan filem ini diketengahkan dalam bentuk komedi,”    “Saya risau juga dengan kutipan filem tempatan sejak akhir-akhir ini tetapi saya percaya pada mesej daripada mulut ke mulut oleh penonton yang sudah menyaksikannya. Kaedah tersebut dapat menjadi promosi yang baik bagi menarik penonton.

    “Selain itu, populariti Zizan, Remy, Fizz serta Neelofa juga mampu menarik penonton ke pawagam. Malah, saya bersyukur kerana filem ini ditayangkan pada hujung bulan sewaktu orang ramai sudah mendapat gaji, mungkin itu juga akan membantu,”.

senang ceter neh ko buat seme neh kerna for sake of rating tak gitu...ghaz anak abu Bakarr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 11:42 AM | Show all posts
bluezink posted on 2-10-2012 10:59 AM
‘Hantu Kapcai’ Dikatakan Persendakan Islam?

Pengarah dan penulis skripnya Ghaz Abu Bakar  berka ...
  “Terus-terang,saya mengambil pendekatan dalam filem tersebut adalahcara saya menyampaikan mesej positif serta berdakwah kepada penontonsasaran iaitu remaja dan peminat motosikal.


septtnye kalau ko nak berdakwah ngan si rempit ni ko wat citer endingnye mat rempit tu kojol tak pun cacat seumur hidup ngan kecacatan yg ngeri sekalik. harap2 mat rempit tu leh insaf...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 01:07 PM | Show all posts
annehuda posted on 2-10-2012 12:42 PM
septtnye kalau ko nak berdakwah ngan si rempit ni ko wat citer endingnye mat rempit tu kojol t ...

setujuk....
ni bile wat movie kate ade mesej la ape la, tp pe yg audien dapat!
harraammm...habok pun xdak...
dpt gelak je.....mesej x smpai....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
this weekend bleh pi tgk. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2012 10:22 PM | Show all posts
ala... kalau melayu buat filem ada je yg kutuk, kritik macam2... dengki mendengki...
kalau takmo tengok jgn tengok... tgk je cite omputih ke, nustan ke..., siam ke.. byk cita lain kat panggung...
org melayu kita ni kalu nak tgk cita mesti yg ringan2, yg tak payah nak kena fikir banyak2, yg kelakar2.. sebab semua sebagai hiburan je, bukan nak jadi ikutan ponnn... tak payah la susah payah nak cari mesej bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 10:04 AM | Show all posts
Pada mulanya mereka agak risau untuk mempertaruhkan genre komedi aksi, memandangkan pasaran industri perfileman kini yang agak sukar untuk dijangkakan. Namun risiko diambil Showbiz Productions menerbitkan filem Hantu Kapcai dikatakan berjaya membuahkan hasil.

Elemen rempit dan hantu yang ditonjolkan di dalamnya meletakkan filem berkenaan pada kedudukan teratas carta pecah panggung hujung minggu lalu, mengatasi filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania, dengan anggaran kutipan kasar lebih RM2 juta dalam tempoh empat hari tayangan sejak ia ditayangkan 27 September lalu.
Penerbitnya, Jaja Nadzir, tidak menyangka sambutan begitu baik diberikan peminat kepada filem terbabit, ketika judul lain sukar untuk mencatat pungutan memberangsangkan.

Saya dimaklumkan, filem ini mendapat kutipan harian tertinggi sejak ditayangkan dan ia meningkat pada setiap hari. Saya mengharapkan Hantu Kapcai setidak-tidaknya dapat membantu mengembalikan semula minat orang ramai untuk menonton filem tempatan, seterusnya menolong mengubah suasana suram kutipan.

Sebelum kami memutuskan untuk menerbitkan filem ini, kami agak takut juga jika ia gagal di pasaran. Namun kita berserah saja kepada penonton. Saya masih menunggu jumlah sebenar kutipan dan buat masa sekarang, apa yang saya boleh katakan sambutannya memuaskan, katanya ketika dihubungi, semalam.

Meskipun filem itu diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, Jaja berpuas hati dengan sambutan diterima dan mengharapkan filem itu mampu mencapai kutipan antara RM3 juta hingga RM5 juta, sehingga akhir tayangan.

Berasakan judul terbabit mampu meraih kutipan lebih tinggi jika diletakkan di bawah klasifikasi Umum, Jaja tetap akur dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Mungkin babak akhir filem ini, yang memberikan gambaran alam lain, boleh disalah tafsir oleh kanak-kanak. Tetapi apa yang cuba disampaikan pengarah hanyalah imaginasi mimpi saja.

Sudah tentu kita mengharapkan filem ini dapat ditonton semua lapisan umur dan menjadi hiburan sekeluarga. Tetapi itulah keputusan LPF, jadi kita terima saja, katanya.

Garapan sulung Ghaz Abu Bakar itu bukan saja diterima penonton kerana jalan ceritanya yang santai, malah pemilihan pelakon yang tepat juga menjadi faktor ia mendapat sambutan. Filem ini dibintangi Zizan Razak, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Hairul Azreen dan Neelofa.

Belum terfikir untuk menerbitkan kesinambungan filem itu, Jaja sebaliknya mahu memfokuskan kepada lima filem terbaru yang akan dikeluarkan Showbiz Productions, tahun depan.

Insya-Allah kalau ada permintaan dan sambutannya cukup memberangsangkan, saya tidak mengatakan tidak untuk menghasilkan susulannya. Buat masa sekarang saya nak fokuskan kepada filem lain pula.

Bagaimanapun saya tidak meletakkan sebarang sasaran, berapa banyak filem kami keluarkan dalam setahun, kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran. Namun begitu, kami sentiasa bersedia dengan karya terbaru, katanya yang akan menerbitkan filem berjudul Kahwin 5, hujung tahun ini, diikuti Dendam Orang Mati.

Adoyaiii la... citer macamni gak juara carta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2012 03:07 PM | Show all posts
ahaks...zizan kureng menjadi tanpa johan.percaya lah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 07:52 PM | Show all posts
Otak orang MELAYU terus diSOGOKkan dengan filem begini..ini je yang laku dalam pasaran bangsa meLAYU..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 09:08 PM | Show all posts
dah tengok cter nie 2 kali.. sebab mmg lawak..hilang segala tension tmpt kerja bila tgk cter nie..
tgk movie nie mmg xpayah nak ambik apa2 pengajaran.. sbb mmg takda...
lain la kalo tgk movie utk 3 hari.. lawak + pengarajan.. hee
fizz fairuz la yg paling menjadi dlm cter nie.. watak neelofa kalu takde pon tak pe rasa nya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:41 AM | Show all posts
kompom ker bukan filem sampah sarap.....
ker filem sampah sarap jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:43 AM | Show all posts
skali tgk sedutan cam ada tiru citer 'hello brother'

filem sampah la nih......
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 06:53 AM | Show all posts
Hantu Kapcai juara carta

Antara adegan filem Hantu Kapcai.

Pada mulanya mereka agak risau untuk mempertaruhkan genre komedi aksi, memandangkan pasaran industri perfileman kini yang agak sukar untuk dijangkakan. Namun risiko diambil Showbiz Productions menerbitkan filem Hantu Kapcai dikatakan berjaya membuahkan hasil.

Elemen rempit dan hantu yang ditonjolkan di dalamnya meletakkan filem berkenaan pada kedudukan teratas carta pecah panggung hujung minggu lalu, mengatasi filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania, dengan anggaran kutipan kasar lebih RM2 juta dalam tempoh empat hari tayangan sejak ia ditayangkan 27 September lalu.
Penerbitnya, Jaja Nadzir, tidak menyangka
sambutan begitu baik diberikan peminat kepada filem terbabit, ketika judul lain sukar untuk mencatat pungutan memberangsangkan.


Saya dimaklumkan, filem ini mendapat kutipan harian tertinggi sejak ditayangkan dan ia meningkat pada setiap hari. Saya mengharapkan Hantu Kapcai setidak-tidaknya dapat membantu mengembalikan semula minat orang ramai untuk menonton filem tempatan, seterusnya menolong mengubah suasana suram kutipan.

Sebelum kami memutuskan untuk menerbitkan filem ini, kami agak takut juga jika ia gagal di pasaran. Namun kita berserah saja kepada penonton. Saya masih menunggu jumlah sebenar kutipan dan buat masa sekarang, apa yang saya boleh katakan sambutannya memuaskan, katanya ketika dihubungi, semalam.

Meskipun filem itu diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, Jaja berpuas hati dengan sambutan diterima dan mengharapkan filem itu mampu mencapai kutipan antara RM3 juta hingga RM5 juta, sehingga akhir tayangan.

Berasakan judul terbabit mampu meraih kutipan lebih tinggi jika diletakkan di bawah klasifikasi Umum, Jaja tetap akur dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Mungkin babak akhir filem ini, yang memberikan gambaran alam lain, boleh disalah tafsir oleh kanak-kanak. Tetapi apa yang cuba disampaikan pengarah hanyalah imaginasi mimpi saja.

Sudah tentu kita mengharapkan filem ini dapat ditonton semua lapisan umur dan menjadi hiburan sekeluarga. Tetapi itulah keputusan LPF, jadi kita terima saja, katanya.

Garapan sulung Ghaz Abu Bakar itu bukan saja diterima penonton kerana jalan ceritanya yang santai, malah pemilihan pelakon yang tepat juga menjadi faktor ia mendapat sambutan. Filem ini dibintangi Zizan Razak, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Hairul Azreen dan Neelofa.

Belum terfikir untuk menerbitkan kesinambungan filem itu, Jaja sebaliknya mahu memfokuskan kepada lima filem terbaru yang akan dikeluarkan Showbiz Productions, tahun depan.

Insya-Allah kalau ada permintaan dan sambutannya cukup memberangsangkan, saya tidak mengatakan tidak untuk menghasilkan susulannya. Buat masa sekarang saya nak fokuskan kepada filem lain pula.

Bagaimanapun saya tidak meletakkan sebarang sasaran, berapa banyak filem kami keluarkan dalam setahun, kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran. Namun begitu, kami sentiasa bersedia dengan karya terbaru, katanya yang akan menerbitkan filem berjudul Kahwin 5, hujung tahun ini, diikuti Dendam Orang Mati.

Credit Berita Harian online

Best ke ceta ni?? ce bagi review sikit, kat metro pun ada > http://www.hmetro.com.my/articles/HantuKapcaipenyelamat/Article

Last edited by ahkiluz on 4-10-2012 06:54 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:01 PM | Show all posts
AMDTurion posted on 1-10-2012 04:41 PM
fizz fairuzz punya lawak kira berjaya buat aku gelak 3 kali. tu pun tak mcm HKLBR. yg lain lebih2 la ...

Jujur aku tak tengok lagi filem ni, tapi aku dah rancang nak tengok dalam minggu ni. Aku pun setuju komen mengenai Zizan tu, selawak dan sekelakar mana pun dia aku rasa dah semakin kurang menarik minat aku dan mungkin ramai orang. Zizan ni tak pandai jaga nilai exclusive dia, muka dia bertaburan di semua rangkaian televesyen di Malaysia ni. Itu tak termasuk mukanya dalam filem lagi, setahun aku rasa lebih 10 filem dia berlakon tak kira pelakon utama ataupun pelakon pembantu.

Kalau sebut cerita mengenai Zizan ni terus aku teringat kisah Sam, macam mana pengarah dan penerbit kerah habis-habisan tenaga dan populariti dia sehinggakan exclusive value tu jatuh sehinggakan muka keluar sana sini termasuk drama televesyen atas nama sekuel pun rembat dan memang awalnya filem boom sampai puluh juta tapi kemudian tengok apa jadi dan tengok sekarang ni nak lepas RM1-2 juta pun sakit. Sebenarnya simptom ni dah pernah berlaku pada Apek dan Nabil dulu, aku rasa Zizan perlu lebih peka dan lebih memilih.

Tengok saja fenomena sekarang macam mana Zizan yang lebih popular tapi boleh kalah dengan Johan semasa Bintang Popular baru ni, ni disebabkan orang sudah merasakan Zizan biasa-biasa saja dan tiada x-factor walaupun orang tahu Zizan tu lebih popular. Tengok juga bagaimana Zizan dan Johan boleh kalah dengan Sepah, disebabkan lawak diorang terlalu kerap dan berulang kali ditayangkan di semua media menyebabkan lawak mereka seakan kebiasaan saja padahal bagi orang pertama kali menontonnya merasakan ianya sangat kelakar (sebab tu ramai kata diorang gunakan lawak kitar semula).
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:53 PM | Show all posts
g tgk dlu br komen ok ke x..so far cite ni mmg mghiburkan..i ols tgk film utk nk gelak2 je..xpyh la korang especially yg lum tgk kata filem sampah ke apa...genre film apa yg korang minat terpulang..film 29 februari tu apasal ramai yg xg tgk? nk sgt film bkualiti la ada nilai2 la tp bila dh buat sambutan x jgk bgs..tepuk dada tnya selera....duit korang ikut korang la suka nk tgk genre mcmana..mcm aku, aku x suka genre berat2..sekian just my 25sen..hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 12:59 PM | Show all posts
bak kata edry KRU, filem yg boleh jual kat malaysia ni ialah filem yg resipinya ada 4 jenis perasa ni:

- rempit
- hantu
- komedi/lawak
- gangster

KRU mmg berjaya kali ni sebab filem ni laku dan mmg hantu kapcai ada semua resipi di atas ni


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 02:01 PM | Show all posts
taurus82 posted on 4-10-2012 12:53 PM
g tgk dlu br komen ok ke x..so far cite ni mmg mghiburkan..i ols tgk film utk nk gelak2 je..xpyh la  ...

org mcm kau lah yg buatkan genre filem melayu setakat mcm tu jer.....

bila lawak mat rempit.....mat rempit semuanya.

bila pasal gangster....gangsterrr semuanya.

bila pasal hantu....hantu semuanya.

lepas tu semuanya lawak. kalo ada yg serius pun boleh dikatakan stereotaip dgn filem yg sebelumnya.

tak tahulah kau gelak untuk mmg suka2 atau gelak sebab ada sindiran tajam di sebalik lawak tersebut.

lambakan filem2 beginilah yg buatkan aku jrg2 nak tgk filem melayu.

walau apa pun itu hak memasing utk suka atau tak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 02:37 PM | Show all posts
dah kuar yutiup ker citer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:28 PM | Show all posts
AMDTurion posted on 4-10-2012 02:01 PM
org mcm kau lah yg buatkan genre filem melayu setakat mcm tu jer.....

bila lawak mat rempit.... ...

Aku ada mtk duit ko ke bro? ko dh tgk citer 29 februari? ke ko prefer cite2 omputih dr citer2 mlayu..nama pon hiburan..xsalah..masing2 ada pendapat & selera berbeza..xpyh nk kondem pendapat org lain & rasa diri tu terlalu bgs..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.291159 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list